SYARAT & TERMA PENUH PERTANDINGAN

01. Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia.

02. Penyertaan adalah percuma, namun segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

03. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hanya satu logo sahaja yang akan dipilih.

04. Logo mestilah ciptaan sendiri, asli, dan bukan ditiru dan/atau diciplak daripada mana-mana logo jenama/organisasi tempatan atau luar negara serta tidak pernah digunakan dalam mana-mana pertandingan lain.

05. Penggunaan unsur atau elemen yang menyentuh dan menyinggung sensitiviti kaum, agama, serta bertentangan dengan budaya dan norma masyarakat dalam rekaan logo adalah DILARANG.

06. Rekabentuk logo hendaklah menarik, ringkas, kemas dan hendaklah menggunakan warna asas YBK iaitu merah, kuning, biru dan putih, serta menggambarkan tema Sambutan Ulang Tahun Ke-30 YBK.

07. Rekabentuk logo juga hendaklah bersesuaian untuk digunakan dalam media cetak (majalah, risalah, surat, brosur, 'signage' dan seumpamanya) dan media elektronik (video & foto digital, media sosial, dan seumpamanya).

08. Peserta diberi kebebasan untuk merekabentuk logo secara 'free-hand' (manual/tangan), atau menggunakan perisian komputer.

09. Jika peserta menggunakan cara 'free-hand', logo hendaklah dilukis dengan jelas, menggunakan alatulis atau teknik/gaya (stroke) yang bersesuaian, di atas KERTAS PUTIH BERSAIZ A4 'TEBAL' (ketebalan minimum 100 GSM).

10. Untuk rekaan menggunakan perisian komputer, selain dicetak di atas kertas A4, lampirkan bersama sekeping CD yang mengandungi 'softcopy' logo menurut spesifikasi berikut;

  • Format Adobe Illustrator (.ai) atau Adobe Photoshop (.psd).
  • Saiz minimum 1920 x 1080 pixel┬á(Full HD) dengan ketetapan 'color space'┬áRGB,┬á300┬áDPI.
  • Kekalkan setiap 'layer' tanpa di 'flatten' kan.
  • Hasilkan juga satu salinan dalam format PNG tanpa 'compression'.

11. Lampirkan juga, dalam helaian kertas yang berlainan secara bertaip, maklumat berikut;

  • Huraian maksud konsep dan elemen yang digunakan dalam logo.
  • Butiran diri peserta, iaitu NAMA PENUH, ALAMAT SURAT-MENYURAT, NOMBOR TELEFON BIMBIT, dan┬áALAMAT E-MEL.

12. Helaian logo, CD 'softcopy' serta lampiran bertaip maksud konsep logo dan butiran diri peserta hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bermateri (sealed) dan dihantar melalui POS atau SERAHAN TANGAN ke alamat berikut;

URUSETIA PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 30 TAHUN YBK
Yayasan Basmi Kemiskinan
No. 32 & 34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

13. Serahan melalui cara lain selain pos dan serahan tangan TIDAK AKAN DITERIMA.

14. Penyertaan hendaklah sampai kepada YBK SEBELUM ATAU PADA 10 NOVEMBER 2019. Penyertaan yang tiba selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.

15. YBK tidak akan bertanggungjawab sekiranya penyertaan tiba selepas tarikh tutup yang diberikan. Bukti pos bukanlah bukti penerimaan.

16. Semua logo yang diterima akan menjadi hak milik penuh YBK.

17. Pemilihan pemenang ditentukan oleh Panel Penilai yang dilantik oleh YBK.

18. Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam tempoh SATU (1) BULAN selepas tarikh tutup pertandingan.

19. Panel Penilai berhak MEMBATALKAN PENYERTAAN sekiranya didapati peserta ada melakukan PELANGGARAN dan TIDAK PATUH kepada salah satu atau keseluruhan syarat dan terma pertandingan ini.

20. Keputusan Panel Penilai adalah MUKTAMAD, dan sebarang bantahan serta surat-menyurat tidak akan dilayan.

21. Hadiah yang disediakan adalah seperti berikut;

  • JUARA (1 pemenang):┬áWang tunai bernilai RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja) dan sijil penyertaan.
  • SAGU HATI (5 pemenang): Wang tunai bernilai┬áRM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja) dan sijil penyertaan setiap seorang.

22. Pemenang akan dihubungi oleh YBK, dan keputusan penuh pertandingan boleh diakses di laman web YBK dan media sosial YBK selepas diumumkan.

23. Sebarang pertanyaan berkenaan Pertandingan ini, sila hubungi Encik Afiq (017-370 9578), Encik Audi (019-374 0382) atau Pejabat (03-7875 0036).

­čîÉ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

­čô× HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;