PUSAT LATIHAN YBK (PLYBK) terletak di Bandar Baru Kuala Selangor. Mula beroperasi pada 18 Ogos 1992 hasil permuafakatan YBK dengan UMW Corporation Bhd. Kemudahan pusat latihan ini dibangunkan dengan kos RM1.9 juta dan mengandungi kemudahan kelas, bengkel automotif, bengkel pendawaian elektrik, asrama pelatih dan surau.

PLYBK menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan sasar dari kalangan pelajar tercicir yang gagal meneruskan pelajaran ke IPTA/S dan tidak mampu meneruskan latihan kemahiran di institusi latihan swasta. Antara kemudahan yang disediakan adalah kelas dan bengkel latihan kemahiran automotive, pendawaian elektrik, pemyelenggraan pendingin  hawa dan lanskap.

Sepanjang 2014, PLYBK melatih seramai 79 orang pelatih asnaf dan miskin yang layak menerima faedah skim tajaan latihan kemahiran dari Pusat Zakat Selangor, Tabung latihan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan CIDB. Mereka dilatih dalam pelbagai latihan kemahiran seperti mekanik kenderaan motor (38 orang), pelukis plan senibina (9 orang), pemasangan pendawaian elektrik (30 orang) dan pemasangan penyaman udara (14 orang)

PLYBK juga telah memeterai Memorandum Usahasama pada 9/9/2014 dengan Politeknik Merlimau Melaka bagi menyediakan latihan Sijil Kemahiran Malaysia kepada pelajar ITA tersebut sebagai nilai tambah kepada pengajian pelajar. Disamping itu PLYBK memeterai perjanjian kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dalam perlaksanaan Program sijil Professional Kompetensi Sektor Petroleum (Oil & Gas) pada 14/10/2014. PLYBK juga telah mengemukakan Kertas Kerja Cadangan ke Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran untuk menyediakan latihan pengajian vokasional kepada pelajar sekolah.

Data Pusat Latihan YBK


PUSAT LATIHAN YBK
Jalan Stadium,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
 
GPS : 3.31904N, 101.258608E (Google Maps)
 
Tel : 03 3289 3367 | Faks : 03 3289 7235 | E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.