LINDUNGAN KASIH

Program Lindungan Kasih adalah projek membina semula rumah usang keluarga termiskin di atas tapak rumah sedia ada. YBK mengenalpasti keluarga termiskin di seluruh negeri Selangor yang tinggal di pondok yang usang dan dalam keadaan serba daif.

Program ini telah dilaksanakan dari tahun 1991 sehingga 2001. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 458 unit rumah telah dibina dengan kos keseluruhan berjumlah RM 1,450,529.81.

Mulai tahun 2002, YBK tidak lagi melibatkan diri dalam pembinaan rumah di bawah Lindungan Kasih memandangkan Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan Program Kerajaan Prihatin dimana salah satu objektifnya ialah memberi kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah.

PEMULIHAN RUMAH

YBK juga melaksanakan Program Pemulihan Rumah menggunakan peruntukan yang diperolehi daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Di bawah program ini, YBK telah membaik pulih 129 unit rumah dan meliputi pembaikan atap, dinding, dapur dan sebagainya. Sebanyak RM 640,669.00 telah dibelanjakan untuk tujuan program ini.
   


GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;