Akademi Komuniti Mutiara YBK Banting adalah sebuah Kolej Komuniti yang ditubuhkan pada tahun 1997 untuk memberi peluang kepada pelajar miskin lepasan SPM dengan gred rendah meneruskan pengajian ke peringkat diploma. Dengan perjanjian usahasama dengan EDI, YBK telah menubuhkan kolej ini dengan modal RM 400,000. Pada tahun 2003, kolej ini diuruskan sepenuhnya oleh YBK apabila pihak EDI menarik diri daripada usahasama ini.

Kursus yang ditawarkan di kolej ini adalah di peringkat Diploma dan telah mendapat pengiktirafan minimum oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN - kini dikenali sebagai MQA). Kursus-kursus yang ditawarkan adalah Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Pengajian Perniagaan, dan Perakaun dengan yuran pengajian RM169.00 sebulan.

Kolej ini telah memberikan faedah kepada lebih 1,200 orang pelajar sepanjang tempoh operasinya. Walau bagaimanapun, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK pada tahun 2005 telah memutuskan untuk menutup kolej ini disebabkan kedudukan kewangan yang ketat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;