Desa Kasih YBK adalah Program sosio-ekonomi yang dilaksanakan sepanjang tempuh 1992-1999. Keluarga termiskin yang dikenalpasti ditempatkan di kawasan perumahan yang disediakan YBK dengan kerjasama agensi kerajaan Pejabat-pejabat Daerah dan Majlis Agama Islam Selangor

Rumah dibina dengan kemudahan 2 bilik atau 3 bilik diperuntukkan kepada mereka yang layak sebagai menggantikan rumah mereka yang daif. Sebanyak 9 kawasan penempatan dibangunkan dengan jumlah kos rumah sebanyak RM2,124,750.00 tidak termasuk kos infra-struktur dan kemudahan balairaya dan masjid berjaya menempatkan seramai 379 isi rumah termiskin dari seluruh negeri Selangor. Kawasan yang dibangunkan dinamakan sebagai Desa Kasih.

Disamping rumah, YBK melaksanakan program sosio-ekonomi yang sewajarnya kepada peserta seperti Program Pembangunan Ekonomi, Pusat ICT dan Pusat Kecemerlangan Pelajar, Program Pemulihan Sikap dan Program Peningkatan Pendapatan isi Rumah.

  • Desa Kasih Tebuk Pulai Tengah (1992) Terletak di Tebuk Pulai Tengah Sabak Bernam. Desa Kasih ini mengandungi 15 unit rumah yang dibina secara gotong royong dengan kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM45,000.00. Mempunyai keluasan tapak seluas 440' x 70'. Manakala keluasan lot adalah 50' x 70' dan keluasan rumah seluas 14' x 20'. Siap dibina pada 30 Mei 1992. Pada tahun 2003 Desa Kasih ini terdiri daripada 12 keluarga dengan jumlah isi rumah seramai 65 orang. Antara aktiviti yang dijalankan di sini adalah kelas ICT dan pusat Kecemerlangan Pelajar di mana pelajar disediakan dengan kemudahan belajar komputer dan bahan bacaan. Disamping itu sebahagian pelajar dan peserta juga terlibat dalam program motivasi dan seminar kejayaan diri yang dijalankan oleh YBK dari masa ke semasa.
  • Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai (1996) Terletak di Batu 2 Tebuk Pulai Sabak Bernam. Kawasan perumahan keluarga termiskin ini mempunyai keluasan kawasan seluas 4.16 ekar. Desa Kasih ini dibangunkan pada bulan Sept 1996 dengan 61 unit rumah dengan keluasan setiap rumah 20' x 25. Jumlah kos pembangunan pada keseluruhan berjumlah RM372,000.00. Berdasarkan kajian 2003, terdapat seramai 333 orang penduduk di mana 180 orang lelaki dan 153 orang adalah perempuan dengan purata bilangan ahli isi rumah seramai 5.5 orang setiap keluarga. Daripada jumlah penduduk di sini % penyertaan tenaga buruh hanya 47.8%. Pada umumnya kadar termiskin keluarga di desa ini hanya 1.6%. Antara kemudahan yang disediakan oleh YBK termasuklah surau, balairaya, Pusat ICT, Pusat Kecemerlangan Pelajar, dan bengkel jahitan.
  • Desa Kasih Parit 8 1/2 Barat (1995) Desa Kasih Parit 8 1/2 Barat, terletak di Parit 8 ½ Sg Besar, Sabak Bernam dengan keluasan kawasan 6.4 hektar. Penempatan keluarga termiskin dengan 73 rumah dengan ukuran rumah 14’x18’ dengan keluasan setiap tapak 60’x100’. Kos keseluruhan berjumlah RM219,000 dan siap dibina pada tahun 1995. Sehingga kini terdapat 83 keluarga PPRT telah mendapat kemudahan rumah di desa kasih ini (pihak MAIS telah membina tambahan 14 unit rumah) dengan jumlah penduduk seramai 442 orang YBK telah membangunkan Pusat ICT Desa Kasih Parit 8 1/2 Barat dengan kemudahan 8 unit komputer dan 1 pencetak. Seorang guru ICT yang sepenuh masa, telah ditempatkan di pusat ICT ini. Guru ICT bertanggungjawab menyediakan kelas ICT untuk pelajar rendah dan menengah. Disamping itu sebuah Pusat Kecermelangan Pelajar dibangunkan dan dilengkapkan dengan kemudahan bahan bacaan dan buku rujukan untuk pelajar desa kasih. Pada tahun 2001-02 kelas tuisyen UPSR, PMR dan SPM telah disediakan oleh YBK untuk membantu pelajar di sini. Disamping itu YBK juga melaksanakan program kemahiran menjahit kepada suri-rumah yang tidak menjalankan sebarang pekerjaan.
  • Desa Kasih Pasir Putih Kalumpang (1997) Terletak di Pekan Kalumpang, Hulu Selangor. Penempatan keluarga termiskin di sini mengandungi 12 unit rumah di atas tanah seluas 0.650 ekar. Projek ini dibina secara bersepadu oleh YBK, MAIS dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Kos pembinaan Desa Kasih ini berjumlah RM118,200.00. Pembinaan dimulakan pada 20 September 1997 dan siapk pada Disember 1997. Peserta-peserta yang dipilih mula mendiami rumah masing-masing pada bulan April 1998.
  • Desa Kasih Merbau Berdarah (1998) Terletak di Mukim Sungai Panjang, Sabak Bernam dengan keluasan kawasan 20 ekar. Mempunyai 110 unit rumah dengan keluasan 20'x25' dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.127 juta yang dibiayai bersama oleh YBK, MAIS, dan UPEN Negeri Selangor. Desa Kasih ini siap dibina dalam tahun 1998. Rumah-rumah yang dibina dilengkapi dengan kemudahan asas seperti elektrik, air dan tandas. Disamping itu antara kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk penduduk Desa Kasih ini ialah surau, balairaya dan tadika KEMAS Desa Kasih Merbau Berdarah menempatkan 101 keluarga termiskin terpilih dari Selangor. Berdasarkan kajian 2003, jumlah penduduk adalah 597 orang di mana 299 orang lelaki dan 298 orang adalah perempuan. Daripada jumlah penduduk tersebut seramai 205 orang merupakan tenaga buruh dan hanya 149 orang yang bekerja (40.6% kadar penyertaan tenaga buruh). Pada umumnya YBK hanya mengesan 3 (3%) keluarga yang masih menerima pendapatan di bawah paras kemiskinan tegar. YBK juga melaksanakan beberapa program sosio-ekonomi yang khusus dilaksanakan di desa kasih ini seperti Projek Ekonomi Desa Kasih Merbau Berdarah, Pemulihan Sikap Desa Kasih Merbau Berdarah, Pusat Kecemerlangan Pelajar dan Pusat ICT.
  • Desa Kasih Tg Jawa Terletak di atas sebidang tanah kerajaan berhampiran dengan masjid Kampung Tanjung Jawa di Mukim Sabak, Sabak Bernam dengan keluasan tapak seluas 1.5 ekar. Desa kasih ini mempunyai 15 unit rumah berukuran 20' x 34' dengan keluasan tapak setiap rumah ialah 60 kaki x 50 kaki. Pembangunan desa kasih ini telah menelan belanja berjumlah RM208,950 dan siap pada Disember 1998. Antara kemudahan-kemudahan yang ada di Desa Kasih ini ialah Pusat ICT dan Pusat Kecemerlangan Pelajar. Terdapat 15 keluarga ditempatkan di desa kasih ini dengan 104 orang penduduk di mana 41 orang adalah lelaki dan 63 orang perempuan. Daripada jumlah penduduk tersebut hanya seramai 31 orang daripada 59 orang tenaga buruh yang bekerja. Di desa ini pada umumnya tiada lagi keluarga termiskin di mana semua 15 keluaraga telah menerima pendapatan di atas paras kemiskinan tegar.
  • Desa Kasih Kg Sekendi (1999) Terletak di Jalan Tok Dolah, Kampung Sekendi, Mukim Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam. Desa Kasih ini mempunyai 13 unit rumah dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM173,160. Keluasan setiap unit rumah ialah 22 kaki x 28 kaki dilengkapi dengan kemudahan bilik air dan tandas, pendawaian elektrik dan sistem paip di dalam rumah. Siap dibina pada Januari 1999. Daripada 21 keluarga yang menetap di desa kasih ini terdapat seramai 109 orang penduduk dengan 53 orang lelaki dan 56 orang perempuan. Purata isi rumah setiap keluarga adalah 5.2 orang. Daripada jumlah penduduk tersebut kadar penyertaan tenaga buruh adalah 48.3% atau hanya 35 orang yang bekerja dari 60 orang tenaga buruh. Kajian YBK juga menunjukkan hanya terdapat 2 keluarga yang masih dianggap termiskin.
  • Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar (1999) Terletak di atas sebidang tanah rizab kerajaan di Tebuk Haji Arshad, Kampung Simpang Empat. Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar yang mempunyai tapak seluas 3 ekar, menempatkan 36 unit rumah dimana ukuran setiap lot tapak rumah seluas 50 kaki x 60 kaki dengan jumlah kos pembinaan keseluruhan berjumlah RM479,304. Desa ini siap dibina dalam tahun 1999. Sehingga 2003 Desa Kasih ini mempunyai 35 isirumah dengan 167 orang penduduk di mana 69 orang lelaki dan 98 orang adalah perempuan dengan purata bilangan ahli isi rumah seramai 4.8 orang. Daripada jumlah penduduk tersebut hanya 53 orang bekerja atau kadar penyertaan tenaga buruh adalah 55.8% sahaja. Sehingga kini kadar termiskin isi rumah adalah 2.9% atau hanya 1 isi rumah yang masih di bawah paras termiskin. Desa Kasih ini mempunyai kemudahan balairaya dan ICT yang dibangunkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Pihak YBK menyediakan kemudahan kelas ICT dan bahan bacaan untuk kemudahan penduduk terutamanya pelajar. YBK juga telah membangunkan kawasan gerai bagi membolehkan penduduk yang berminat menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
  • Desa Kasih Sg Kajang (1999) Di Tanjung Karang, Kuala Selangor dengan keluasan seluas 2.5 ekar. Desa Kasih ini mempunyai 26 unit rumah dengan kawasan lot setiap rumah seluas 40' x 45'. Manakala keluasan rumah adalah 22' x 28' dengan kos keseluruhan pembangunan rumah adalah berjumlah RM314,160.00 tidak termasuk kos kerja tanah dan jalan oleh Pejabat Daerah dan kos suraudan banghunan KEMAS yang dibangunkan oleh KKLW. Desa Kasih ini siap dibina pada tahun 1999, dengan kemudahan aktiviti kemasyarakatan seperti kelas KEMAS, surau dan tadika. Terdapat seramai 182 orang penduduk di mana 88 orang lelaki dan 94 orang perempuan dengan purata isi rumah setiap keluarga adalah 7.0 orang. daripada jumlah 97 orang tenaga buruh hanya 35 orang yang bekerja di mana kadar penyertaan tenaga buruh adalah 36.1%. Secara keseluruhannya hanya terdapat 2 isi rumah yang menerima pendapat di bawah kemiskinan tegar dengan kadar 7.7%