KUMPULAN TUISYEN HUJUNG MINGGU (KUNTUM) adalah program pembasmian kemiskinan melalui pendidikan. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 1993 di mana setiap tahun kelas tuisyen SPM percuma disediakan antara bulan Mac hingga Oktober. Kelas-kelas tuisyen tersebut dijalankan pada waktu petang (selepas waktu persekolahan) atau pada hujung minggu (Sabtu & Ahad) dengan jumlah pelajar seramai 20 orang setiap kelas. Pelajar yang terpilih calon SPM daripada kalangan keluarga miskin yang tidak berkemampuan mengikuti program tuisyen swasta.

Objektif KUNTUM adalah sebagai platform untuk menyediakan tuisyen percuma bagi membantu meningkatkan prestasi subjek-subjek SPM pelajar yang terpilih dan seterusnya mengurangkan bilangan keciciran di kalangan pelajar miskin luar bandar. Kos program ini ditanggung sepenuhnya oleh YBK. Walau bagaimanapun, KUNTUM pernah mendapat tajaan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk beberapa tahun sehingga tahun 2015.

Program ini tidak lagi diteruskan selepas tahun 2017.

KUNTUM dilaksanakan dengan sokongan Pengetua sekolah dan penglibatan guru sekolah yang terpilih. Sekolah yang dipilih adalah sekolah-sekolah luar bandar di seluruh negara. Setiap sekolah dibenarkan menyediakan kelas tuisyen untuk 4 hingga 6 mata pelajaran yang difikirkan perlu.

Subjek yang diajar di dalam program KUNTUM ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi (aliran sains), serta Perdagangan dan Perakaunan (aliran sastera). Semua penyelia dan guru yang terlibat akan dibayar elaun mengajar oleh YBK termasuklah kos penyediaan bahan mengajar seperti nota dan soalan.

Statistik terperinci mengikut tahun dari 1993 sehingga 2017.

Berikut adalah antara sekolah-sekolah yang pernah menjalankan program KUNTUM. Senarai lengkap mengikut tahun boleh dirujuk di tab 'PRESTASI'

NAMA SEKOLAH NEGERI
01. SMK Tiram Jaya, Tanjung Karang Selangor
02. SMK Dusun Nanding, Hulu Langat Selangor
03. SMK Bagan Terap, Sabak Bernam Selangor
04. SMK Dato' Mustaffa, Sekinchan Selangor
05. SMK Sultan Sulaiman Shah, Bestari Jaya Selangor
06. SMK Bukit Gading, Sg. Buloh Selangor
07. SMK Syed Mashor, Batang Kali Selangor
08. SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung Selangor
09. SMK Sijangkang Jaya, Kuala Langat Selangor
10. SMK Sg. Burong, Tanjung Karang Selangor
11. SMK Jalan Kebun, Klang Selangor
12. SMK Gedangsa, Kuala Kubu Bharu Selangor
13. SMK Munshi Abdullah, Sabak Bernam Selangor
14. Asrama Kasih YBK, Serendah Selangor
15. SMK Kalumpang, Hulu Selangor Selangor
16. SMK Abdul Jalil Selangor
17. SMK Sg Rawang, Sepang Selangor
18. SMK Rantau Panjang, Kapar Selangor
19. SMA Nurul Fadzliah, Sg Siput Perak
20. SMK Kuala Ketil Kedah
21. SMK Penambang Kelantan
22. SMK Sanglang Perlis
23. SMK Tanjung Puteri Resort Johor
24. SMK Sg Ranggam Perak
25. SMK Tanah Merah Kedah

Prestasi KUNTUM dari tahun 2002 sehingga 2014. Sila pilih tahun yang dikehendaki.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;