Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita adalah program meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif dikalangan wanita miskin luar bandar. Ia dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan Daerah dan Sukarelawan YBK.

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran, maklumat dan pemeriksaan kesihatan menangani penyakit barah payudara, pangkal rahim, jantung, diabetis dan darah tinggi.
  • Membantu kerajaan mengurangkan kadar kematian akibat barah payudara dan barah pangkal  rahim
  • Menekankan kepentingan cara hidup sihat dikalangan golongan sasar
   
KOMPONEN PEMERIKSAAN

  • Pemeriksaan kesihatan am – pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, paras kolesterol dan pemeriksaan ‘body mass index’
  • Pemeriksaan reproduktif wanita seperti kanser rahim, barah payu dara

PRESTASI  

     

  • Kg Orang Asli Hulu Serendah (26/4/2008)
  • Kg Orang Asli Changkat Bintang Hulu Selangor (21/6/2008)
  • Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai (26/4/2009)
  • Desa Kasih Merbau Berdarah (17/5/2009)
  • Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar (21/6/2009)
  • Kg Orang Asli Ulu Batu Bukit Lagong Gombak (17/4/2010)
  • Batang Kali (29/5/2010)
  • Kg Jenderam Hilir 31/7/2010
  • Batu 14 Hulu Langat (8/8/2010)
  • Tg Sepat Kuala Langat (22/11/2010)
  • Jaya Setia Kuala Selangor (28/11/2010)
  • Rantau Panjang Klang (14/12/2010)
  • Sekendi (18/12/2010)
  • Kg Orang Asli Bukit Manchung Hulu Selangor, (15/7/2012 )
  • Kelab Warga Emas Kuang (23/2/2013)