FASTRACK adalah program Pendidikan & Latihan YBK dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Program ini bertujuan memberi peluang kedua kepada golongan remaja yang gagal mendapatkan keputusan baik dalam peperiksaan SPM serta gagal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta. YBK membelanjakan sebanyak RM579,234.00 untuk membiayai bantuan kepada 401 daripada 730 orang pelatih yang terpilih. Manakala yuran pengajian untuk kesemua 730 orang pelatih ditaja dan dibayar terus oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada institusi-institusi swasta yang terlibat iaitu Kolej INPENS, WIT, FIT, ITTAR, EDI, Stamford, dan Pusat Pembangunan Sumber Tenaga Manusia Selangor (SHRDC). 

Kursus-kursus yang ditawarkan merupakan kursus professional seperti Kesetiausahaan, Perakaunan, Sains Komputer, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Perhotelan dan Pelancongan, Komputer, Pentadbiran Pejabat, dan Teknologi Maklumat. Manakala kursus-kursus teknikal pula adalah Kujuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Automobil, Pelukis Pelan Senibina, dan Pelukis Pelan Mekanikal. Kursus-kursus ini dijalankan selama 18 bulan dan ditawarkan kepada lepasan SPM (Gred 3, 4 SAP 8 dan 9) daripada kalangan anak-anak negeri Selangor yang berumur antara 18 hingga 24 tahun.

Program FASTRACK dilaksanakan sepanjang tahun 1995 hingga 1998 dan telah berjaya membantu 681 orang pelajar mendapatkan kemahiran dan sijil. Statistik bilangan pelajar adalah seperti berikut;

• Tahun 1995/1996 : 583 orang pelajar Sijil Kemahiran Professional
• Tahun 1997/1998 : 22 orang pelajar Sijil Kemahiran Professional dan 218 orang pelajar Diploma
• Tahun 1998 : 125 orang pelajar Sijil Kemahiran Professional.


Senarai pelatih FASTRACK


GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;