Pada tahun 1998, Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah telah melantik YBK untuk melaksanakan penyerahan Bantuan Makanan Tambahan Kanak-Kanak Termiskin (MTKT). Program ini memakan belanja RM145,068.00. Pengagihan makanan tambahan kanak-kanak termiskin berdasarkan bakul makanan yang disediakan oleh pihak YBK. YBK telah menyerahkan kepada 628 orang penerima yang berdaftar sebagai peserta PPRT dilaksanakan sebanyak 3 kali dengan setiap bakul makanan bernilai RM75.00.

Setiap bakul makanan pula mengandungi 6 kg beras gred A (RM13), 4kg tepung gandum (RM6), 1 kg Ikan bilis gred A (RM11), 1 kg kacang hijau (RM3), 3 kg gula pasir (RM4.50), 2 kg minyak masak (RM7), 2 kg biskut tempatan (RM7.50), 1 kg susu tepung penuh krim (RM13.00) dan bekalan 30 hari multivitamin/zat besi (RM10)

Tempoh Pengagihan - 9 Jan 1999 hingga 10 Feb 1999 secara berkelompok, 29 Mac hingga 30 Mei 1999 penghantaran terus ke rumah-rumah peserta dan 17 Julai hingga 1 Ogos 1999 secara berkelompok.

Bilangan Penerima (628 orang) - Sabak Bernam (471 orang), Kuala Selangor (118 orang), Klang (17 orang), Kuala Langat (11 orang), Sepang (3 orang), Hulu Langat (2 orang), Hulu Selangor (6 orang)