HULU LANGAT, 14 Februari 2026 - Telah berlangsung Program Jelajah Sejuta Harapan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Agensi dan Komuniti siri ke-2 untuk tahun 2026. Program di mana YBK 'menjodohkan' agensi dengan komuniti di lokasi terpilih di setiap daerah telah berlangsung di Dewan Komuniti, Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Program anjuran bersama Task Emergency Medical Services (TEMS.Official) ini turut mendapat kerjasama penuh daripada Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding serta persatuan dan NGO tempatan. Antara agensi yang bersama dalam program ini adalah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (Icu Jpm Selangor), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Zakat Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan pelbagai lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pendaftaran dan semakan maklumat keluarga dengan sistem e-Kasih, kaunter informasi berkenaan produk dan bantuan yang ditawarkan oleh agensi dan NGO, pemeriksaan kesihatan, kaunter derma darah, gerai jualan dan pameran, dan pelbagai lagi. Program berlangsung bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang.

Menurut En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK merangkap YDP Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding) program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan di mana kehadiran yang berdaftar adalah seramai 185 orang (individu) dan secara umum jumlah kehadiran adalah melebihi 200 orang termasuk yang hadir bersama ahli keluarga.

Program Jelajah Sejuta Harapan ini dirancang untuk diadakan di setiap daerah di negeri Selangor bagi memberi peluang komuniti dan agensi untuk berjodohan dan membantu penyampaian maklumat dan bantuan dengan lebih cekap.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK JELAJAH SEJUTA HARAPAN PROGRAMME WITH AGENCIES AND COMMUNITY – HULU LANGAT DISTRICT

HULU LANGAT, 14 February 2026 – The second series of the Jelajah Sejuta Harapan Programme for 2026, organized by Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) in collaboration with agencies and the community, was successfully held at the Community Hall, Taman Sri Nanding, Hulu Langat. The programme serves as a platform where YBK “matches” agencies with local communities at selected locations in each district.

Co-organized with Task Emergency Medical Services (TEMS.Official), the programme also received full cooperation from the Taman Sri Nanding Residents’ Association as well as local associations and NGOs. Participating agencies included the Selangor State Development Office (ICU JPM Selangor), the Social Welfare Department (JKM), the Selangor Zakat Board, the Kajang Municipal Council, the Social Security Organisation (PERKESO), and several others.

Activities conducted during the programme included family registration and data verification through the e-Kasih system, information counters on products and assistance offered by agencies and NGOs, health screenings, blood donation services, sales and exhibition booths, and more. The programme ran from 10:00 a.m. to 3:00 p.m.

According to Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK and President of the Taman Sri Nanding Residents’ Association), the programme received an encouraging response, with 185 registered individuals and overall attendance exceeding 200 people, including family members.

The Jelajah Sejuta Harapan Programme is planned to be held in every district in Selangor, providing opportunities for communities and agencies to connect and facilitating more efficient delivery of information and assistance.