MOTIVASI SEMANGAT MENDAKI YBK adalah cetusan idea daripada Pengerusi YBK dan menjadi sebahagian daripada proses transformasi YBK dalam pembangunan modal insan. Kumpulan sasarnya adalah pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dengan objektif memperkasa minda pelajar dengan konsep kecemerlangan yang mapan berdasarkan gagasan SEMANGAT MENDAKI.

Gagasan SEMANGAT MENDAKI menjadi teras modul Motivasi ini. Gagasan Semangat Mendaki adalah ilham daripada Dato' Pengerusi YBK yang menjurus kepada pemerkasaan berterusan (continuous improvement) dan pembinaan semangat serta jati diri yang mantap.

Komponen SEMANGAT MENDAKI terdiri daripada 5 elemen teras iaitu IMAN & TAQWA; EMOSI; IMPIAN; KEPERCAYAAN dan KEBERANIAN. Setiap elemen ini adalah kekunci untuk membina jati diri yang mantap dan menyeluruh, termasuklah penetapan matlamat diri, mengenal potensi dan keunikan, menggerakkan diri menuju impian dan memperkasa emosi diri secara zahir dan batin. Di akhir sesi motivasi, peserta diharap dapat meningkatkan keupayaan belajar dan yakin diri untuk mencapai kecemerlangan.

Modul SEMANGAT MENDAKI turut mengintegrasikan konsep dan idea daripada Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan Emotional Spiritual Quotient (ESQ)Metodologi yang digunakan adalah syarahan untuk menerangkan konsep dan teori, dan latihan praktikal untuk membolehkan pelajar mengalami sendiri konsep-konsep yang diterangkan. Metodologi teori + praktikal ini perlu agar pelajar dapat mempraktikkan konsep dan dapat membentuk amalan yang berterusan dan tidak terbatas hanya semasa dalam sesi.

buku SEMANGAT MENDAKI untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

YBK memiliki 5 orang karyawan yang berpengalaman dengan gagasan SEMANGAT MENDAKI. Para karyawan ini juga merupakan Pengamal Bertauliah NLP (Certified NLP Practitioner) daripada Akademi NLP Malaysia dan National Federation of NLP, Amerika Syarikat.

 

 

SENARAI INSTITUSI YANG MENGIKUTI MOTIVASI SEMANGAT MENDAKI YBK

JEMPUTAN

Pihak sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk menjemput Kumpulan Motivasi YBK berkongsi dan memberi perspektif baharu kepada para pelajar masing-masing boleh menghubungi pegawai berikut;

  • AUDI FALIQ IBRAHIM

    Tel (Pejabat) : 03 7875 0036

    Tel (Bimbit) : 019 3740 382 (WhatsApp)

    E-Mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

TERMA & SYARAT

• Sekolah/institusi yang berminat ('Penganjur') hendaklah memaklumkan YBK sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh cadangan program hendak dilangsungkan bagi mengelakkan pertindihan jadual serta memudahkan urusan logistik.

• YBK berhak untuk tidak memenuhi jemputan sekiranya terdapat hal yang tidak dapat dielakkan.

• Penganjur boleh menjemput YBK lebih daripada sekali untuk melaksanakan sesi, tertakluk kepada jadual.

• Penganjur bertanggungjawab menyediakan tempat yang kondusif bersesuaian dengan bilangan pelajar. Pemilihan tempat yang kurang kondusif berisiko merencatkan proses pemahaman dan keupayaan pelajar untuk bersama-sama dalam sesi yang diadakan.

• Tiada kos atau bayaran kepada jurulatih dikenakan kepada Penganjur. Pihak Penganjur hanya perlu menyediakan dewan atau ruang yang bersesuaian, peralatan 'LCD projector' dan sistem siaraya.

• Penganjur hendaklah memastikan setiap peserta mengikuti sesi dengan sepenuhnya iaitu dari awal hingga akhir, bagi memastikan pemahaman sepenuhnya kepada konsep yang diterangkan.

• Sijil penyertaan akan dikeluarkan atas permintaan.