SINAR KASIH RAMADHAN (SKR) adalah program tahunan yang dilaksanakan menjelang bulan Ramadhan Al-Mubarak. Program ini telah memasuki tahun yang ke-11 pada tahun 2019. Objektif SKR adalah untuk membantu keluarga miskin terpilih menghadapi bulan Ramadhan tanpa rasa terbeban melalui sumbangan berbuka dan bersahur kepada mereka.

Falsafah program SKR mempunyai peranan 'serampang dua mata' iaitu pertamanya, SKR sebagai laman amal atau platform kepada para dermawan tidak kira sama ada individu, institusi atau korporat untuk menyumbang tanpa sebarang keraguan dan keduanya, memupuk semangat persaudaraan dan saling peduli di kalangan masyarakat, sesuai dengan ketinggian nilai Islam itu sendiri.

Antara organisasi dan NGO yang pernah berkolaborasi bersama YBK dalam program ini adalah Kumpulan Media Karangkraf melalui Akhbar Sinar Harian, PIMPINAN (Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor) dan KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia).

PENERIMA SUMBANGAN

Jawatankuasa pemilihan akan menyenarai pendek dan memilih keluarga yang layak untuk menerima sumbangan SKR mengikut kriteria yang ditetapkan di samping budi bicara dalam kes-kes tertentu. Pencalonan adalah daripada ketua masyarakat, sekolah, sukarelawan atau individu/organisasi yang mempunyai maklumat keluarga miskin di kawasan masing-masing.

PENYERAHAN SUMBANGAN

Penyerahan sumbangan akan dilakukan sendiri oleh pegawai YBK, dibantu oleh sukarelawan di seluruh negara. Keluarga yang terpilih akan menerima sumbangan seminggu sebelum bermulanya Ramadhan dan setiap sumbangan akan direkod dan dilaporkan kepada penyumbang dan orang awam melalui media dan laporan bertulis bagi menjamin ketelusan dan integriti.

Usaha bersepadu untuk mendidik, menggerak dan meningkatkan kesedaran terhadap amalan bersedekah.
Untuk menyediakan keperluan asas pada kadar mencukupi sepanjang bulan Ramadhan untuk golongan fakir dan miskin.
Melahirkan pengertian ehsan sebagai kesan tampak daripada penghayatan insan dan Islam.

Jumlah keperluan makanan bagi setiap keluarga miskin ini dinilai berpandukan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia.

Perbelanjaan minimum bagi komponen makanan untuk satu keluarga 5 ahli isi rumah adalah berasaskan keperluan kalori sebanyak 9,910 kcal sehari untuk satu keluarga seramai 5 ahli isi rumah. Bilangan kalori ini dibahagikan kepada beberapa jenis makanan iaitu Karbohidrat (55%), Protein (15%) dan Lemak (30%).

Senarai keperluan minima makanan harian setiap keluarga adalah memenuhi keperluan utama untuk tubuh badan iaitu 3 komponen (Karbohidrat, Protein dan Vitamin).

Secara keseluruhannya bermula tahun 2002 sehingga 2018, sebanyak 2,850 keluarga telah mendapat manfaat daripada program Sinar Kasih Ramadhan dan jumlah sumbangan yang telah diagihkan adalah RM 1,335,485.00. Nilai sumbangan setiap tahun adalah bergantung kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang diumumkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Malaysia.

  • CEK

    Sumbangan menggunakan cek hendaklah dibayar atas nama YAYASAN BASMI KEMISKINAN dan ditulis di belakang cek 'Program Sinar Kasih Ramadhan 2019'.

  • PEMINDAHAN WANG / PERBANKAN INTERNET

    Sumbangan boleh dibuat terus ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : No. Akaun 1203 8010 0021 32 melalui kaunter bank, ATM/CDM, atau Perbankan Internet (IBG).

  • SISTEM DERMA DALAM TALIAN YBK

    (Akan datang)

BUKTI SUMBANGAN

Bukti sumbangan (salinan cek/slip pembayaran/resit deposit) beserta borang sumbangan rasmi hendaklah dihantar melalui pos, faksimili (03 7875 0719), atau e-mel (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk pengesahan.

Resit rasmi hanya akan dikeluarkan apabila bukti pembayaran dan borang sumbangan yang lengkap diterima oleh YBK.

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Sumbangan untuk Program Sinar Kasih Ramadhan adalah layak untuk menerima pengecualian cukai pendapatan (Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.3710 Warta Kerajaan Bil. 8954).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;