Kolej komuniti YBK yang dibangunkan dengan kos RM2.1juta di atas tanah YBK seluas 8.64 ekar di Kg Tersusun Gesir Tengah Hulu Selangor. Kolej ini mula beroperasi pada tahun 2000 dengan menawarkan kursus-kursus peringkat diploma Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perakaunan.

Walau bagaimanapun kolej ini hanya mampu bertahan sehingga tahun 2006 sahaja apabila Lembaga Pemegang Amanah YBK memutuskan menutup program diploma IPTS di sini. Ini disebabkan kesukaran mendapatkan bilangan pelajar yang boleh menampung kos operasi sebagai sebuah IPTS. Seramai 330 orang pelajar telah mengikuti pengajian di kolej sepanjang tempoh tersebut. Premis kolej ini telah dijadikan sebagai pusat Kem latihan Khidmat Negara.