KELANA JAYA, 22 September 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah mengadakan mesyuarat bersama wakil Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah Tengah bagi melaksanakan program Kenduri Puisi dan Malam Puisi Damai 3 pada pertengahan bulan Oktober nanti.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. En. Zainal Mohd Jais (ALPA YBK merangkap Pengerusi Program Malam Puisi Damai 3) telah dihadiri oleh YBrs. Pn. Nurul Julia Alani Henry (Pengarah DBP Wilayah Tengah), Pn. Suhazlina Mohamed Samsudin (DBP), dan Cikgu Ismail Bin Supandi (Naib YDP Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor - KEMUDI)

Turut hadir bersama, Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Pn. Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan YBK), En. Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK), dan Cik Shafiqah Sunazman (Pen. Pengurus Media YBK).

Perbincangan menjurus kepada mengenal pasti ruang kerjasama antara DBP Wilayah Tengah dan urus setia program khususnya pengisian dan kewangan sebagaimana yang dicadangkan dalam Kertas Kerja program. DBP Wilayah Tengah telah menyatakan kesediaan untuk bersama dalam program ini, dan akan diperhalusi dalam sesi mesyuarat komprehensif di lokasi program pada 24/9 nanti.

Nantikan pemakluman berkenaan program Kenduri Puisi dan Malam Puisi Damai 3 dalam masa terdekat.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


MEETING ON THE “KENDURI PUISI” & “MALAM PUISI DAMAI 3” PROGRAM WITH DBP CENTRAL REGION

KELANA JAYA, 22 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) held a meeting today with representatives from Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia – Central Region to discuss the implementation of the upcoming Kenduri Puisi and Malam Puisi Damai 3 program, scheduled for mid-October.

The meeting was chaired by Mr. Zainal Mohd Jais, YBK Trustee and Chairman of Malam Puisi Damai 3, and attended by Ms. Nurul Julia Alani Henry (Director of DBP Central Region), Ms. Suhazlina Mohamed Samsudin (DBP), and Mr. Ismail Bin Supandi (Vice President of the Selangor Writers and Welfare Association – KEMUDI).

Also present were Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration Manager), Ms. Halimaton Saadiah (YBK Education Manager), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media & Public Relations Manager), and Ms. Shafiqah Sunazman (Assistant Media Manager, YBK).

The discussion focused on identifying areas of collaboration between DBP Central Region and the program’s organizing secretariat, particularly in terms of content and financial aspects as outlined in the event’s working paper. DBP Central Region expressed their commitment to supporting the program, with further details to be refined in a comprehensive on-site coordination meeting scheduled for 24 September.

Stay tuned for further announcements regarding the Kenduri Puisi and Malam Puisi Damai 3 program in the coming days.