AKADEMI KEMAHIRAN YBK (AKYBK) adalah sebuah institusi latihan kemahiran milik penuh Yayasan Basmi Kemiskinan yang terletak di Kg. Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

AKYBK menawarkan Sijil Kekompetenan Pendawaian Elektrik iaitu kursus PENDAWAI FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN PW2 - (SEPENUH MASA) di bawah pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST). Pada tarikh 1 Ogos 2019 secara rasminya AKYBK telah diberikan pentauliahan serta kebenaran dari Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan Kursus PENDAWAI FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN PW2 - (SEPARUH MASA) di AKYBK.

• PENDAWAIAN FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN (PW2)

Tempoh pengajian adalah selama 24 bulan (2 tahun) dengan pecahan seperti berikut;

• Latihan di AKYBK (12 bulan)
• Latihan industri (9 bulan)
• Persediaan di AKYBK (3 bulan)

Syarat-Syarat Kemasukan
• Warganegara Malaysia;
• Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ATAU tamat tingkatan 5;
• Tidak rabun warna dan tidak cacat pendengaran.

Penganugerahan Sijil
• Perakuan Kekompetenan Pendawai Suruhanjaya Tenaga (ST).

Waktu Pembelajaran (Sepenuh Masa)
• Isnin hingga Jumaat (9 pagi hingga 5 petang).
• Sabtu minggu ke-2, 4, dan 5 (9 pagi hingga 1 petang).

Bahasa Pengantar
• Bahasa Melayu.

Pilihan Pembiayaan
• Sendiri, atau;
• Tajaan (bagi yang layak) - Lembaga Zakat Selangor atau lain-lain agensi / sumber.

Lain-Lain Kemudahan
• Penginapan disediakan

• PENGURUS: Puan Nurfadilah Ibrahim
• PENOLONG TIMBALAN PENGURUS (PENTADBIRAN): Cik Raudah Zakaria

Hanya data alumni (bekas pelajar) sahaja yang akan dipaparkan untuk rujukan awam. Data pelajar terkini boleh diperoleh dengan menghubungi Akademi Kemahiran YBK. Data penuh pelajar tidak akan diberikan kepada pihak ketiga melainkan atas tujuan undang-undang sahaja.

September 2024 • Julai 2023 • Ogos 2022 • September 2019 • Ogos 2018 • Julai 2017 • Disember 2016 • April 2016 • April 2015 • Mei 2014 • Julai 2013 • Disember 2012 • Februari 2012