Jumlah keluarga : 350 | Nilai sumbangan kumulatif : RM 210,000.00



SINAR KASIH RAMADHAN (SKR) adalah program tahunan yang dilaksanakan menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini telah memasuki tahun yang ke-9 pada tahun 2017. Antara organisasi dan NGO yang pernah berkolaborasi bersama YBK dalam program ini adalah Kumpulan Media Karangkraf melalui Akhbar Sinar Harian, PIMPINAN (Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor) dan KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia).

SKR berperanan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya sektor korporat untuk bersedekah kepada keluarga miskin yang terpilih di seluruh negara. Konsep program ini adalah pemberian sumbangan wang tunai bagi membeli keperluan makanan berbuka dan bersahur untuk keluarga miskin terpilih.

OBJEKTIF

  • Usaha bersepadu untuk mendidik, menggerak dan meningkatkan kesedaran terhadap amalan bersedekah.
  • Untuk menyediakan keperluan asas pada kadar mencukupi sepanjang bulan Ramadan untuk golongan fakir miskin.
  • Melahirkan pengertian ehsan sebagai kesan tampak dari penghayatan insan dan Islam.

Jumlah keperluan makanan bagi setiap keluarga miskin ini dinilai berpandukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Perbelanjaan minimum bagi komponen makanan untuk satu keluarga 5 ahli isi rumah adalah berasaskan keperluan kalori sebanyak 9,910 kcal sehari untuk satu keluarga seramai 5 ahli isi rumah. Bilangan kalori ini dibahagikan kepada beberapa jenis makanan iaitu Karbohidrat (55%), Protein (15%) dan Lemak (30%).

Senarai keperluan minima makanan harian setiap keluarga adalah memenuhi keperluan utama untuk tubuh badan iaitu 3 komponen (Karbohidrat, Protein dan Vitamin).

Secara keseluruhannya bermula tahun 2002 sehingga 2016, sebanyak 2,310 keluarga telah mendapat manfaat daripada program Sinar Kasih Ramadhan dan jumlah sumbangan yang telah diagihkan adalah RM 1,011,485.00. Nilai sumbangan setiap tahun adalah bergantung kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang secara asasnya meningkat tahun demi tahun.

  • CEK

    Sumbangan menggunakan cek hendaklah dibayar atas nama YAYASAN BASMI KEMISKINAN dan ditulis di belakang cek 'Program Sinar Kasih Ramadhan'.

  • PEMINDAHAN WANG / PERBANKAN INTERNET

    Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : No. Akaun 1203 8010 0021 32 melalui kaunter bank, ATM/CDM, atau Perbankan Internet (IBG).

    Bukti pembayaran beserta butiran lengkap penderma (nama, alamat surat-menyurat dan nombor telefon) hendaklah dihantar melalui faks 03 7875 0719, atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi tujuan pengeluaran resit rasmi.

  • PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

    Sumbangan adalah layak untuk menerima pengecualian cukai pendapatan (Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.3710 Warta Kerajaan Bil. 8954).

Laporan merangkumi senarai responden yang telah menerima sumbangan SKR pada tahun berkenaan.

Muat Turun Laporan Sinar Kasih Ramadhan 2010.

Muat Turun Laporan Sinar Kasih Ramadhan 2011.

Muat Turun Laporan Sinar Kasih Ramadhan 2012.