Program: Sinar Kasih Ramadhan - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Ziarah Sinar Kasih Ramadhan 1447H/2026M - Bestari Jaya dan Sungai Buaya

    HULU SELANGOR, 1 Mac 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melaksanakan serahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada penerima terpilih di kawasan Ladang Nigel Gardner (Bestari Jaya) dan Sungai Buaya, dalam daerah Hulu Selangor.

    Serahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Program SKR, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman bersama pimpinan komuniti tempatan. Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, dan Ketua-Ketua Jabatan serta para karyawan YBK yang membantu merekodkan data penerima di lapangan.

    Penerima yang merupakan keluarga dari kalangan isi rumah miskin tegar telah menerima tunai sumbangan Coca-Cola Malaysia dan Kotak Makanan daripada YBK dan para penaja. Laporan penuh serahan akan dipaparkan sebaik sahaja tersedia.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    SINAR KASIH RAMADHAN 1447H/2026M VISIT – BESTARI JAYA AND SUNGAI BUAYA

    HULU SELANGOR, 1 March 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) carried out the distribution of Sinar Kasih Ramadhan (SKR) assistance to selected recipients in the areas of Ladang Nigel Gardner (Bestari Jaya) and Sungai Buaya, within the Hulu Selangor district.

    The presentation was led by the Chairperson of the SKR Programme, YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, together with local community leaders. Also present were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, Heads of Departments, and YBK staff who assisted in recording recipients’ data on-site.

    The recipients, comprising families from hardcore poor households, received cash contributions sponsored by Coca-Cola Malaysia as well as food boxes from YBK and its sponsors. A full report of the distribution will be published once available.

    Read more
  • SKR 2026 • Pinggiran Hulu Langat - Daerah Hulu Langat

    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 6 buah keluarga di kawasan pinggiran Hulu Langat, dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama-sama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan Puan Norlida Abdul Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding)

    Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

    Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Ahmad Hedayah Abdul Mutalib di Taman Sri Nanding.

    Encik Ahmad Hedayah menyara keluarganya dengan bekerja sebagai penghantar dokumen (courier) dengan purata pendapatan RM 1,200 sebulan. Isterinya, Puan Noorziana Budin adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak - seorang di pusat pengajian tinggi, dua orang di sekolah menengah, dan seorang di sekolah rendah. Tinggal menyewa di Kampung Dusun Tua dengan kadar RM 400 sebulan (rumah di Taman Sri Nanding adalah rumah keluarga). Encik Ahmad Hedayah menerima bantuan bulanan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 600.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Azman Razalli di Madrasah Nurul Iman.

    Encik Azman melakukan pelbagai pekerjaan (bekerja sendiri) bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga. Secara purata, dia mampu memperoleh sekitar RM 1,500, bergantung kepada kerja yang ada. Isteri beliau, Puan Siti Latifah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 9 orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah. Bantuan yang diterima adalah daripada Lembaga Zakat Selangor. Kami difahamkan Encik Azman telah menjalani pembedahan usus yang sedikit sebanyak membataskan kudratnya.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Faizal Zulkifli yang tinggal di Taman Titiwangsa.

    Sebagaimana yang diceritakan oleh anaknya kepada kami, Encik Mohd Faizal pernah menawarkan servis cetakan bahan-bahan pameran dan seumpamanya untuk menjana pendapatan, tetapi sekarang sudah berkurangan dan dia memilih untuk bekerja sendiri. Isteri beliau, Puan Hamzalina bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan sekitar RM 1,700. Tinggal di rumah sewa, pasangan ini dikurniakan 7 cahaya mata - yang masih bersekolah adalah seramai 3 orang. Keluarga Encik Mohd Faizal turut meneria bantuan persekolahan dan barang keperluan daripada Lembaga Zakat Selangor.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding) dan diterima oleh anak Encik Mohd Faizal selaku wakil - dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Zainul Abhar Abdul Latiff di Taman Desa Sentosa.

    Encik Zainul Abhar adalah seorang penghantar makanan (rider), dengan pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan bergantung kepada permintaan. Sewa kediaman keluarga ini dibayar oleh Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 700 sebulan. Isterinya, Puan Murniaiza adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak, 4 daripadanya bersekolah di SK Dusun Tua.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada Puan Jariah Hj Abd Isa di Sungai Lui.

    Puan Jariah adalah seorang ibu tunggal warga emas yang tinggal berdua dengan anaknya. Kediamannya sekarang ini adalah disewa dari jiran kerana rumah asalnya (di sebelah rumah sekarang) tidak boleh didiami kerana rosak akibat kebakaran yang berlaku pada penghujung tahu 2025. Beliau tidak bekerja dan tiada punca pendapatan. Dahulunya Lembaga Zakat Selangor ada memberikan bantuan sewa rumah kepada pemilik rumah tetapi difahamkan telah dihentikan.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Puan Juliana Mohamed Jamaludin yang tinggal di Batu 21 Kg Sungai Lui.

    Puan Juliana dahulunya seorang ibu tunggal tetapi baru berkahwin semula dengan Encik Md Johari Jamal, yang bekerja sebagai pemandu lori barangan. Pendapatan suaminya adalah sekitar RM 1,700 sebulan. Rumah yang didiami merupakan rumah keluarga dan jumlah isi rumah adalah 9 orang. Jumlah anak (termasuk dengan perkahwinan sebelum ini) adalah 7 orang - 4 orang sedang belajar di sekolah menengah manakala 3 orang di sekolah rendah. Puan Juliana juga mempunyai seorang anak angkat yang dijaga sejak kecil dan kini berusia 7 tahun namun tidak bersekolah kerana kekangan dokumentasi.

    Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz menawarkan penempatan di Asrama Kasih YBK dan YBK juga bersedia untuk memudah cara urusan mendokumenkan anak angkat Puan Juliana.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Pengurus Besar YBK dan disaksikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Read more
  • SKR 2026 • Daerah Hulu Langat bersama Coca-Cola Malaysia

    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 4 buah keluarga di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini bersama pihak Coca-Cola Malaysia. Serahan telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Sinar Kasih Ramadhan), dan Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia). Turut bersama, Encik Ibraheem Zulkiflee (Penolong Kanan HEM SK Sungai Serai), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), Encik Mohd Safwan Shari (JPKK Batu 14), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

    Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan wang tunai sumbangan Coca-Cola Malaysia. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Mansor Jaafar yang tinggal di Sungai Long.

    Encik Mansor Jaafar bekerja sebagai buruh am dengan pendapatan yang tidak tetap. Secara purata beliau memperoleh sekitar RM600 sebulan. Isteri beliau, Puan Umi Salamah Abdul Rahman tidak bekerja. Kami difahamkan Encik Mansor menghidap penyakit 'glaucoma' yang menjejaskan daya penglihatannya dan perlu bergantung kepada ubat. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah sumbangan NGO dengan tanggungan 9 orang (isteri dan anak-anak). Salah seorang anaknya telah pun berkahwin. Keluarga ini juga menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Encik Ibraheem Zulkiflee (Penolong Kanan HEM SK Sungai Serai).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Mohd Amil Ramli yang tinggal di Jalan Felcra Semungkis Batu 14.

    Ketika kami sampai di kediaman, isteri Encik Mohd Amil, Puan Huda menceritakan bahawa suami beliau telah diuji dengan sakit strok sehingga lumpuh penuh dan terlantar di atas katil, tidak mampu mengurus diri sendiri. Encik Mohd Amil telah terlantar sejak 5 tahun lepas. Tabah dengan ujian yang menimpa, tugas mencari sesuap nasi untuk keluarga digalas oleh Puan Huda dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti mengambil tempahan membuat makanan, melakukan perkhidmatan penghantaran (runner), dalam masa yang sama melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri mengurus suami yang terlantar.

    Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak - 2 orang di sekolah menengah dan 3 orang di sekolah rendah. Kos sewa rumah telah ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor di samping bantuan kewangan.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), Encik Mohd Safwan Shari (JPKK Batu 14), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Muhammad Hafiz Samsi Anuar yang tinggal di kawasan Dusun Tua.

    En. Muhammad Hafiz adalah seorang bapa tunggal. Empat anak beliau bersekolah di SK Dusun Tua. Bekerja sebagai penghantar makanan, keluarga ini menerima bantuan sara hidup RM 500 daripada Lembaga Zakat Selangor.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan, Coca-Cola Malaysia) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Destinasi terakhir Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Kamel bin Kamal yang tinggal di kawasan Kampung Jawa, Hulu Langat.

    En. Kamel menetap bersama isteri dan empat orang anak. En. Kamel tidak bekerja manakala isterinya, Pn. Rabiatul Adawiyah Ali adalah suri rumah. Keluarga ini menerima bantuan sara hidup RM500 sebulan daripada Lembaga Zakat Selangor. Keadaan rumah keluarga ini agak daif dan kelihatan tidak terurus.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Read more
  • SKR 2026 • Ampang - Daerah Hulu Langat

    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 11 buah keluarga di kawasan Ampang, dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama-sama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Turut bersama, Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan pimpinan-pimpinan tempatan.

    Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

    Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Asrul Faisal Omar.

    Encik Asrul menyara keluarganya dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah agama berhampiran kediamannya. Pada hari biasa, beliau mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan tetapi sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak dapat bekerja kerana kantin sekolah ditutup. Isteri Encik Asrul, Puan Azlin Zakaria adalah suri rumah sepenuh masa. Prihatin dengan kekusutan suaminya untuk mencari pendapatan menyara keluarga, beliau membantu dengan mengambil tempahan untuk memasak makanan, walaupun tidak kerap, sedikit sebanyak meringankan kekusutan suaminya.

    Pasangan ini dikurniakan 7 orang anak dan keluarga ini tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM 1,100 sebulan. Lembaga Zakat Selangor telah membantu keluarga ini dengan bantuan sewa bulanan dan bantuan untuk anak yang masih belajar. Apa yang merunsingkan fikiran pasangan ini adalah salah seorang anak mereka menunjukkan tanda-tanda sebagai autism dan berdepan isu dengan pihak sekolah.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh Puan Hajah Ramlah Yusoh telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor). Turut bersama, Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    YBK telah menawarkan peluang biasiswa Asrama Kasih YBK kepada keluarga ini, dan Puan Hazliyana akan membantu berkenaan anak yang disyaki autism untuk mendapatkan diagnosis dan isu yang dihadapi dengan pihak sekolah.


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Harmizi Rahim yang tinggal di Apartmen Pandan Utama.

    Kami disambut oleh ibu kepada Encik Harmizi kerana dia keluarga bekerja. Sebaik melangkah ke dalam kediaman, kami terkejut kerana difahamkan bukan keluarga Encik Harmizi sahaja yang tinggal di situ, tetapi juga ibu dan adik-beradik beliau menjadikan jumlah ahli isi rumah sekitar 9 orang. Encik Harmizi bekerja sendiri (ambil upah dengan orang) dengan pendapatan yang tidak menentu - purata sekitar RM 400 sebulan. Dia adalah seorang OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mendapat bantuan OKU JKM, dan juga seorang bapa tunggal kerana isteri beliau telah meninggal dunia pada tahun 2021. Beliau hanya memiliki seorang anak lepasan sekolah.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor). Turut bersama, Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Muhammad Azrul Shabirin Mohd Musa yang tinggal di Flat Desa Lembah Permai.

    Encik Muhammad Azrul bekerja di restoran McDonalds berhampiran kediaman dengan gaji purata RM 1,700 sebulan. Isteri beliau, Puan Rohaya bekerja sebagai jurujual bagi membantu suami menambah pendapatan. Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak. Difahamkan bantuan yang diterima oleh Encik Muhammad Azrul sekeluarga adalah daripada Lembaga Zakat Selangor yang menanggung kos sewa rumah, iaitu sebanyak RM 880 sebulan.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh PYBK Construction telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Puan Nur Asiah Azis yang tinggal di Flat Desa Lembah Permai.

    Puan Nur Asiah adalah seorang ibu tunggal, dan perlu mencari rezeki untuk menanggung keluarganya. Untuk memperoleh pendapatan, Puan Nur Asiah mengambil inisiatif berniaga kuih-muih dan secara purata boleh memperoleh sekitar RM 700 sebulan, bergantung kepada permintaan. Berkenaan anak-anak, empat orang daripada enam anaknya masih lagi bersekolah. Beliau tinggal menyewa dengan kadar RM 700 yang ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dimaklumkan bahawa penama yang berdaftar dalam pangkalan data iaitu Encik Mohd Khairi Zulkifly telah meninggal dunia akibat dilanggar semasa dalam perjalanan pulang.

    Kehadiran YBK disambut oleh Puan Kalsom iaitu balu arwah dan ibu mentuanya, Puan Norizan Hashim. Buat masa ini Puan Kalsom tidak bekerja dan bergantung kepada bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 800. Tiga daripada enam anaknya bersekolah di peringkat menengah. Puan Kalsom menanggung anak dan ibu mentua yang tinggal bersamanya.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohamad Rusly Mohamad Shaharuddin yang tinggal di Lembah Jaya Selatan.

    Encik Mohamad Rusly bekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan (car wash) dengan pendapatan kira-kira RM 1,800 sebulan. Isterinya, Puan Norahimah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan enam (6) orang anak. En. Rusly merupakan seorang yang berhati mulia kerana dia turut menjaga anak-anak saudaranya dari adiknya yang telah meninggal dunia. Ada adiknya merupakan OKU. Walaupun dirinya sendiri tidak begitu kuat kerana mengalami sakit jantung, En. Rusly tetap melaksanakan amanah menjaga keluarganya dan anak-anak saudaranya seperti anak sendiri.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Roshaizad Ahmad (Pengerusi JPKK Lembah Jaya Selatan) dan disaksikan oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Yusoff Yahaya, seorang OKU (Pekak).

    Walaupun berstatus OKU, Encik Mohd Yusoff adalah seorang graduan yang telah menamatkan pengajian tinggi. Beliau mencari rezeki sebagai pemandu 'e-hailing' manakala isteri beliau, juga seorang OKU, bekerja sebagai tukang pembersihan (cleaner). Pasangan ini menerima bantuan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM 500. Pasangan ini dikurniakan 4 orang anak yang normal, dan anak-anak Encik Mohd Yusoff mampu berkomunikasi dengan bahasa isyarat dan telah membantu kami berkomunikasi dengannya. Ibu dan bapa Encik Mohd Yusoff tinggal bersamanya dan difahamkan bapanya juga merupakan seorang OKU.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Wan Syaifulazam Wan Yahya yang tinggal di Kampung Tasik Permai.

    Encik Wan Syaifulazam menyara keluarganya dengan bekerja sendiri yakni melakukan pelbagai kerja. Isteri beliau, Puan Nuraisyah merupakan suri rumah. Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak dan ada yang masih bersekolah. Lembaga Zakat Selangor telah memberikan bantuan bulanan sebanyak RM 650. Kami difahamkan keluarga ini diuji dengan isu berkaitan tempat tinggal sekarang.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah) dan Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Nor Hazri Harun yang tinggal di Taman Sri Baru Tasik Tambahan.

    Encik Hazri bekerja sebagai penyelenggara landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM), manakala isteri beliau, Puan Nuradiah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini tinggal bersama anak-anak di rumah mentua yang turut menetap sama.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah) dan Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Samshaini Samsudin yang tinggal di Taman Tasik Tambahan.

    Encik Mohd Samshaini mencari rezeki untuk keluarganya dengan bekerja di syarikat katering secara sambilan kerana tidak dapat melakukan kerja-kerja berat akibat sakit ulser/buasir. Isterinya, Puan Yayah Nur Halimah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 4 orang anak di mana 2 orang di peringkat menengah, seorang di sekolah rendah, dan seorang lagi belum bersekolah. Keluarga ini menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 850.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah) dan Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


    AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Yunus Jamalludin yang tinggal di Taman Bukit Teratai.

    Encik Mohd Yunus adalah seorang warga emas yang tidak lagi bekerja dan tinggal bersama isterinya. Untuk menampung perbelanjaan bulanan, Encik Mohd Yunus menggunakan sumber daripada 'Bantuan Warga Emas' Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 600 - sekadar cukup untuk keperluan asas. Kediaman yang diduduki adalah milik sendiri yang dibeli semasa masih bekerja.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah) dan Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat).

    Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Read more
  • SKR 2026 • Daerah Sabak Bernam (Bahagian 2)

    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 18 buah keluarga di daerah Sabak Bernam, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Cik Raudah Zakaria (Penolong Timbalan Pengurus, Akademi Kemahiran YBK) dan Encik Zulhilmi Zamri (Akademi Kemahiran YBK).

    Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

    Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    SEKINCHAN, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan dengan penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Mohd Fazli bin Omar yang bertempat di Lorong 4, Belakang LPN, Kampung Penerangan, Kampung Parit 5, Sekinchan.

    Encik Mohd Fazli bekerja sendiri dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,500 bagi menyara keluarga seramai lapan orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Rozahana binti Senin, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menguruskan keperluan rumahtangga serta anak-anak mereka. Pasangan ini dikurniakan lima orang anak, meliputi seorang pelajar universiti (UNIMAS), seorang pelajar Tingkatan 6, dua orang di peringkat menengah, dan seorang di sekolah rendah.

    Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan turut menerima bantuan zakat (sekolah dan raya) berjumlah RM650 serta bantuan tunai STR. Walaupun mempunyai sumber pendapatan tetap, jumlah tanggungan yang ramai serta komitmen sara hidup menjadikan keluarga ini termasuk dalam kalangan yang layak menerima bantuan SKR 2026.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 hasil sumbangan PYBK Construction, bersama Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) telah disampaikan oleh Cik Raudah Zakaria (Penyelaras YBK) dalam suasana penuh rasa syukur dan kesederhanaan di kediaman penerima.

    Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga Encik Mohd Fazli membuat persediaan awal menghadapi bulan Ramadan, khususnya dalam memenuhi keperluan pendidikan dan makanan seisi keluarga.


    SEKINCHAN, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan dengan penyerahan bantuan kepada Encik Ahmad Fadlie bin Sulaiman, seorang pemandu lori yang menetap di Kampung Tali Air 6, Sekinchan.

    Encik Ahmad Fadlie bekerja di sektor swasta dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,350. Beliau menyara keluarga seramai lapan orang, termasuk isterinya Puan Norhasanah binti Baharuddin, seorang suri rumah sepenuh masa, dan empat orang anak yang masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.

    Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan merupakan penerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) meliputi bantuan sewa rumah bernilai RM400 sebulan serta bantuan sekolah dan hari raya. Walaupun berpendapatan tetap, kos sara hidup yang meningkat serta tanggungan isi rumah yang besar menjadikan keluarga ini masih memerlukan sokongan berterusan untuk kelangsungan hidup.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM600 tajaan PYBK Construction, bersama Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Cik Raudah Zakaria (Penyelaras YBK Sabak Bernam) dalam suasana sederhana dan penuh rasa syukur di kediaman penerima.

    Bantuan ini diharap dapat memberikan kelegaan kepada keluarga Encik Ahmad Fadlie dalam membuat persiapan awal menyambut Ramadan, selain membantu meringankan kos kehidupan harian.


    SEKINCHAN, 19 Februari 2026 – Program tahunan Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah diteruskan di Daerah Sabak Bernam dengan penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Ahmad Rifae bin Baharuddin, yang tinggal di Jalan Ban 2, Parit Pakat, Kampung Parit 11, Sekinchan.

    Encik Ahmad Rifae bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM3,500 sebulan, menyara keluarga besar yang terdiri daripada 14 orang ahli rumah termasuk isteri dan anak-anak. Isteri beliau, Puan Salasiah binti Daud, merupakan suri rumah sepenuh masa yang memikul tanggungjawab menguruskan keluarga besar ini. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak yang masih bersekolah di pelbagai peringkat pendidikan, daripada sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

    Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan menerima bantuan bulanan sebanyak RM900 serta barangan asas makanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Walaupun pendapatan bulanan beliau agak sederhana, jumlah tanggungan yang ramai menyebabkan kos keperluan asas dan pendidikan anak-anak menjadi cabaran utama keluarga.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 hasil tajaan PYBK Construction, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disampaikan oleh Puan Raudah Zakaria (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam).


    SUNGAl BESAR, 19 Februari 2026 – Dalam usaha berterusan membantu masyarakat berpendapatan rendah sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) dengan menyerahkan sumbangan kepada Encik Meor Mohamed Hazim bin Abu Bakar yang tinggal di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar.

    Encik Meor Mohamed Hazim bekerja sendiri dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,300 bagi menyara keluarga seramai sembilan orang. Isteri beliau, Puan Siti Nori Azidah binti Mohd Jalil, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang menguruskan anak-anak dan hal ehwal keluarga. Pasangan ini dikurniakan enam orang anak yang masih bersekolah, termasuk di peringkat rendah dan menengah.

    Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan merupakan penerima bantuan bulanan RM650 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) di samping bantuan persekolahan tahunan untuk anak-anak. Walaupun mempunyai sumber pendapatan tetap, jumlah tanggungan yang ramai serta komitmen sara hidup yang tinggi menyebabkan kehidupan keluarga ini mencabar, dengan keutamaan diberikan kepada pendidikan anak-anak.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 hasil tajaan PYBK Construction, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Cik Raudah Zakaria (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam). Majlis penyerahan berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh kesyukuran di kediaman penerima.

    Sumbangan yang diberikan diharapkan dapat membantu keluarga Encik Meor Hazim menghadapi keperluan harian serta membuat persediaan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba dalam keadaan lebih selesa dan bermakna.


    SEKINCHAN, 19 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terus menyantuni golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah melalui program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) yang berlangsung di seluruh negeri Selangor. Salah seorang penerima sumbangan di Kluster Sabak Bernam ialah Encik Mohamad Hamidi bin Md Toha, yang menetap di Lot 207, Jalan Tengah, Kampung Tali Air 6, Sekinchan.

    Encik Mohamad Hamidi bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM2,700 sebulan, dan merupakan ketua keluarga kepada sembilan orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Putri Nur Bazlin binti Otheman, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menjaga enam orang anak mereka yang masih bersekolah.

    Walaupun mempunyai pendapatan yang stabil, Encik Hamidi dan keluarganya masih tergolong dalam kategori asnaf miskin disebabkan kos sara hidup yang tinggi serta jumlah tanggungan yang ramai. Keluarga ini turut menerima bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada kerajaan bagi membantu meringankan beban harian mereka.

    Penyerahan sumbangan wang tunai berjumlah RM600 hasil tajaan PYBK Construction, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) telah disempurnakan oleh Encik Zulhilmi Zamri (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) di kediaman penerima.

    Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga Encik Hamidi dalam membuat persediaan awal menyambut Ramadan, dan sekaligus memberi kelegaan bagi memenuhi keperluan harian keluarga besar mereka.


    SEKINCHAN, 19 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan usaha membantu golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah melalui program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026). Salah seorang penerima sumbangan di daerah Sabak Bernam ialah Encik Mohammad Rashidee bin Jasny, yang menetap di Kampung Tali Air 6, Sungai Leman, Sekinchan.

    Encik Mohammad Rashidee bekerja sendiri sebagai pemandu lori ayam dengan pendapatan sekitar RM1,450 sebulan, menyara keluarga besar seramai 11 orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Zurina binti Itam, berniaga secara sambilan menjual nasi berlauk sepanjang bulan Ramadan dengan pendapatan harian kira-kira RM100.

    Keluarga ini termasuk dalam kategori asnaf miskin dan menerima pelbagai bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), termasuk bantuan sewa rumah sebanyak RM500 sebulan, bantuan bulanan RM650, bantuan persekolahan RM700, dan bantuan hari raya RM500.

    Namun, keluarga ini kini berdepan cabaran besar apabila Encik Mohammad Rashidee terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Februari 2026 ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Beliau mengalami pendarahan teruk di kepala dan masih menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh. Isterinya, Puan Zurina, terpaksa berulang-alik setiap hari dari rumah ke hospital untuk menjaga suaminya di samping menguruskan keluarga di rumah.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 hasil sumbangan YABhg. Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Pengasas YBK), serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Puan Raudah Zakaria (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam).

    Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga Puan Zurina dalam meneruskan kehidupan seharian, menampung perbelanjaan anak-anak serta menyediakan keperluan asas menjelang Ramadan.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Saaril bin Ahmad yang menetap di Lot 11195 (A), Jalan Lama, Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar.

    Encik Saaril bekerja sendiri sebagai nelayan dengan pendapatan sekitar RM2,100 sebulan bagi menyara keluarga. Isteri beliau, Puan Rozilah binti Anuar merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai sembilan (9) orang ahli isi rumah dengan lima (5) orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini merupakan penerima bantuan daripada pihak zakat yang merangkumi bantuan sewa rumah sebanyak RM500 sebulan, bantuan bulanan RM700 serta bantuan persekolahan berjumlah RM1,100. Walaupun menerima bantuan, komitmen terhadap perbelanjaan isi rumah yang besar dengan jumlah tanggungan yang ramai menjadikan mereka masih memerlukan sokongan berterusan.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Cik Raudah Zakaria selaku wakil penyerah YBK. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan menyambut Ramadan serta menampung keperluan harian mereka.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Muhd Zul’arif bin Jayalani yang menetap di No. 9, Jalan Besar, Kampung Peket 60 Sungai Nipah, Sungai Besar.

    Encik Muhd Zul’arif bekerja sendiri dengan menyediakan perkhidmatan tuisyen di rumah (home tuition) sebagai sumber pendapatan utama keluarga dengan anggaran pendapatan bulanan sebanyak RM2,677. Isteri beliau, Puan Ummu Habibah binti Ibrahim merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai sembilan (9) orang ahli isi rumah dengan enam (6) orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat berjumlah RM650 sebulan bagi membantu menampung kos sara hidup dan perbelanjaan persekolahan anak-anak. Dengan jumlah tanggungan yang besar serta komitmen kewangan yang tinggi, bantuan tambahan amat diperlukan terutama dalam membuat persiapan menyambut Ramadan.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Zulhilmi bin Zamri selaku wakil penyerah YBK. Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga serta membawa sinar kegembiraan dalam menyambut bulan Ramadan yang mulia.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada Puan Siti Hasnita binti Md Shariff yang menetap di Lot 350, Jalan Che Lias, Kampung Sungai Lias Baroh, Sungai Besar.

    Puan Siti Hasnita tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menyara kehidupan bersama tujuh (7) orang ahli isi rumah. Beliau mempunyai lima (5) orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan komitmen kewangan yang tinggi khususnya bagi perbelanjaan persekolahan serta keperluan harian keluarga.

    Keluarga ini menerima bantuan bulanan daripada pihak zakat sebanyak RM700 serta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM950. Jumlah keseluruhan pendapatan bulanan isi rumah adalah sekitar RM1,977 yang digunakan untuk menampung perbelanjaan asas termasuk makanan, utiliti dan keperluan anak-anak.

    Dalam sesi serahan tersebut, beliau telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Zulhilmi bin Zamri selaku wakil penyerah YBK. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan menyambut Ramadan serta memberi sedikit kelegaan kepada beliau dalam menguruskan keperluan anak-anak.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Mat Yazid bin Sallahudin yang menetap di No. 17, Kampung Parit 6 1/2 Barat, Sungai Besar.

    Encik Mat Yazid bekerja sendiri sebagai sumber pendapatan utama keluarga dengan anggaran pendapatan bulanan sekitar RM2,018. Isteri beliau, Puan Siti Nur Ain binti Rosli merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai tujuh (7) orang ahli isi rumah dengan tiga (3) orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat yang merangkumi bantuan bulanan sebanyak RM650 selain bantuan barangan asas makanan serta bantuan persekolahan dan perayaan. Walaupun menerima bantuan, komitmen perbelanjaan isi rumah serta tanggungan keluarga yang ramai masih memberi tekanan kewangan kepada keluarga ini.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Zulhilmi Zamri selaku wakil penyerah YBK. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan Ramadan serta memenuhi keperluan asas harian mereka.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Othman bin Ab Rahman yang menetap di No. 10, Jalan Mawar, Taman Pertama, Sabak Bernam.

    Encik Othman bekerja sendiri sebagai nelayan dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500 bagi menyara keluarga. Isteri beliau, Puan Maizatul Hana binti Mohd Yusof merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai lapan (8) orang ahli isi rumah dengan enam (6) orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat yang merangkumi bantuan sewa rumah sebanyak RM500 sebulan, bantuan bulanan RM700 serta bantuan persekolahan dan perayaan. Walaupun menerima bantuan, jumlah tanggungan yang ramai serta pendapatan yang terhad menjadikan mereka masih memerlukan sokongan tambahan terutama dalam membuat persiapan menjelang Ramadan.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Cik Raudah Zakaria selaku wakil penyerah YBK. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta membantu mereka membuat persiapan Ramadan dengan lebih tenang dan bermakna.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Aidil Shaary bin Safie yang menetap di No. 2A Lot 5, Jalan Sekendi, Kampung Batu 36, Sabak Bernam.

    Encik Aidil bekerja sendiri sebagai tukang bagi menyara keluarga dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,100. Isteri beliau, Puan Amizah binti Mas Sohor merupakan suri rumah sepenuh masa dan juga seorang pesakit OKU mental yang memerlukan perhatian serta rawatan berterusan. Pasangan ini mempunyai tujuh (7) orang ahli isi rumah dengan tiga (3) orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini turut menerima bantuan zakat yang merangkumi bantuan sewa rumah sebanyak RM450 sebulan serta bantuan persekolahan dan perayaan. Dengan keadaan kesihatan isteri serta komitmen tanggungan keluarga yang besar, beban kewangan keluarga ini amat mencabar.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Cik Raudah Zakaria selaku wakil penyerah YBK. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan Ramadan serta membantu memenuhi keperluan harian mereka dalam keadaan serba mencabar ini.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Azaman bin Hashim yang menetap di Lot 5057, Jalan Hj Saie Pulau Pisang, Kampung Tengah, Sabak Bernam.

    Encik Azaman bekerja sendiri sebagai pemandu kereta sapu bagi menyara keluarga dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,053.64. Isteri beliau, Puan Salmiah binti Md Salleh merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai tujuh (7) orang ahli isi rumah dengan empat (4) orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM500 serta bantuan STR bagi membantu menampung kos sara hidup. Cabaran keluarga ini bertambah apabila salah seorang anak mereka merupakan pesakit OKU fizikal akibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun lalu, sekali gus memerlukan perbelanjaan rawatan dan penjagaan yang berterusan.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM300 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Zulhilmi bin Zamri selaku wakil penyerah YBK. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga serta memberi sedikit kelegaan dalam mengharungi kehidupan seharian menjelang Ramadan.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Mohd Abd Latif Hilmi bin Mohd Balwi yang menetap di No. 49, Jalan Besar, Kampung Banting, Sabak Bernam.

    Encik Mohd Abd Latif Hilmi merupakan seorang pekerja bergaji swasta dengan pendapatan bulanan sekitar RM3,300 bagi menyara keluarga besar yang terdiri daripada dua belas (12) orang ahli isi rumah. Isteri beliau, Puan Humairoh Ruspita Sari binti Afandi merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai sembilan (9) orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi khususnya bagi keperluan pendidikan serta kehidupan harian.

    Keluarga ini turut menerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM500 selain bantuan bermusim bagi perayaan dan persekolahan. Walaupun mempunyai sumber pendapatan tetap, jumlah tanggungan yang besar menyebabkan tekanan kewangan yang signifikan dalam mengurus keperluan asas keluarga.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Zulhilmi Zamri selaku wakil penyerah YBK. Sumbangan ini diharapkan dapat membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan Ramadan serta memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi dengan lebih baik.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Mohd Supian bin Sarwani yang menetap di No. 02/3408, Jalan Peladang, Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar.

    Encik Mohd Supian bekerja sendiri sebagai sumber pendapatan utama keluarga dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,936. Isteri beliau, Puan Aslinah binti Jaafar merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini mempunyai lapan (8) orang ahli isi rumah dengan enam (6) orang anak yang masih bersekolah.

    Keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat yang merangkumi bantuan sewa rumah sebanyak RM400 sebulan, bantuan bulanan RM650 serta bantuan persekolahan dan perayaan. Dengan jumlah tanggungan yang ramai serta pendapatan yang sederhana, keluarga ini berdepan cabaran besar dalam mengurus keperluan harian khususnya menjelang Ramadan.

    Dalam sesi serahan tersebut, keluarga ini menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Cik Raudah Zakaria selaku wakil penyerah YBK. Diharapkan sumbangan ini dapat membantu meringankan beban keluarga serta memberi sedikit kelegaan dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan yang mulia.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan kepada keluarga Puan Roslina binti Jamaluddin yang tinggal di Lot 1927, Jalan Haji Arshad, Kampung Batu 38, Sabak Bernam.

    Puan Roslina bekerja sebagai pembersih (cleaner) dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,500 bagi menampung keperluan keluarga yang terdiri daripada 10 orang ahli isi rumah. Daripada jumlah tersebut, seramai 8 orang anak masih berada dalam alam persekolahan dan pengajian.

    Keluarga ini turut menerima bantuan bulanan zakat yang merangkumi keperluan asas seperti sewa rumah, makanan harian serta sokongan pendidikan bagi anak-anak.

    Penyerahan sumbangan tunai berjumlah RM600 hasil tajaan Coca-Cola telah disempurnakan oleh wakil YBK iaitu Cik Raudah Zakaria. Keluarga ini turut menerima sumbangan Kotak Rezeki daripada ICU sebagai sokongan keperluan makanan menjelang bulan Ramadhan. Ketika penyerahan dibuat, Puan Roslina tidak berada di rumah kerana keluar bekerja dan sumbangan telah diterima oleh anak beliau sebagai wakil keluarga.

    Program ini diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga penerima serta memberi sedikit kelegaan dalam menyambut bulan penuh keberkatan ini.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan kepada keluarga Encik Muhammad Zahrill bin Mohd Zapri yang tinggal di Lot 1868-2A, Jalan Besar, Kampung Teluk Rhu, Sungai Air Tawar.

    Encik Muhammad Zahrill bekerja sendiri mengusahakan kebun sawit dengan pendapatan bulanan sekitar RM2,350 bagi menyara keluarga seramai 8 orang ahli isi rumah. Isteri beliau, Puan Siti Zainab binti  Ghazali turut membantu ekonomi keluarga dengan bekerja di kilang kerepek dengan pendapatan harian sekitar RM35.

    Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan berterusan bagi keperluan pendidikan. Keluarga ini juga merupakan penerima bantuan bulanan zakat yang merangkumi bantuan sewa rumah sebanyak RM400, barangan makanan asas serta bantuan persekolahan dan perayaan.

    Penyerahan sumbangan tunai berjumlah RM600 hasil tajaan Coca-Cola telah disempurnakan oleh wakil YBK iaitu Cik Raudah Zakaria. Keluarga ini turut menerima sumbangan Kotak Rezeki daripada ICU sebagai sokongan keperluan makanan sempena bulan Ramadhan.

    Program ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga penerima khususnya dalam membuat persediaan menyambut bulan penuh keberkatan.


    SABAK BERNAM, 20 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan kepada keluarga Allahyarham Encik Ismail bin Abdullah yang tinggal di Lot 978, Jalan Haji Saif, Kampung Tengah, Sabak Bernam.

    Allahyarham sebelum ini bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM3,000 sebulan sebelum meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya kira-kira lapan bulan yang lalu. Pemergian beliau meninggalkan isteri, Puan Norzalila binti Babli bersama 11 orang ahli isi rumah yang kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan sokongan kebajikan.

    Puan Norzalila sebelum ini bekerja sebagai pembersih, namun terpaksa berhenti bekerja kerana masalah kesihatan dan kerap mengalami serangan asma sejak kematian suami. Pasangan ini mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah dan memerlukan sokongan berterusan bagi keperluan pendidikan.

    Keluarga ini merupakan penerima bantuan zakat bulanan termasuk bantuan persekolahan anak-anak. Penyerahan sumbangan tunai berjumlah RM600 hasil sumbangan Tan Sri Muhammad telah disempurnakan oleh wakil YBK iaitu Cik Raudah Zakaria. Keluarga ini turut menerima sumbangan Kotak Rezeki daripada ICU bagi membantu keperluan makanan harian menjelang Ramadhan.

    Program ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga penerima serta memberikan sedikit sinar harapan dalam meneruskan kehidupan selepas tragedi yang menimpa.

    Read more
  • SKR 2026 • Cheras/Seri Kembangan - Daerah Hulu Langat

    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 5 buah keluarga di lingkungan Cheras dan Seri Kembangan, dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama-sama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Turut bersama, Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia)

    Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

    Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Jasrul Nazurin Jalani yang tinggal di Taman Cheras Jaya.

    Encik Jasrul tidak mampu lagi bekerja atas faktor kesihatan dan mengalami kecederaan 'slip disk' yang membataskan kudraat beliau. Isteri beliau, Puan Hamisah merupakan suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM700 sebulan. Pasangan ini bergantung kepada bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor secara bulanan dan sewa rumah. Dikurniakan 5 orang anak, 2 orang masih bersekolah di peringkat menengah dan seorang di peringkat rendah. Salah seorang anak pasangan ini menghidap penyakit asma.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

    Turut hadir, Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK)


    CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Nor Azizan Awang @ Yunis yang tinggal di Taman Impian Indah. Ketika YBK tiba, Encik Nor Azizan tiada di rumah kerana keluar bekerja dan kehadiran kami disambut oleh menantu beliau, Puan Nor Syahida yang tinggal di unit bersebelahan.

    Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Puan Nor Syahida, bapa mentuanya bekerja sendiri manakala ibu mentuanya berniaga makanan mee celup. Kediaman adalah disewa tetapi kadar sewaan bulanan tidak dimaklumkan. Empat orang daripada anak beliau masih belajar.

    Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

    Turut hadir, Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK)


    CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Mohd Akmal Abdul Aziz yang tinggal di Taman Impian Ehsan.

    Encik Mohd Akmal melakukan pelbagai kerja (bekerja sendiri) untuk menyara keluarganya, dengan pendapatan bulanan sekitar RM 500. Ketika kami tiba di kediamannya, Encik Mohd Akmal baru keluar untuk mencari rezeki dan kami disambut oleh isteri beliau, Puan Jumainah Khaironi. Kami difahamkan ini adalah perkahwinan kedua untuk Puan Jumainah dan suami beliau sebelum ini meninggal dunia kerana sakit kanser.

    Tinggal di kediaman yang diwarisi dari keluarga, pasangan ini menyara 6 orang anak di mana 2 belajar di sekolah menengah dan seorang di sekolah rendah. 2 orang lagi bekerja sambilan selepas tamat sekolah. Keluarga ini menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor berjumlah RM 650 di samping pencen dari PERKESO berjumlah RM 710).

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

    Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).


    CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Muhammad Rahimi Suarman yang tinggal di Bandar Tun Hussein Onn.

    Encik Muhammad Rahimi Suarman menyara keluarga dengan bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan sekitar RM 1,400 sebulan. Isteri beliau, Puan Siti Norita Che Ismail adalah suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini dikurniakan 9 orang cahaya mata di mana 3 orang bersekolah menengah dan 2 orang di sekolah rendah. Turut tinggal bersama pasangan ini adalah ibu bapa mereka, menjadikan jumlah isi rumah seramai 13 orang.

    Rumah yang didiami keluarga ini adalah disewa dengan kadar RM 1,000 sebulan, iaitu lebih 70% pendapatan ketua keluarga. Mujurlah keluarga ini turut menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 700 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 1,000 yang sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan keluarga ini.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh syarikat Wana Enterprise telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

    Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).


    CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Al Amin Abdul Kassim yang tinggal di Taman Bukit Segar.

    Pekerjaan sebagai penghantar barang (rider) menjadi sumber pendapatan Encik Al Amin untuk menyara keluarganya. Isteri beliau, Puan Fatimah A Bakar adalah seorang suri rumah. Ketika kami tiba di rumah Encik Al Amin, dia telah keluar bekerja.

    Pasangan ini bersama anak-anak tinggal di rumah yang disewa. Anak pasangan ini berjumlah 5 orang, di mana 2 orang telah menyambung pelajaran ke peringkat IPT, seorang di sekolah menengah, seorang di sekolah rendah, dan seorang menunggu tawaran menyambung pelajaran. Mereka adalah penerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 300 oleh syarikat Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

    Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).

    Read more
  • SKR 2026 • Daerah Sabak Bernam (Bahagian 1)

    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 9 buah keluarga di daerah Sabak Bernam, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Puan Nurfadilah Ibrahim (Pengurus Akademi Kemahiran YBK) bersama-sama Cik Raudah Zakaria (Penolong Timbalan Pengurus, Akademi Kemahiran YBK).

    Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

    Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan misi bantuan di bawah program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) dengan menyampaikan sumbangan kepada keluarga Encik Abdul Rashid bin Khairudin yang tinggal di Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar.

    Encik Abdul Rashid bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan bagi menyara keluarganya yang terdiri daripada enam orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Mariatul Adawiyah, merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan mereka dikurniakan empat orang anak – dua masih bersekolah dan dua lagi belum mencapai usia persekolahan (masing-masing berumur satu dan dua tahun).

    Keluarga ini tergolong dalam kategori Asnaf Miskin dan turut menerima bantuan sewa rumah bulanan sebanyak RM500 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Cabaran hidup utama keluarga ini termasuklah kos sara hidup yang semakin meningkat serta keperluan anak-anak kecil yang masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU) telah disampaikan oleh Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam, Puan Nurfadilah, dengan sumbangan tajaan daripada Coca-Cola Malaysia. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban keluarga dalam membuat persediaan awal menyambut bulan mulia itu nanti.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan dengan penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Azmi bin Rosid yang merupakan penerima asnaf miskin di Kampung Parit 13, Sungai Panjang.

    Encik Azmi bekerja di sektor swasta dengan pendapatan sekitar RM1,800 sebulan untuk menyara tujuh ahli keluarga. Isteri beliau, Puan Norfarazika Amira, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menumpukan perhatian kepada empat orang anak, termasuk dua yang masih bersekolah dan dua lagi masih kecil berumur satu dan dua tahun.

    Keluarga ini turut memikul tanggungjawab menjaga ibu penerima yang tidak bekerja dan menerima bantuan bulanan antara RM300 hingga RM400 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Dengan keadaan ekonomi yang mencabar, pendapatan sedia ada tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas keluarga besar yang bergantung sepenuhnya kepada ketua keluarga.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 sumbangan daripada Coca-Cola Malaysia di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka beserta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor ) telah disampaikan oleh Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam, Puan Nurfadilah.
    Majlis ringkas itu berlangsung di hadapan kediaman penerima dalam suasana penuh syukur dan rasa terharu. Encik Azmi menzahirkan penghargaan atas keprihatinan pihak YBK serta penyumbang yang hadir membantu meringankan beban keluarga menjelang ketibaan Ramadan.

    Sumbangan ini diharap memberi sedikit sinar dan semangat baharu kepada keluarga beliau untuk menyambut bulan penuh keberkatan yang bakal tiba tidak lama lagi.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan penyerahan bantuan kepada keluarga Encik Mohd Fairuz bin Mohd Shaim di Taman Cahaya, Sungai Besar, di bawah kluster daerah Sabak Bernam.

    Encik Mohd Fairuz bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan bagi menyara keluarga seramai tujuh orang. Isteri beliau, Puan Noor Azlina binti Ibrahim, merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan lima orang anak — empat bersekolah dan seorang masih kecil berusia dua tahun. Walaupun mempunyai keupayaan bekerja, pendapatan tidak menentu menjadikan keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin. Mereka turut menjaga ibu penerima yang tidak bekerja dan menerima bantuan bulanan antara RM300 hingga RM400 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM300 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, telah disampaikan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Sabak Bernam) dalam majlis ringkas yang berlangsung di kediaman penerima. Selain sumbangan tunai, keluarga ini turut menerima Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).
    Majlis penyerahan berjalan lancar dan berlangsung penuh rasa syukur. Encik Mohd Fairuz melalui isterinya menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebajikan golongan asnaf dan berharap usaha ini terus diteruskan bagi membantu masyarakat yang memerlukan di kawasan luar bandar.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) meneruskan tanggungjawab sosialnya dengan menyampaikan bantuan kepada keluarga Encik Kamal bin Sidek, yang menetap di Kampung Parit 19, Sungai Panjang.

    Encik Kamal bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,618 sebulan bagi menampung kehidupan keluarganya yang terdiri daripada enam orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Razizatull Akhma binti Packhari Rull Razi, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menguruskan keluarga dan anak-anak tanpa pendapatan tetap. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak, tiga daripadanya masih bersekolah di peringkat menengah dan rendah, manakala seorang lagi belum bersekolah berusia tiga tahun. Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin, dan turut menerima bantuan bulanan RM800 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) termasuk bantuan persekolahan tahunan untuk anak-anak mereka.

    Selain beban kewangan, Encik Kamal juga menghadapi cabaran kesihatan keluarga apabila dua orang anaknya menghidap penyakit asma dan perlu mendapat rawatan berkala di klinik serta hospital kerajaan.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM300 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disampaikan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dalam suasana penuh kesyukuran di kediaman penerima.

    Bantuan yang dihulurkan diharapkan dapat meringankan beban keluarga dalam menjalani persiapan awal menyambut bulan Ramadan serta membantu menampung keperluan asas harian.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Sebagai usaha berterusan membantu masyarakat berpendapatan rendah di Selangor, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan satu lagi siri penyerahan di bawah program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) kepada keluarga Encik Mohammad Hairi bin Adol yang menetap di Kampung Parit 3½ Barat, Sungai Besar.

    Encik Mohammad Hairi bekerja sendiri dengan pendapatan purata RM1,618 sebulan, menyara keluarga besar seramai sembilan orang. Isteri beliau, Puan Suhaila binti Sanusi, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menumpukan perhatian kepada pengurusan rumah tangga serta pendidikan anak-anak. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak, terdiri daripada pelajar di peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

    Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan merupakan penerima bantuan bulanan sebanyak RM700 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), di samping bantuan persekolahan tahunan yang diberikan kepada anak-anak mereka. Beban kewangan keluarga besar ini agak berat kerana keperluan harian dan kos pendidikan anak-anak semakin meningkat dari tahun ke tahun.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM600 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam). Sumbangan ini bertujuan membantu keluarga asnaf membuat persediaan awal menjelang bulan Ramadan dan meringankan kos barangan keperluan asas seisi rumah. Encik Mohammad Hairi melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak YBK, ICU Selangor serta Coca-Cola Malaysia atas keprihatinan yang ditunjukkan.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan di daerah Sabak Bernam dengan penyampaian bantuan kepada keluarga Encik Mohd Faizul bin Mohd Radzi @ Amir, yang bertempat di Kampung Parit 18, Sungai Besar.

    Encik Mohd Faizul bekerja di sektor swasta dengan pendapatan sekitar RM3,000 sebulan untuk menyara keluarganya yang besar terdiri daripada 10 orang isi rumah. Isteri beliau, Puan Raja Norazianti binti Raja Abdullah, merupakan suri rumah yang menumpukan perhatian sepenuhnya kepada urusan rumah tangga dan pendidikan anak-anak. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak, termasuk enam orang masih bersekolah dan seorang masih kecil belum memulakan persekolahan.

    Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin, dan turut menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menampung keperluan asas serta bantuan persekolahan anak-anak setiap tahun. Kos hidup yang tinggi serta keperluan pendidikan untuk anak-anak merupakan antara cabaran utama keluarga besar ini.

    Penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia, berserta Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dalam majlis ringkas penuh rasa kesyukuran di kediaman penerima.

    Bantuan yang diterima diharapkan dapat membantu ringankan beban keluarga ini dalam membuat persiapan awal menjelang bulan Ramadan serta menambah keperluan dapur keluarga. Encik Mohd Faizul menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak YBK, ICU Selangor serta Coca-Cola Malaysia atas keprihatinan terhadap masyarakat berpendapatan rendah.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan dengan penyerahan bantuan kepada Puan Noraini binti Lup, yang menetap di Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar.

    Puan Noraini merupakan ibu tunggal yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan membuat biskut raya secara tempahan bagi menampung kehidupan seharian. Pendapatan purata beliau sekitar RM2,540 sebulan, digunakan untuk menyara sembilan orang ahli keluarga, termasuk tujuh orang anak yang masih bersekolah serta seorang anak kecil berusia tiga tahun yang belum memulakan persekolahan.

    Beliau tergolong dalam kategori asnaf miskin, menerima bantuan bulanan sebanyak RM800 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) serta bantuan sewa rumah RM500 sebulan yang membantu meringankan beban sara hidup. Menurut Puan Noraini, cabaran utama beliau adalah menanggung perbelanjaan harian yang tinggi dan keperluan pendidikan anak-anak. Tambahan pula, anak kelima beliau menghidap bibir sumbing dan memerlukan rawatan susulan secara berkala.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM600 hasil sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib (Pengasas Yayasan Basmi Kemiskinan) disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam).

    Keluarga ini turut menerima Kotak Rezeki bernilai RM150 daripada Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) yang mengandungi pelbagai barang makanan asas bagi kegunaan sepanjang bulan Ramadan. Sumbangan ini diharap dapat membantu meringankan beban keluarga serta membolehkan mereka membuat persediaan bagi menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program tahunan Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) diteruskan di Daerah Sabak Bernam dengan penyampaian sumbangan kepada keluarga Encik Suhaimi bin Jamhari yang tinggal di Kampung Parit 3 Timur, Sungai Besar.

    Encik Suhaimi bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan bagi menyara keluarga besar seramai sembilan orang. Isteri beliau, Puan Noor Azizan binti Mohd Khalil, merupakan suri rumah yang menjaga rumah tangga sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan tujuh orang anak, termasuk enam orang yang masih bersekolah serta seorang anak angkat berusia tujuh tahun.

    Keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf miskin dan merupakan penerima bantuan bulanan sebanyak RM700 daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kos pendidikan anak-anak serta perbelanjaan harian yang semakin meningkat merupakan antara cabaran utama keluarga ini. Namun begitu, semangat mereka untuk meneruskan kehidupan dengan harmoni dan berusaha mencari rezeki patut dicontohi.

    Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM600 hasil tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), telah disempurnakan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dalam suasana sederhana tetapi penuh kesyukuran.

    Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga Encik Suhaimi dalam menguruskan keperluan asas dan persediaan bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.


    SABAK BERNAM, 19 Februari 2026 – Program Sinar Kasih Ramadan (SKR 2026) anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terus menyalurkan bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf yang memerlukan di daerah Sabak Bernam. Antara penerima kali ini ialah Encik Mohd Noorazli bin Mohd Yusoff yang menetap di Kampung Parit 6 Barat, Sungai Besar.

    Encik Mohd Noorazli bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM1,550 sebulan, menyara keluarga besar berjumlah 11 orang ahli rumah. Isteri beliau, Puan Roha binti Shahabuddin, merupakan suri rumah sepenuh masa yang menguruskan keperluan sembilan orang anak — termasuk lima yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT), dua di sekolah menengah, dan dua di sekolah rendah.

    Keluarga ini baru sahaja berpindah dari Kampung Sungai Haji Dorani kira-kira sebulan lalu dan kini menetap di rumah sewa. Mereka tergolong dalam kategori asnaf miskin, dan merupakan penerima bantuan awal persekolahan RM850 setahun serta bantuan sewa rumah RM500 sebulan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Penyerahan bantuan dilakukan oleh Puan Nurfadilah (Penyelaras YBK Kluster Sabak Bernam) dan melibatkan sumbangan wang tunai sebanyak RM600 tajaan Coca-Cola Malaysia, serta Kotak Rezeki bernilai RM150 sumbangan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

    Sumbangan ini diharap dapat membantu keluarga besar ini menguruskan keperluan harian dan persediaan menjelang Ramadan, khususnya dalam memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak mereka yang ramai masih menuntut di sekolah dan universiti.

    Read more
  • SKR 2026 • Hulu Selangor bersama Pengerusi YBK

    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 4 buah keluarga di dalam daerah Hulu Selangor, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini pada sesi Ziarah SKR 2026 bersama YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Sinar Kasih Ramadhan) bersama rakan-rakan media YBK.

    Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

    Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


    SERENDAH, 16 Februari 2026 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bermula dengan menyantuni sebuah keluarga di Kg. Orang Asli Serendah.

    Encik Mohd Fitri bin Abdullah bekerja menjual besi buruk dengan pendapatan sekitar RM600 hingga RM700 sebulan. Beliau menanggung tujuh orang ahli keluarga termasuk lima orang anak yang tidak bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja. Keluarga ini tinggal di sebuah pondok kecil yang sempit dan tidak selesa.

    Penyerahan disempurnakan oleh Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) bersama YBhg. Datin Dr. Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dengan kehadiran bersama En. Zakaria Awang (Pengerusi JKKK Kg Dato Harun), En Mohdi Gaifairuz (Pengerusi Surau), Pegawai ICU, Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Persatuan Sanggar Suri, Pegawai YBK dan Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

    Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.


    SERENDAH, 16 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah melaksanakan penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) di kediaman penerima yang terletak di Taman Tasik Teratai.

    Encik Kamarul Hisham Kamarudin bekerja sebagai pemandu van dengan pendapatan sekitar RM 750 sebulan. Beliau merupakan ketua keluarga kepada lapan orang isi rumah. Isteri beliau adalah suri rumah sepenuh masa dan lima orang anak masih bersekolah. Keluarga ini dikategorikan sebagai asnaf dan menerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM 550.

    Penyerahan dengan akad telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) bersama YBhg. Datin Dr. Hartini Osman (Pengerusi Program SKR). Turut bersama ialah wakil guru daripada SMK Serendah, pegawai ICU Selangor, wakil Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, karyawan dan sukarelawan YBK, serta Prihatin Ehsan Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

    Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.


    BATANG KALI, 16 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) bergerak ke kediaman penerima ke-3 Sinar Kasih Ramadhan (SKR) yang terletak di Batang Kali.

    Encik Ismail bin Mokhtar yang bekerja sebagai pekebun kecil dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap. Beliau menanggung tujuh orang ahli keluarga. Isteri beliau merupakan suri rumah dan seorang pesakit kanser yang memerlukan perhatian serta rawatan berterusan. Lima orang anak mereka masih bersekolah dan sedang melanjutkan pelajaran.

    Keluarga ini dikategorikan sebagai asnaf dan menerima bantuan bulanan iaitu Zakat sebanyak RM 550 serta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 700. Rumah yang didiami merupakan rumah milik saudara mereka.

    Penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi Program SKR bersama YBhg. Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK). Turut bersama ialah pegawai ICU Selangor, wakil Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, karyawan dan sukarelawan YBK, serta Prihatin Ehsan Ehsan Holdings Sdn. Bhd. Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

    Antara perkara membanggakan ialah dua pasangan anak kembar keluarga ini merupakan pelajar Asrama Kasih YBK. Hasil kecemerlangan akademik, sepasang daripada mereka telah ditawarkan melanjutkan pelajaran di MRSM Kuala Kubu Bharu. Diharapkan kejayaan ini menjadi titik perubahan dalam mengangkat taraf hidup keluarga pada masa hadapan.


    KG. ULU RENING, 16 Februari 2026 - Lokasi terakhir Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terletak di Kg. Ulu Rening.

    Encik Zulhashimi bin Ramzan bekerja sebagai tukang mesin rumput dengan pendapatan yang tidak tetap. Beliau menanggung tujuh orang ahli keluarga termasuk lima orang anak yang masih bersekolah, manakala isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa. Dengan komitmen keluarga yang besar dan sumber pendapatan yang tidak menentu, keluarga ini tergolong dalam kategori asnaf. Keluarga ini menerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM 550 serta bayaran sewa rumah sebanyak RM 400 yang turut ditanggung oleh zakat.

    Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi Program SKR bersama YBhg. Dato’ Hj Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) kepada isteri Encik Zulhashimi. Turut hadir bersama ialah Tok Yatim, Pengerusi JPKK Kg. Ulu Rening, Tok Nazri (Mantan Ketua Kampung Hulu Rening), pegawai ICU Selangor, wakil Kelab Badan Kebajikan Anggun (BAKA), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, karyawan dan sukarelawan YBK, serta Prihatin Ehsan Ehsan Holdings Sdn. Bhd.

    Sumbangan yang disalurkan berupa wang tunai RM 600 , Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM. Sumbangan tunai sebanyak RM 600 merupakan sumbangan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

    Read more
  • Ziarah Sinar Kasih Ramadhan 1447H / 2026M - Hulu Selangor

    SERENDAH, 16 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melaksanakan Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan 1447H/2026M dengan menyantuni empat (4) keluarga miskin tegar di sekitar daerah Hulu Selangor.

    YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan) telah meluangkan masa hadir bersama menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga ini. Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), wakil daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, wakil penyumbang dan penaja, wakil media, karyawan dan sukarelawan YBK.

    Setiap keluarga telah menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan daripada YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) berupa wang tunai untuk keperluan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan. Penyampaian dilakukan secara lafaz berakad dengan menyebutkan nama penyumbang dan barangan yang diterima oleh keluarga berkenaan.

    Keluarga-keluarga ini juga menerima ‘Kotak Rezeki’ yang mengandungi barangan keperluan asas sumbangan Icu Jpm Selangor bernilai RM150, dan barangan daripada penaja iaitu Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

    Program ziarah ini juga menandakan bermulanya penyampaian sumbangan kepada para penerima SKR yang terpilih oleh karyawan YBK, dan penyampaian fasa 1 dijangka selesai pada minggu pertama Ramadan. YBK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang individu dan organisasi yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam program SKR.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    SINAR KASIH RAMADHAN VISIT 1447H / 2026M – HULU SELANGOR

    SERENDAH, 16 February 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) carried out the Sinar Kasih Ramadhan 1447H/2026M Visit Programme, reaching out to four (4) hardcore poor families in the Hulu Selangor district.

    YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom (Chairman of YBK) and YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Chairperson of the Sinar Kasih Ramadhan Programme) were present to personally deliver the contributions to the families. Also in attendance were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), representatives from the Selangor State Development Office (ICU Selangor), Pertubuhan Kebajikan Sanggar Suri Malaysia, donors and sponsors, media representatives, as well as YBK staff and volunteers.

    Each family received Sinar Kasih Ramadhan contributions from YABhg. Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Founder of YBK) in the form of cash assistance for iftar and sahur needs throughout the month of Ramadan. The presentation was conducted through a formal declaration (akad), stating the donor’s name and the items received by the respective families.

    The families also received a “Kotak Rezeki” (Blessings Box) containing essential food items worth RM150 contributed by ICU JPM Selangor, along with additional items sponsored by Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (Brahim’s brand products), Mamee Double-Decker (M) Sdn. Bhd., Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, the Centre for Community Engagement & Industry Networking of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), and Coca-Cola Malaysia.

    This visit programme also marked the commencement of contribution distribution to selected SKR recipients by YBK staff, with Phase 1 distribution expected to be completed in the first week of Ramadan. YBK extends its highest appreciation to all individual and organizational donors who have contributed directly or indirectly to the SKR programme.

    Read more
  • Sinar Kasih Ramadhan 2026 Dilancarkan

    KELANA JAYA, 9 Januari 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah melancarkan Program Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 1447H / 2026M, sebuah inisiatif tahunan yang kini memasuki tahun ke-18 sejak diperkenalkan pada 2008, bertempat di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya. Majlis pelancaran ini menandakan komitmen berterusan YBK dalam menyantuni keluarga fakir, miskin dan asnaf agar dapat menyambut Ramadan dengan lebih ceria.

    Majlis dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, diikuti ucapan aluan Tuan Hashim Anang selaku Pengacara Majlis dan bacaan doa. Program diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan, dan seterusnya ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK.

    Majlis pelancaran ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu utama iaitu YBhg. Dato' Haji Mohd Khidir Majid, Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri Selangor, YBrs. Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri, Universiti Sains Islam Malaysia, Tuan Haji Zainudin Dollah, Penasihat Kumpulan Eksekutif, Brahim's Dewina Group of Companies, Encik Mohd Hirwan Hassan Basri, Penolong Pengurus Hal Ehwal Islam & Hubungan Kerajaan, Mamee Double Decker Sdn. Bhd, ALPA YBK - En. Zulhairy Jalaluddin, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, En. Zainal Mohd Jais, rakan-rakan strategik korporat, komuniti, NGO, wakil media, karyawan YBK serta tetamu jemputan.

    Selepas tayangan video pelancaran, majlis bergerak ke acara kemuncak iaitu sesi menandatangan Surat Persetujuan Kerjasama dengan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (Icu Jpm Selangor), Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri USIM, Brahims Dewina Group of Companies, dan Mamee-Double Decker Sdn Bhd serta penyampaian cek sumbangan, sebelum diakhiri dengan sesi bergambar dan sidang media.

    Sinar Kasih Ramadhan 2026 menyasarkan 400 keluarga fakir, miskin dan asnaf untuk menerima sumbangan tunai bagi keperluan berbuka puasa dan bersahur, di samping bantuan barangan asas hasil sokongan rakan strategik dan penaja korporat. Sejak tahun 2008 hingga 2025, program ini telah memberi manfaat kepada 4,071 keluarga dengan jumlah sumbangan tunai terkumpul mencecah RM1.5 juta, mencerminkan kepercayaan dan sokongan berterusan masyarakat terhadap YBK.

    Program SKR bukan sekadar penyaluran bantuan, malah berfungsi sebagai platform yang “menjodohkan” pemegang taruh merangkumi penyumbang, penaja, agensi dan penerima manfaat agar bantuan dapat disampaikan secara telus, berfokus dan berimpak. YBK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terus mempercayai serta menyokong usaha murni ini.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    SINAR KASIH RAMADHAN 2026 LAUNCHED

    KELANA JAYA, 9 January 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today launched the Sinar Kasih Ramadhan (SKR) Programme 1447H / 2026M, an annual initiative now in its 18th year since its introduction in 2008, held at YBK Headquarters in Kelana Jaya. The launch reflects YBK’s continued commitment to supporting the poor, the needy, and asnaf communities so that they may observe the month of Ramadan with greater comfort and dignity.

    The ceremony began with the arrival of invited guests, followed by welcoming remarks by Mr. Hashim Anang, the Master of Ceremonies, and a prayer recital. This was followed by an address from YBhg. Datin Dr. Hartini Osman, Chairperson of the Sinar Kasih Ramadhan Programme, and the officiating speech by YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK.

    The launch was graced by distinguished guests including YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir Majid, Director of the Selangor State Development Office; YBrs. Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Director of the Centre for Community Engagement & Industry Networking, Universiti Sains Islam Malaysia; Tuan Haji Zainudin Dollah, Executive Group Advisor of Brahim’s Dewina Group of Companies; Mr. Mohd Hirwan Hassan Basri, Assistant Manager of Islamic Affairs & Government Relations, Mamee Double Decker Sdn. Bhd.; YBK ALPA members Mr. Zulhairy Jalaluddin, Assoc. Prof. Dr. Mohd Mursyid Arshad, Mr. Zainal Mohd Jais; as well as corporate strategic partners, community representatives, NGOs, media representatives, YBK staff, and invited guests.

    Following the screening of the launch video, the event proceeded to its highlight with the signing of Memoranda of Cooperation with the Selangor State Development Office (ICU JPM Selangor), the Centre for Community Engagement & Industry Networking of USIM, Brahim’s Dewina Group of Companies, and Mamee-Double Decker Sdn. Bhd., along with the presentation of contribution cheques. The programme concluded with a photo session and a media briefing.

    Sinar Kasih Ramadhan 2026 targets 400 poor, needy, and asnaf families to receive cash assistance for iftar and sahur needs, in addition to basic necessities contributed by strategic partners and corporate sponsors. From 2008 to 2025, the programme has benefited 4,071 families, with total accumulated cash contributions reaching RM1.5 million, reflecting the community’s sustained trust and support for YBK.

    The SKR programme goes beyond the distribution of aid; it also serves as a platform that “matches” stakeholders—including donors, sponsors, agencies, and beneficiaries—ensuring that assistance is delivered transparently, in a targeted manner, and with meaningful impact. YBK extends its deepest appreciation and gratitude to all parties who continue to place their trust in and support this noble initiative.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;