YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK) adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) swasta di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. YBK ditubuhkan pada 26 Mac 1990 dan dilancarkan secara rasmi pada bulan April 1990 oleh Ybhg. Tan Sri Dato' Hj. Muhammad bin Hj. Muhd. Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu, juga merupakan Pengasas YBK.

YBK diterajui oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, selaku Pengerusi sejak tahun 1990 dan dibantu oleh Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Jemaah pengurusan diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz selaku Pengurus Besar.

Pada peringkat awal penubuhannya, YBK telah melaksanakan program pembasmian kemiskinan berteraskan pembangunan sosio-ekonomi di mana kumpulan-kumpulan sasar yang dikenal pasti telah diberikan bantuan dan bimbingan dalam bentuk barangan serta ilmu bagi membebaskan keluarga mereka daripada kemiskinan. Antara program-program YBK pada ketika ini adalah seperti Lindungan Kasih, Desa Kasih, Peningkatan Pendapatan dan pelbagai lagi. Sepanjang pelaksanaan di dekad 90'an, ramai keluarga yang dibantu telah berjaya keluar daripada kemiskinan dan kini telah berjaya dalam kehidupan masing-masing.

YBK juga adalah pelopor kepada konsep Blue Ocean Strategy sebelum diadaptasi oleh Kerajaan Malaysia, di mana banyak program-program YBK dilaksana secara kerjasama strategik dan penglibatan terus pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Di samping itu, YBK juga merupakan pengasas konsep Kolej Komuniti sebelum konsep ini dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bergerak ke hadapan, kini YBK memberi fokus kepada program berteraskan pendidikan dan pembangunan modal insan seperti program Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih YBK Gesir, Akademi Kemahiran YBK, serta Motivasi Semangat Mendaki, juga memberi tumpuan khusus kepada program berinovasi dan kreatif seperti pembangunan usahawan, dakwah orang asli, Sinar Kasih Ramadhan dan pelbagai lagi.

Genap 30 tahun usia YBK pada 2020, perjuangan bagi membasmi kemiskinan akan diteruskan dengan barisan kepimpinan yang mantap, idea segar dan inovatif, serta sokongan daripada rakan-rakan YBK di peringkat kerajaan dan swasta. YBK berazam untuk menjadi sebuah NGO peneraju pembasmian kemiskinan dengan fokus kepada 'Membasmi Kemiskinan dan Membina Kesejahteraan'. 

‚óŹ VISI: Menjadikan YBK Yayasan Terulung, Mantap dan Berkesan Di Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan.

‚óŹ MISI:¬†Membantu membasmi kemiskinan di Malaysia melalui program pembangunan modal insan.

‚óŹ Meningkatkan kesejahteraan hidup kumpulan sasar melalui program-program pembasmian kemiskinan yang bersepadu.

‚óŹ Membangun sumber, kapasiti, teknologi, jaringan untuk melaksanakan program.

‚óŹ Membangun kepakaran YBK sebagai pusat rujukan NGO dalam membasmi kemiskinan.

‚óŹ Memperkasakan rangkaian rakan strategik, agensi kerajaan, dan media untuk mempertingkatkan keberkesanan YBK membasmi kemiskinan.

‚óŹ Bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksana program-program pembasmian kemiskinan global.

‚óŹ Menerapkan nilai-nilai perpaduan selaras dengan aspirasi pembinaan negara bangsa Malaysia melalui program-program YBK.

‚óŹ Merancang, melaksanakan dan memantapkan program sukarelawan YBK.

‚óŹ Anak yatim, piatu, dan/atau miskin.

‚óŹ Belia tercicir dan terkesamping.

‚óŹ Warga Emas¬†dan Orang Kurang Upaya (OKU).

‚óŹ Ibu Tunggal.

‚óŹ serta¬†kriteria-kriteria lain yang diputuskan dari masa ke semasa.

‚óŹ Pembangunan Modal Insan

‚óŹ Sukarelawan YBK

‚óŹ Merancakkan semula program-program sosio-ekonomi

‚óŹ Membina Desa Kasih yang baru

‚óŹ Pengembangan YBK

‚óŹ Memantapkan Organisasi YBK

‚óŹ Keupayaan Kewangan

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;