KUNTUM atau Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu adalah program pembasmian kemiskinan melalui pendidikan. Program ini  dilaksanakan oleh YBK sejak tahun 1993 di mana setiap tahun kelas tuisyen SPM percuma disediakan antara bulan Mac hingga Oktober. Kelas-kelas tuisyen tersebut dijalankan pada waktu petang (selepas kelas normal) atau pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar setiap kelas. Mereka yang terpilih adalah pelajar SPM dari kalangan keluarga miskin yang tidak mempunyai kemampuan kewangan mengikuti tuisyen swasta.

Matlamat KUNTUM adalah menyediakan tuisyen percuma untuk membantu meningkatkan prestasi SPM pelajar seterusnya mengurangkan keciciran dikalangan pelajar miskin luar bandar.

KUNTUM dilaksananakan dengan sokongan pengetua sekolah dan penglibatan guru sekolah yang terpilih. Sekolah yang terlibat adalah sekolah luar bandar seluruh negara. Setiap pusat dibenarkan menyediakan kelas tuisyen untuk 4-6 mata pelajaran yang difikirkan perlu oleh pihak sekolah. Biasanya subjek yang diajar di dalam program KUNTUM ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi (Aliran Sains), Perdagangan dan Perakaunan.Semua penyelia dan guru yang terlibat menjayakan KUNTUM dibayar elaun mengajar disamping itu YBK juga menampung kos penyediaan bahan mengajar seperti persediaan nota dan soalan.

Senarai Sekolah KUNTUM 2015 - 27 buah Sekolah Terlibat

  1. SMK Tiram Jaya, Tg Karang
  2. SMK Dusun Nanding, Hulu Langat
  3. SMK Bagan Terap, Sabak Bernam
  4. SMK Dato Mustaffa, Sekinchan
  5. SMK Sultan Sulaiman Shah Bestari Jaya
  6. SMK Bkt Gading, Sg Buloh
  7. SMK Syed Mashor, Batang Kali
  8. SMK Tmn Bunga Raya 1, Bkt Beruntung
  9. SMK Sijangkang Jaya, Kuala Langat
  10. SMK Sg Burong, Tjg Karang
  11. SMK Jln Kebun Klang
  12. SMK Gedangsa Kuala Kubu Baharu
  13. SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam
  14. Asrama Kasih YBK, Serendah
  15. SMK Kalumpang, Hulu Selangor
  16. SMK Kuala Ketil, Kedah
  17. SMK Penambang, Kelantan
  18. SMK Sanglang, Perlis
  19. SMK Tg Puteri Resort, Johor
  20. SMK Sg Ranggam, Perak
  21. SMK Tanah Merah, Kedah
  22. SMK Abd Jalil, Hulu Langat
  23. SMK Sg Rawang, Sepang
  24. SMK Rantau Panjang, Kapar
  25. SMA Nurul Fadzliah, Sg Siput, Perak


  • Prestasi KUNTUM 2002 - 2014



  • [/accordion]