LEMBAH SUBANG, 16 Mac 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Coca-Cola Malaysia telah melaksanakan Program Sinar Kasih Aidilfitri bagi menceriakan sambutan Aidilfitri komuniti yang memerlukan melalui pengagihan sumbangan karton minuman Fanta kepada keluarga terpilih.

Program yang berlangsung di Dewan Blok ABC, PPR Lembah Subang 1, Taman Putra Damai ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu utama iaitu YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK); Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia); Dr. Abdul Fatah Haji Khalid (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK); Puan Natalie Han (Pengurus Kanan Pemasaran Coca-Cola Malaysia); serta Puan Misha Romli (Pengerusi Persatuan Berdaya Wanita Lembah Subang).

Majlis dimulakan dengan taklimat perjalanan program yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Turut hadir memeriahkan program ialah selebriti Awal Ashaari yang bersama tetamu utama telah menyampaikan sendiri sumbangan kepada para penerima sebagai tanda keprihatinan dan perkongsian kegembiraan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Seramai 150 penerima daripada komuniti setempat telah hadir dan membuat pendaftaran di kaunter yang disediakan. Setiap penerima diberikan kupon untuk diserahkan semasa menerima sumbangan karton minuman Fanta daripada tetamu utama. Ini merupakan sebahagian daripada 1,000 keluarga yang akan menerima sumbangan tajaan Coca-Cola Malaysia ini menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Semoga sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Hari Raya dan menyemai nilai keprihatinan serta semangat berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


YBK–COCA-COLA SINAR KASIH AIDILFITRI BRINGS CHEER TO THE PPR LEMBAH SUBANG 1 COMMUNITY

LEMBAH SUBANG, 16 March 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), in collaboration with Coca-Cola Malaysia, carried out the Sinar Kasih Aidilfitri Programme to brighten the festive celebration for communities in need through the distribution of Fanta beverage cartons to selected families.

The programme, held at Dewan Blok ABC, PPR Lembah Subang 1, Taman Putra Damai, was graced by distinguished guests including YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK); Mr. Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Head of Public Affairs, Communications & Sustainability, Coca-Cola Malaysia); Dr. Abdul Fatah Haji Khalid (Member of the YBK Board of Trustees); Ms. Natalie Han (Senior Marketing Manager, Coca-Cola Malaysia); and Ms. Misha Romli (Chairperson of Persatuan Berdaya Wanita Lembah Subang).

The programme began with a briefing by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK. The event was further enlivened by the presence of celebrity Awal Ashaari, who joined the distinguished guests in personally presenting contributions to recipients as a gesture of care and shared joy ahead of Hari Raya Aidilfitri.

A total of 150 recipients from the local community attended and registered at the designated counters. Each recipient was given a coupon to redeem their carton of Fanta beverages. This forms part of a broader initiative to benefit 1,000 families, supported by Coca-Cola Malaysia, in conjunction with the upcoming Hari Raya Aidilfitri.

It is hoped that this contribution will help brighten the festive celebrations while fostering a spirit of compassion and sharing within the community.