Program Pemulihan Sikap (SIKAP) Desa Kasih Merbau Berdarah merupakan program pemulihan sikap peserta Desa Kasih Merbau Berdarah yang disarankan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Pihak kementerian memperuntukkan RM304,000.00 kepada YBK pada 16 Disember 1999 dengan tujuan mengubah sikap peserta. Untuk tujuan itu, YBK telah melantik beberapa firma konsultan yang mempunyai kepakaran dalam program pemulihan sikap

Program SIKAP dilaksanakan kepada kumpulan sasar yang dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Ahli Isi Rumah (AIR) - suri rumah dan anak-anak peserta.

Modul

  • Change Agent (Kursus Kepimpinan, Bina Insan, Komunikasi Berkesan, Semangat Berpasukan, Pengurusan KIR dan Bengkel Kepimpinan Asas Keusahawanan)
  • Kursus Bina Insan - (Keibubapaan dan Kejiranan, Seminar KIR, Kelas bimbingan komputer)
  • Pelajar (Kelas Tuisyen Tingkatan 3, 4 dan 5, Kelas Komputer, Kem kecemerlangan pendidikan semasa cuti sekolah)
  • Seminar - (Bimbingan Kerjaya, Bengkel Keusahawanan)

Kejayaan Program

  • Peningkatan bilangan peserta yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang diadakan dari masa kesemasa
  • Memberi perhatian kepada kebersihan rumah dan persekitaran kawasan Desa Kasih
  • Berani mengeluarkan pendapat dan pandangan dalam sesuatu hal tanpa rasa takut atau segan.
  • Memberi galakan kepada anak-anak untuk kecemerlangan pendidikan.
  • Mula melaksanakan perusahaan kecil-kecilan untuk menambah sumber pendapatan.

Rumusan
Yayasan berpendapat pelaksanaan program ini berjaya meningkatkan sikap dengan menambah pengetahuan dan pengalaman baru kepada suatu cara hidup yang sepatutnya agar tidak terus ketinggalan dalam arus pembangunan.