Program Ekonomi Desa Kasih Merbau Berdarah (PEMB) adalah program sosio-ekonomi yang diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada YBK pada 6hb Julai 1999. Sebanyak RM486,300.00 diluluskan kementerian untuk melaksanakan Program Tanaman Jambu Madu, Tanaman Sayur, Buah Tandan Segar dan Projek Jahitan.

  • Jambu Madu  - Projek Tanaman Jambu Madu adalah program tanaman pokok jambu di setiap rumah Desa Kasih Merbau Berdarah. YBK telah memperuntukkan 6 anak pokok jambu madu untuk setiap keluarga bagi ditanam disekeliling rumah. Dengan jaulan hasil buah jambu ini, peserta dapat pendapatan tambahan.
  • Sayuran  - Program ini membantu peserta mendapatkan sumber pemakanan yang berkhasiat disamping menambahkan pendapatan sampingan, setiap keluarga peserta Desa Kasih digalakkan menyediakan batas-batas untuk ditanam dengan sayur-sayuran disekeliling rumah masing-masing. Terdapat juga dikalangan peserta yang melaksanakan projek tanaman sayuran serta membela ternakan ayam dan itik di tanah lapang berhampiran dengan penempatan ini sebagai sumber pendapatan tambahan.
  • Buah Tandan Segar Kelapa Sawit (BTS)  - Projek BTS dimulakan pada pertengahan tahun 2000 apabila YBK mendapat tawaran kerjasama daripada Koridor Padu Sdn. Bhd yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembelian dan penjualan buah kelapa sawit. Berdasarkan kerjasama tersebut, kerja-kerja peringkat awal menyediakan tapak timbang telah dimulakan diatas tapak yang disyorkan oleh syarikat berkenaan. Walau bagaimanapun, perlaksanaan projek berjaya diselesaikan pada tahun 2003 apabila ianya diserahkan kepada Kop[erasi Desa Kasih Merbau Berdarah Berhad .
  • Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah  - Permohonan koperai telah dimajukan kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Daerah Sabak Bernam pada 30 Julai 1999. Penubuhan koperasi ini bertujuan membantu peserta melibatkan diri dalam berbagai bidang perniagaan seperti pembelian dan jualan hasil pertanian.Pada 6hb September 2002, koperasi ini ditubuhkan secara rasmi. Antara aktiviti koperasi ketika itu adalah projek buah tandan segar, bengkel jahitan dan jualan beras kepada ahli.
  • Bengkel Jahitan  - Seramai 22 orang suri rumah dan ibu tunggal telah mengikuti projek ini sebagai pelatih untuk tempoh 6 bulan. Setiap pelatih dibayar elaun sebanyak RM10.00 sehari untuk sepanjang tempoh latihan. Seramai 16 pelatih bengkel jahitan tersebut kini bertugas sepenuh masa sebagai pekerja dibengkel jahitan tersebut dengan memperolehi pendapatan berdasarkan piece rate. Setiap peserta tersebut kini dianggarkan memperolehi pendapatan diantara RM400 hingga RM500 sebulan. Bengkel jahitan ini akhirnya diserahkan kepada Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah sebagai aktiviti ekonomi mereka.