ASRAMA KASIH YBK SERENDAH adalah program pembiayaan pembelajaran dan kehidupan pelajar miskin dan yatim. Asrama ini terletak di Kg. Seri Serendah, Mukim Serendah, Hulu Selangor, dan dibangunkan pada tahun 1994 dengan pengubahsuaian pada tahun 2000. Objektif ASKA Serendah adalah untuk membantu pelajar dengan kemudahan dan pembiayaan sara hidup, pembelajaran dan pembangunan sahsiah. Semua pelajar bersekolah di SMK Serendah.

Penginapan, duit belanja harian, dan makan percuma disediakan kepada semua pelajar di samping kelas-kelas bimbingan. Dengan kemudahan infrastruktur antaranya seperti surau, perpustakaan dan bilik komputer, YBK yakin dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan memiliki sahsiah hidup yang baik. YBK tidak lupa memberikan penekanan soal sikap dan disiplin melalui kelas pengajian Pendidikan Islam dan aktiviti seperti kelas silat dan pelbagai lagi.

‚óŹ OBJEKTIF: Memberikan pelajar terpilih kemudahan sara-hidup, persekolahan serta sahsiah.
‚óŹ KUMPULAN SASAR: Pelajar¬†yatim / piatu / miskin¬†dengan minimum gred 2A¬†dalam peperiksaan UPSR.
‚óŹ PEMBIAYAAN MAKAN: Bantuan Makanan Asrama (BMA) @ RM17 seorang/hari.
‚óŹ KOS SARA HIDUP PELAJAR: RM 48,000 (untuk 5 tahun).
‚óŹ KOS¬†PEMBANGUNAN: RM 3,258,000 (Tanah: RM 95,625)
‚óŹ KOS OPERASI (1994 - 2014): RM12,401,355.61¬†~ purata RM620¬†ribu setahun.
‚óŹ CARA KEMASUKAN: Perakuan sekolah; senarai pendek; siasatan terus.

PUAN HALIMATON SAADIAH BINTI MOHD NAWAWI
Pengetua

KELULUSAN
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) - Sistem Pengurusan, Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR).

ENCIK MUHAMMAD KHUZAIMIE BIN MUD ZAMER
Penyelia / Warden

KELULUSAN
Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2) 
Mekanik Kenderaan Perdagangan, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

CIK NURUL SYAZWANI BINTI BAHARUDDIN
Penyelia / Warden

KELULUSAN
Sijil Pelajaran Malaysia.

ENCIK AMIRUDDIN BIN RAMLI
Warden / Pemandu

KELULUSAN
Sijil Pelajaran Malaysia

Klik pada 'tahun' yang berkenaan untuk melihat pelajar dan alumni Asrama Kasih YBK Serendah. Bahagian ini sedang dikemas kini dan mungkin terdapat ralat. Untuk perincian lanjut maklumat pelajar, hubungi Asrama Kasih YBK Serendah.

PELAJAR ASKA SERENDAH

TINGKATAN 5 (2001) TINGKATAN 4 (2002) TINGKATAN 3 (2003)

ALUMNI ASKA SERENDAH

SPM 2016 (1999)

SPM 2011 (1994) SPM 2012 (1995) SPM 2013 (1996) SPM 2014 (1997) SPM 2015 (1998)  

SPM 2006 (1989) SPM 2007 (1990) SPM 2008 (1991) SPM 2009 (1992) SPM 2010 (1993) 

SPM 2001 (1984) SPM 2002 (1985) SPM 2003 (1986) SPM 2004 (1987) SPM 2005 (1988)

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;