KELANA JAYA, 29 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Bina Kesejahteraan - YBCare, Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (Wawasanita), dan Ledose Enterprise dalam satu majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat YBK. MoU ini bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik melalui penganjuran “Seminar Pemerkasaan Wanita: Kecantikan, Kemahiran & Keusahawanan” yang memberi fokus kepada pendidikan kecantikan, kemahiran keusahawanan serta peluang menjana pendapatan bagi golongan wanita.

Kerjasama ini membuka ruang kepada wanita daripada pelbagai latar belakang termasuk belia, graduan, ibu tunggal, suri rumah dan usahawan mikro untuk mendapatkan latihan yang berstruktur, mampu milik serta diiktiraf melalui pensijilan. Dengan penglibatan YBK, YBCare, WAWASANITA dan Ledose Enterprise, sinergi kepakaran dan rangkaian yang digabungkan diyakini akan memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

Majlis ini turut disempurnakan dengan kehadiran Pengerusi YBK, YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK; Encik Zulhairy Jalaluddin dan Zainal Mohd Jais; Pengerusi YBCare, Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Presiden WAWASANITA, Datin Dr. Norli Hj Alias bersama barisan kepimpinan, serta pengasas Ledose Enterprise, Syamimi Zafirah Binti Azlan bersama rakan strategik syarikat.

Dengan termeterainya persefahaman ini, semua pihak bertekad untuk memperkasa wanita Malaysia agar lebih berdaya saing, berkemahiran serta mampu menjana pendapatan demi kesejahteraan ekonomi keluarga dan komuniti.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


KELANA JAYA, 29 September 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), the Malaysian Visionary Women Entrepreneurs Association (WAWASANITA), and Ledose Enterprise in a ceremony held at YBK Headquarters.

The MoU aims to establish a strategic collaboration through the organization of the “Women Empowerment Seminar: Beauty, Skills & Entrepreneurship,” focusing on beauty education, entrepreneurial skills, and income-generating opportunities for women.

This partnership opens the door for women from various backgrounds—including youths, graduates, single mothers, housewives, and micro-entrepreneurs—to receive structured, affordable, and certified training. With the involvement of YBK, YBCare, WAWASANITA, and Ledose Enterprise, the combined expertise and networks are expected to bring significant benefits to the local community.

The event was graced by YBK Chairman YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, along with YBK Board of Trustees members Mr. Zulhairy Jalaluddin and Mr. Zainal Mohd Jais; YBCare Chairperson Datin Dr. Hajah Hartini Osman; WAWASANITA President Datin Dr. Norli Hj Alias and her leadership team; as well as Ledose Enterprise founder Syamimi Zafirah Binti Azlan and the company’s strategic partners.

With this MoU in place, all parties are committed to empowering Malaysian women to become more competitive, skilled, and capable of generating income for the economic well-being of their families and communities.