PLP-SPKR adalah program Pendidikan Dan Latihan, Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah melalui peruntukkan Pejabat Pembangunan Negeri. YBK telah menerima sebanyak RM571,842 pada tahun 2003  dan RM100,000 pada tahun 2005.   Senarai Penuh Pelatih PLP-SPKR

PLP SPKR 2003

YBK membiayai kos latihan kemahiran 95 orang pelatih dari seluruh negeri Selangor. Mereka mengikuti program kemahiran di kolej komuniti YBK sepanjang bulan Ogos 2003 hingga Jan 2004. Mereka di tempatkan di Institut KUNTUM Dinamik, IKD (20 orang), Institut Teknologi Mutiara YBK, ITMY (18 orang), Akademi Kejuruteraan Mutiara, AKM-YBK (47 orang) dan Institut Teknologi Komuniti, ITK-YBK (10 orang). Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dan Mekanik Kenderaan Motor.

Hasil program ini seramai 51 orang bekas pelatih (54%) telah berjaya mendapatkan pekerjaan di pasaran buruh, seramai 35 orang pelatih (37%) masih mencari pekerjaan sementara 6 orang (11%) pula sedang melanjutkan pelajaran ke Tahap 2 di PLYBK. Kajian juga mendapati bahawa daripada 51 orang bekas pelatih yang bekerja, seramai 48 orang iaitu (94%) adalah pekerja (workers), sementara 3 orang (6%) pula bekerja sendiri (self-employed). Malah daripada 51 orang yang bekerja, seramai 47 orang (92%) bekerja sepenuh masa, sementara 4 orang (8%) pula bekerja separuh masa atau sambilan.

Seramai 10 orang iaitu 19.6% bekas pelatih PLP-SPKR yang bekerja telah mendapat pendapatan RM500 kebawah sebulan. Sebanyak 58.8% iaitu 30 orang telah mendapat pendapatan antara RM501 – RM750 sebulan. Terdapat 9 orang (17.6%) berjaya mendapat pendapatan antara RM751 hingga RM1,000 sebulan dan 2 orang pula berjaya memperolehi pendapatan RM1,001 keatas. (mereka merupakan bekas pelatih Akademi Kejuruteraan Mutiara YBK dalam kursus Mekanik Kenderaan Motor tahap 1 dan 2. Mereka ini juga adalah bekas pelajar dari Akademi Kejuruteraan Mutiara YBK (Pusat Latihan YBK).

 



PLP SPKR 2005

YBK telah telah melatih seramai 20 orang telah mengikuti program latihan kemahiran sepanjang bulan Julai - Dis 2005. Mereka yang terpilih telah di tempatkan di institusi-institusi latihan YBK iaitu di Institut KUNTUM Dinamik, IKD (2 orang), Akademi Kejuruteraan Mutiara Kuala Selangor, (12 orang) dan Institut Teknologi Komuniti Banting (6 orang). Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Pembantu Juruteknik Sistem Komputer, Pembuat Pakaian Wanita, Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dan Mekanik Kenderaan Motor.