PUTRAJAYA, 17 September 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bersama Lembaga Penasihat Program Annual WEF 2026 hari ini telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Delegasi YBK telah diketuai oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Presiden G100 Global Club. Turut bersama mengiringi, YBhg. Datin Dr Hasnorliza Abu Hassan dan Puan Hajah Mastura Haji Abd Manap (Lembaga Penasihat Program Annual WEF 2026), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).
Hadir bersama di pihak JPW adalah YBrs. Dr. Kanageswary @ Sanggitha A/P K.Selvakumaran (Pengarah Bahagian Pelaksanaan Dasar Wanita), Puan Franzeene Nadia A/P Rajasegaran dan Encik Irwan Effendy Bahtiar (Penolong Pengarah Bahagian Usahasama Strategik).
Objektif pertemuan adalah untuk memberikan taklimat berkenaan program 'Annual Women Economic Forum and G100 Global Meet 2026' yang akan berlangsung dari 14 hingga 17 Oktober 2026, di mana YBK merupakan penganjur bersama.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
COURTESY VISIT TO THE DIRECTOR GENERAL OF THE DEPARTMENT OF WOMEN’S DEVELOPMENT
PUTRAJAYA, 17 September 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), together with the Advisory Board of the Annual WEF 2026 Programme, today paid a courtesy visit to YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Director General of the Department of Women’s Development (JPW).
The YBK delegation was led by YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK and President of the G100 Global Club. Also accompanying the delegation were YBhg. Datin Dr. Hasnorliza Abu Hassan and Puan Hajah Mastura Haji Abd Manap, members of the Advisory Board of the Annual WEF 2026 Programme; Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; and Mr. Audi Faliq Ibrahim, Media and Public Relations Manager of YBK.
Representing JPW were YBrs. Dr. Kanageswary @ Sanggitha A/P K. Selvakumaran, Director of the Women’s Policy Implementation Division; Ms. Franzeene Nadia A/P Rajasegaran; and Mr. Irwan Effendy Bahtiar, Assistant Directors of the Strategic Collaboration Division.
The meeting aimed to provide a briefing on the “Annual Women Economic Forum and G100 Global Meet 2026”, which will take place from 14 to 17 October 2026, with YBK serving as a co-organizer.