Kenduri Sastera dan Malam Puisi Damai 3

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh: 18 Oktober 2025 (Sabtu)Masa: 9 pagi ~ 11 malamTempat: YBK Global Camp, Kg. Gesir Tengah (Google Maps)

TENTANG PROGRAM INI

Kenduri Sastera & Malam Puisi Damai 3 merupakan kesinambungan program kesusasteraan anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang pernah diadakan pada tahun 2016 dan 2018. Tahun ini, program ini kembali dengan kerjasama Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Tengah.

Program ini diadakan bersempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (17 Oktober) dan Dekad Membaca Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Selangor, sebagai simbolik perjuangan membasmi kemiskinan melalui kekuatan ilmu, budaya dan seni.

OBJEKTIF PROGRAM

RAKAN PENAJA

Program ini turut menerima tajaan dan sokongan daripada CUCKOO International (MAL) Berhad melalui jenama CUCKOO dan WonderLab, Dewina Holdings Sdn. Bhd. melalui jenama BRAHIM'S, dan MAMEE-DOUBLE DECKER (M) Sdn Bhd.

PENGISIAN DAN AKTIVITI

Waktu Siang (Kenduri Sastera)

Waktu Malam (Malam Puisi Damai 3)

Sebuah malam istimewa yang menghimpunkan sasterawan, budayawan dan pemimpin masyarakat untuk meraikan seni dan kedamaian. Antara pengisian adalah:

IMPAK DAN HARAPAN

Melalui program ini, YBK berhasrat menjadikan YBK Global Camp sebagai pusat komuniti dan kebudayaan berimpak tinggi, di mana seni menjadi jambatan kepada perpaduan dan kesedaran sosial. Ia bukan sekadar acara seni, tetapi satu gerakan kemanusiaan untuk menyemai nilai, membina jiwa dan membasmi kemiskinan melalui budaya dan kata.

PENDAFTARAN BENGKEL & PERTANDINGAN

KLIK DI SINI untuk pendaftaran untuk penyertaan bengkel atau pertandingan. Tempat adalah terhad!

MAKLUMAT LANJUT

Hubungi urus setia program melalui WhatsApp di nombor +60 11 5645 7832 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.