Akademi Komuniti Mutiara YBK Banting ditubuhkan pada tahun 1997 untuk memberi peluang kepada pelajar miskin lepasan SPM dengan gred rendah meneruskan pengajian ke peringkat diploma. Dengan perjanjian usahasama dengan EDI, YBK telah menubuhkan kolej ini dengan modal RM400,000. Mulai tahun 2003, kolej komuniti ini sepenuhnya di bawah pengurusan anak syarikat YBK apabila pihak EDI menarik diri daripada usahasama ini.

Sukatan pelajaran di kolej ini telah mendapat pengiktirafan minimum oleh Lembaga Akreditasi Negara, di mana kolej menawarkan pengajian di peringkat diploma. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Pengajian Perniagaan dan Perakaun dengan yuran pengajian RM169.00 sebulan. .

Sehingga tahun 2005 kolej ini telah memberi faedah kepada lebih 1,200 orang pelajar mengikuti pengajian di kolej ini. Walau bagaimanapun pada tahun 2005, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah memutuskan untuk menutup program IPTS kolej disebabkan kedudukan aliran kewangan yang ketat.