KELANA JAYA, 26 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohd Hasnul Redza bin Abd. Rahim, bersama barisan pengurusan tertinggi syarikat tersebut. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat YBK ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz bersama Ketua-Ketua Jabatan YBK.

Sesi dimulakan dengan pembentangan profil organisasi oleh kedua-dua pihak sebelum diteruskan dengan perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra. Fokus perbincangan memberi penekanan kepada potensi kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada komuniti khususnya golongan yang memerlukan.

Antara sinergi yang berpotensi dilaksanakan termasuklah pembekalan bahan makanan kering untuk asrama YBK pada harga berpatutan, pelaksanaan Program Jualan Rahmah secara bersama memandangkan TERAS merupakan syarikat yang dilantik untuk menjalankan inisiatif ini, serta usaha membangunkan program keusahawanan yang menyasarkan masyarakat luar bandar. Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama dalam program pembangunan kemahiran seperti jahitan, elektrik dan lain-lain bidang latihan yang relevan dengan keperluan semasa.

Pertemuan ini secara keseluruhannya membuka ruang lebih luas untuk YBK dan TERAS menjalin kerjasama strategik dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti. Penekanan utama diberikan kepada usaha memperkukuh penjanaan ekonomi, penyediaan keperluan asas, serta pengukuhan kemahiran masyarakat agar mereka lebih berdaya saing dan mampu keluar daripada belenggu kemiskinan.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


TERAS PAYS COURTESY VISIT TO YBK HEADQUARTERS

KELANA JAYA, 26 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) received a courtesy visit from TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd, led by its Chief Executive Officer, Mr. Mohd Hasnul Redza bin Abd. Rahim, along with the company’s top management team. The meeting, held at the YBK Headquarters Meeting Room, was also attended by YBK General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, and YBK department heads.

The session began with a presentation of organizational profiles by both parties, followed by a cordial discussion. The focus of the meeting centered on exploring strategic collaboration opportunities that could benefit the community, particularly the underprivileged.

Potential areas of synergy discussed included supplying dry food goods to YBK hostels at affordable prices, Joint implementation of the Program Jualan Rahmah, given TERAS's role as an appointed operator of the initiative, and Development of entrepreneurship programs targeting rural communities. In addition, both parties discussed cooperation in skills development programs, such as sewing, electrical work, and other relevant vocational training based on current needs.

Overall, the meeting opened up broader opportunities for YBK and TERAS to establish strategic collaboration in advancing community development agendas. The main emphasis was placed on efforts to strengthen economic empowerment, provide basic necessities, and enhance community skills so that beneficiaries can become more competitive and break free from the cycle of poverty.