Program sosio-ekonomi yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Sebanyak RM477,000.00 telah diperuntukkan kepada YBK pada tahun 2001 untuk menyediakan membantu keperluan modal dan kemahiran dan membimbing perniagaan golongan miskin seperi ibu tunggal untuk meneroka bidang perniagaan makanan. Melalui program ini YBK akan membangunkan premis perniagaan dan menyediakan peralatan perniagaan makanan dengan sewajarnya bagi membolehkan golongan sasar menjalankan perniagaan. Pihak yang menerima faedah akan membayar balik modal pelaburan yang dibuat oleh YBK tanpa sebarang faedah bagi membolehkan lebih ramai yang akan mendapat faedah daripada program ini.

  • D Kasih Cafe Taman Samudera  - Kafe D’ Kasih ini diusahakan oleh Haji Jonid Kadri, 58 tahun. Beliau yang memulakan perniagaan ini pada 28 Ogos 2003 setelah pengusaha lama gagal meneruskan perniagaan kerana dikatakan mengalami kerugian. Hj Jaoned berpengalaman mengusahakan perniagaan berasaskan makanan sejak tahun 1971 dengan menggunakan modal sendiri.
  • D Kasih Cafe Bukit Dokong  - Kafe D'KASIH Bukit Dukong terletak di Tempat Rehat Lebuhraya Cheras-Langat. Kafe ini diusahakan oleh Rohaya bt Mohd Said, pada tahun 2002. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang berasal dari Sekinchan. Sebelum mengusaha kafe ini, Puan Rohaya merupakan salah seorang pekerja di Kafe Taman Samudera. Setelah menimbangkan permohonan beliau untuk mengusaha sendiri kafe D'Kasih, pengurusan YBK telah memutuskan menyerahkan operasi kafe Bukit Dukong kepada beliau. Walau bagaimanapun kafe kedua yang dibuka oleh YBK selepas Kafe Taman Samudera, akhirnya terpaksa ditutup apabila Puan Rokaya mengambil keputusan menyerahkan kepada YBK kerana tidak mengimbangi kos sewa yang tinggi. Oleh kerana tidak pihak yang layak berminat untuk meneruskan perniagaan ini akhirnya kafe terpaksa ditutup.
  • D Kasih Cafe Batang Kali  - Kafe D'Kasih Batang Kali terletak di Laluan Utama Batang Kali, Hulu Selangor. YBK telah membangunkan premis kafe di kawasan lapang dengan keluasan lebih kurang 20ka x 30ka. Kafe D'KASIH telah diserahkan kepada Puan Fatimah Ismail, 38 tahun seorang ibu tunggal yang telah menyatakan minat dan kesungguhan untuk menjalankan perniagaan penyediaan makanan. Beliau memulakan perniagaan pada 13 Mac 2004. Walau bagaimanapun beliau gagal meneruskan perniagaan kerana mempunyai komitmen keluarga dan terpaksa menyerahkan premis dan peralatan perniagaan kepada YBK. Pada 1 Jan 2005 YBK telah menawarkan kemudahan premis dan perkakasan perniagaan kepada Puan Suhaila bt Safrizal untuk menjalankan perniagaan makanan di kafe ini. Beliau telah menjalankan perniagaan makanan selama 9 bulan juga menarik diri.
  • D Kasih Cafe Gesir  - D'Kasih Cafe Gesir mula beroperasi pada awal Januari 2005, di kawasan Institut Teknologi Mutiara YBK Cawangan Lembah Bernam, Gesir bagi menampung keperluan pelajar-pelajar institut ini .Kafe ini boleh menempatkan antara 20 hingga 40 orang pada satu masa. Kafe yang diusahakan oleh Abd Azid Mat Jam ini menyediakan masakan Melayu seperti nasi campur, mee goreng, nasi goreng dan lain-lain.