Desa Kash Cemerlang  (DKC) merupakan program pembangunan sosio-ekonomi yang dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada bulan Jun 2001 dengan peruntukkan sebanyak RM1,800,000.00. Matlamat program DKC adalah mengukuhkan institusi keluarga dan kualiti hidup, menanam sikap kecemerlangan hidup, melahirkan golongan peniaga dan usahawanan, menjadikan peserta sebagai masyarakat yang berkemahiran dan berpengetahuan dan mempertingkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar

Strategi:

Program pemulihan Sikap - pembangunan manusia melalui siri ceramah motivasi, kuliah dan seminar. Pelajar diberi bimbingan meningkatkan prestasi pencapaian akademik mereka. Sementara golong remaja diberi latihan motivasi dan kerjaya.
Pembangunan ekonomi - bimbingan perniagaan dan keusahawanan bagi melahirkan golongan peniaga dikalangan peserta. Program-program yang dirancang adalah - jahitan berkelompok, pemerosesan makanan dan pembangunan gerai.
Pusat Kecemerlangan Pelajar - setiap Desa Kasih disediakan dengan kemudahan Pusat Kecemerlangan Pelajar (PKP), yang dilengkapkan dengan keperluan peralatan rak buku, kerusi dan meja, papan kenyataan, komputer, buku rujukan, buku-buku latihan dan majalah. Program kelas tuisyen UPSR, PMR dan SPM juga dilaksanakan.
Program ICT - setiap Desa Kasih dibekalkan dengan kemudahan ICT yang akan ditempatkan di balairaya atau PKP. Dengan kemudahan latihan oleh tenaga pengajar yang dilantik, pusat ICT akan memberi peluang latihan kemahiran komputer kepada golongan pelajar, remaja dan isi rumah.

Analisa:

  • YBK melaksanakan 27 program pemulihan sikap Pelajar, 24 program pemulihan sikap isi rumah, 3 program pemulihan sikap remaja, 9 program pusat kecemerlangan pelajar, 7 program pusat ICT, 3 program sistem maklumat kermiskinan dan 51 program pembangunan ekonomi.
  •  
  • Kajian ke atas KIR pada tahun 2003 menunjukkan 54.2% positif terhadap perlaksanaan program pembangunan dan terlibat sepenuhnya, 69.8% mendapat pendidikan agama secara tidak formal iaitu kuliah-kuliah agama di bawah program DKC. Sebahagian besar KIR mempunyai tahap motivasi yang baik iatu 62.1% (sederhana) dan 34.7% (tinggi), 74.0% mempunyai tahap bermasyarakat yang amat aktif dan 20.9% KIR bersikap aktif. Secara keseluruhannya KIR mempunyai kebimbangan hidup atas isu kemiskinan (15.1%), kesihatan (14.2%), pelajaran (10.3%), masa depan (10.5%), pekerjaan (14.7%) dan bantuan kerajaan (16.8%)
  •  
  • Program DKC melibatkan 248 orang peserta siri seminar keusahawanan dan berjaya memberi inspirasi kepada 60 orang peserta mengemukakan cadangan berniaga. Daripada jumlah tersebut sehingga seramai 51 orang telah diberi bantuan perkakasan gerai untuk menjalankan perniagaan gerai dan berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah.
  •  
  • Program DKC juga berjaya menyumbang meningkatkan pendapatan isi-rumah peserta. Ini dapat dilihat apabila purata pendapatan isi rumah peserta meningkat dari RM595.66 (per kapita RM100.18) dalam tahun 2001 kepada RM725.79 (per kapita RM122.43) dalam tahun 2002. Walau bagaimanapun ia menurun kepada RM674.50 (per kapita RM119.45) dalam tahun 2003.
  •  
  • Program DKC juga berjaya menyumbang meningkatkan pendapatan isi-rumah peserta. Ini dapat dilihat apabila purata pendapatan isi rumah peserta meningkat dari RM595.66 (per kapita RM100.18) dalam tahun 2001 kepada RM725.79 (per kapita RM122.43) dalam tahun 2002. Walau bagaimanapun ia menurun kepada RM674.50 (per kapita RM119.45) dalam tahun 2003.
  •  
  • Kadar termiskin dalam tahun 2003 juga dikesan merosot daripada 12.7% (2001), 8.4% (2002) dan 2.8% (2003). Kadar pengangguran peserta Desa Kasih juga dikesan menurun dari 21.3% (2001), 20.1%(2002) dan 8.7%(2003).
  •  
  • Program DKC berjaya mengurangkan kadar keciciran peserta dari 97 orang(6.7%) dalam tahun 2001 kepada 53 orang sahaja (6.7%) dalam tahun 2001 dan terus menurun kepada 37 orang (4.9%) dalam tahun 2003.
  •  
  • Program DKC telah berjaya meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar Desa Kasih. Berdasarkan kajian rambang keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pelajar menunjukkan purata mark UPSR meningkat dari 42.6%(2001), 56.4% (2002) dan 68.6%(2003). Purata markah PMR pula mencatatkan 58.0%(2001), 52.5% (2002) dan 56.9% (2003) dan purata markah SPM mencatat purata 47.5%(2001), 50.6% (2002) dan 64.1%(2003).
  •  
  • Dengan kemudahan ICT, pelajar dan KIR telah mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan sepanjang tahun 2001-2003. Malah YBK juga berjaya menguruskan setiap Pusat ICT diselaras oleh seorang penyelaras ICT berkelulusan Diploma/Sijil utnuk mengajar komputer.
  •  
  • Hampir 100 orang dari kalangan ibu tunggal, suri rumah dan remaja peserta desa kasih telah mengikuti latihan kemahiran menjahit.
  •  
 

Prestasi Desa Kasih Cemerlang   Prestasi Kewangan Program DKC 12/2006

Prestasi Kewangan (Sehingga 31hb Dis 2006)

YBK membelanjakan sebanyak RM1,846,917.25 (1021.6%) daripada sejumlah RM1,800,800.00 yang diperuntukkan kepada YBK untuk melaksanakan Program DKC.

 

Pada tahun 2005, YBK telah menerima peruntukkan sebanyak RM904,800.00 dari Kementerian Luar Bandar & Wilayah, di bawah peruntukkan Program Kesejahteraan Rakyat bagi meneruskan falsafah program Desa Kasih Cemerlang di Desa Kasih. Program ini dinamakan Program Desa Kasih Cemerlang Lanjutan

Kali ini strategi program tertumpu kepada Bantuan Perkakasan Perniagaan dan Produktiviti, Program Latihan Kemahiran Untuk Meningkatkan Pendapatan dan Pusat Kecemerlangan Pelajar

Sehingga 17/4/2008, YBK telah membelanjakan sebanyak RM501,135.03 (55%). Walau bagaimanapun baki peruntukkan telah digunakan untuk membiayai program KUNTUM 2009 dan 2010 (pihak KKLW dimaklumkan)

Prestasi Desa Kasih Cemerlang Lanjutan