Sepanjang pemgamatan YBK di kawasan tersebut jelas menunjukkan betapa musnah seluruh perkampungan akibat dilanda air. Cukup mengharukan bagaikan tsunami kecil melanda kawasan penempatan ini. Daripada 400 rumah, hanya 25 rumah yang mampu menahan air pasang besar ini yang lainya rosak teruk atau runtuh menyembah bumi. Malah bangunan awam seperti kantin sekolah dan bangunan perhentian keretapi musnah sama sekali.
YBK bersama ALPA, Dato Bing Selamat Amir, CEO, En Zulhairy Jalaluddin serta kakitangan telah hadir untuk melihat dan merasai kepayahan penduduk disini. Bantuan makanan dan pakaian telah kami sumbangkan bagi mengurangkan trauma kesan bencana alam ini. Semoga penduduk kampung yang mengalami musibah bencana ini mampu untuk terus berjuang dalam meneruskan kehidupan seharian.