SINAR KASIH RAMADHAN 2025 - Seramai 15 buah keluarga di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2025 untuk tahun ini. Penerima turut mendapat Kotak Makanan sumbangan Yayasan Food Bank Malaysia, dan barangan sumbangan Dutch Lady. Serahan telah dilakukan oleh Puan Nurfadilah Ibrahim (Pengurus Akademi Kemahiran YBK) dan Cik Raudah Zakaria (Penolong Timbalan Pengurus - Pentadbiran, Akademi Kemahiran YBK). Keluarga yang menerima adalah;
SG BESAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Kamarul bin Halidi yang menetap di Kampung Hala Cara Baru, Sg. Besar.
Beliau yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan purata RM 1,000 sebulan bagi menampung keperluan isteri dan 7 orang anak. 6 daripada anaknya masih bersekolah dan sudah pastilah memerlukan belanja yang besar.
Sumbangan SKR adalah daripada Prihatin Ehsan Holding Sdn. Bhd, Yayasan Food Bank, dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga Encik Kamarul dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.
SG BESAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Zafri bin Asharaie yang menetap di Jalan Parit, Simpang 5, Sg. Besar.
Beliau tidak bekerja ekoran keuzuran akibat penyakit gout dan Arthritis. Keperluan dan perbelanjaan rumahtangga diperolehi daripada sumbangan bulanan Lembaga Zakat Selangor dan hasil jualan kuih-muih isterinya dalam anggaran RM 500 sebulan. En Zafri mempunyai 4 orang anak dan 3 daripadanya sedang bersekolah.
Sumbangan SKR adalah daripada Yayasan Food Bank dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Zafri dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.
SG BESAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Puan Siti Nurhidayah binti Abd Ghani yang menetap di Desa Kasih Merbau Berdarah, Parit 16, Sg. Panjang, Sg. Besar.
Beliau tidak bekerja kerana menjaga ibu dan anak-anak yang masih kecil dan telah kehilangan suami setahun yang lalu akibat serangan jantung. Keperluan dan perbelanjaan rumahtangga diperolehi daripada sumbangan bulanan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 650 sebulan. Puan Nurhidayah mempunyai 5 orang anak dan 4 daripadanya masih bersekolah dan seorang lagi berumur 3 tahun.
Sumbangan SKR adalah daripada En Muhammad Haikal bin Zainal Abidin, Yayasan Food Bank dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga Puan Nurhidayah dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.
SG BESAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Azanul Azhar bin Ismail yang menetap di Jalan Besar, Kampung Simpang 5, Sg. Besar.
Beliau bekerja sebagai petani dan membuat serta menjual belacan secara sambilan yang menyumbang purata pendapatan sebanyak RM 1,200 sebulan. En Azhar mempunyai 4 orang anak semuanya masih bersekolah dan menjaga ibu dan ayah yang telah tua.
Sumbangan SKR adalah daripada Yayasan Food Bank dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Azhar dan keluarga dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.
SG BESAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Puan Noor Faizah binti Ya'acub yang menetap di Jalan Besar, Paket 60 Sg. Besar.
Beliau bekerja di kilang kerepek bersebelahan rumahnya dan menerima bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor. Suami beliau tidak sihat untuk bekerja kerana mengidap penyakit lemah jantung dan kerap pitam jika bekerja berat. Puan Faizah mempunyai 7 orang anak dan 2 daripadanya sedang menuntut di IPT (USIM dan UUM).
Sumbangan SKR adalah daripada Yayasan Food Bank dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga EPuan Faizah dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.
SABAK BERNAM, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Nezri Ismail yang menetap di Jalan Sekolah, Kampung Tanjung Jawa, Sabak Bernam.
Beliau bekerja sebagai pekerja pembersihan yang memperolehi purata pendapatan RM 1,500 sebulan disamping bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor. Encik Nezri mempunyai 4 orang anak dan 3 daripadanya sedang bersekolah.
Sumbangan SKR adalah daripada Yayasan Food Bank dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga Encik Nezri dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.
SABAK BERNAM, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Mohd Nor Yatimi bin Hj Aswad yang menetap di Jalan Seri Tanjong, Tebok Hj Nor, Kampung Sungai Apong, Sabak Bernam.
Beliau dan isteri berniaga sate dan menjana pendapatan purata sebanyak RM 1,300 sebulan. En Mohd Nor Yatimi mempunyai 7 orang anak dan 5 daripadanya sedang bersekolah dan menuntut di IPT.
Sumbangan SKR adalah daripada Yayasan Food Bank dan Dutch Lady. Sumbangan diterima oleh anak kerana En Yatimi telah keluar bekerja. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Yatimi dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik.
BAGAN NAKHODA OMAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Sarizam bin Nuhari yang menetap di Jalan Bagan 2, Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Encik Sarizam menyara keluarganya dengan bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan. Isteri beliau, Pn. Fazilah adalah suri rumah tangga. Keluarga ini tinggal di kediaman yang disewa pada kadar RM 400 sebulan. Encik Sarizam mempunyai 5 orang anak dan 4 daripadanya masih bersekolah.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan barangan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Sarizam dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.
BAGAN NAKHODA OMAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Mohamad Rozaimie bin Mohammad Fuad yang menetap di Jalan Penghulu, Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Encik Rozaimie menyara keluarganya dengan bekerja sebagai mekanik motosikal dengan pendapatan sekitar RM 950 sebulan. Isteri beliau, Pn. Siti Naimah adalah suri rumah tangga. Keluarga ini menumpang tinggal di kediaman milik kakak. Encik Rozaimie mempunyai 4 orang anak dan semuanya masih bersekolah.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Rozaimie dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.
SG BESAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Saiful Azri bin Faizal Clement yang menetap di Kampung Hala Cara Baru, Parit 16, Sungai Panjang, Sg. Besar.
Encik Saiful menyara keluarganya dengan bekerja kampung dan memperoleh pendapatan sekitar RM 1,500 sebulan. Isteri beliau, Pn. Dayang Suliza adalah suri rumah tangga. Keluarga ini mendiami rumah yang disewa dengan kadar RM 400 sebulan. Encik Saiful mempunyai 6 orang anak dan semuanya masih bersekolah.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Saiful dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.
SG AYER TAWAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Mohd Nizanudin bin Mohd Hassim yang menetap di Jalan Beting Kepah, Kampung Sungai Apong, Sungai Ayer Tawar.
Encik Nizanudin menyara keluarganya dengan bekerja kampung dan memperoleh pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan. Isteri beliau, Pn. Lizawati adalah suri rumah tangga. Keluarga ini mendiami kediaman sendiri. Encik Nizanudin mempunyai 5 orang anak dan semuanya masih bersekolah. Anak sulung En Nizanudin sedang menuntut di UiTM Tapah.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Nizanudin dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.
SABAK BERNAM, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Muhammad Zahrill bin Mohd Zapri yang menetap di Jalan Besar, Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam.
Encik Zahrill menyara keluarganya dengan bekerja kampung dengan pendapatan sekitar RM 500 sebulan. Isteri beliau, Pn. Siti Zainab bekerja di kilang kerepek dengan pendapatan RM 700 sebulan. Keluarga ini tinggal di kediaman yang disewa pada kadar RM 400 sebulan. Encik Zahrill mempunyai 6 orang anak dan semuanya masih bersekolah.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa wang tunai dari Pusat Latihan YBK, Kuala Selangor dan Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Zahrill dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.
SG BESAR, 1 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Hasnul Azizi bin Md Yusof yang menetap di Kampung Tersusun , Sg Nipah, Sg. Besar.
Encik Hasnul menyara keluarganya dengan bekerja sebagai Operator Sawit dengan pendapatan sekitar RM 1,600 sebulan. Isteri beliau, Pn. Raja Raidah Amana adalah suri rumahtangga. Keluarga ini tinggal di kediaman yang disewa pada kadar RM 400 sebulan. Encik Hasnul mempunyai 6 orang anak dan semuanya masih bersekolah.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Hasnul dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.
SG BESAR, 4 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025H disampaikan kepada Encik Zainuddin bin Ismail yang menetap di Jalan Tengah Peket 20, Kampung Sg Nipah Baroh, Sg. Besar.
Encik Zainuddin menyara isteri dan keluarga anak perempuannya yang telah kematian suami dengan bekerja sebagai penternak ayam dan itik dengan pendapatan sekitar RM 500 sebulan. Anak beliau tidak mempunyai kerja tetap dan mendapat biayaan JKM sebanyak RM 500. Keluarga ini tinggal di kediaman sendiri. Encik Zainuddin mempunyai 4 orang cucu dan semuanya masih bersekolah.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa wang tunai darpada Muhammad Haikal bin Zainal Abidin dan Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Zainuddin dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.
SABAK BERNAM, 4 Mac 2025 - Penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 disampaikan kepada Encik Sahar bin Munadi yang menetap di Kampung Banting, Sg Ayer Tawar Sabak Bernam.
Encik Sahar menyara isteri dan anak-anaknya dengan bekerja sebagai tukang perabot dengan pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan. Salah seorang anak beliau mempunyai masalah minor autisme. Keluarga ini tinggal di kediaman yang disewa pada kadar RM 250 sebulan. Encik Sahar mempunyai 4 orang anak dan semuanya masih bersekolah. Encik Sahar juga menjaga ibunya yang telah uzur.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK berupa Kotak Rezeki daripada Yayasan Foodbank Malaysia dan Dutch Lady. Semoga dengan sumbangan ini keluarga En Sahar dapat menjalani ibadah puasa dan sahur dengan lebih baik dan semoga penyumbang diberkati Allah SWT.