AKADEMI KEMAHIRAN YBK (AKYBK) adalah institusi latihan kemahiran di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang beralamat di Gesir Tengah Sungai Selisek 44020 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.

AKYBK menawarkan Sijil Kekompetenan Pendawaian Elektrik iaitu kursus PENDAWAI FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN PW2 - (SEPENUH MASA) di bawah pentauliahan Suruhanjaya Tenaga (ST). Pada tarikh 1 Ogos 2019 secara rasminya AKYBK telah diberikan pentauliahan serta kebenaran dari Suruhanjaya Tenaga untuk menjalankan Kursus PENDAWAI FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN PW2 - (SEPARUH MASA) di AKYBK.

  • SEJARAH

    Akademi Kemahiran YBK dahulunya dikenali sebagai Akademi Mutiara YBK Sdn. Bhd. semasa penubuhannya bermula pada tahun 2003. Ketika itu ia menawarkan program-program di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran. Pada Februari 2008, institusi latihan kemahiran ini dijenamakan kepada Akademi Kemahiran YBK setelah mendapat pentauliahan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menjalankan Kursus Pendawai Fasa Tunggal Dengan Endorsan Pengujian PW2 (Sepenuh Masa).

    Kampus AKYBK dibangunkan atas tanah YBK yang terletak di Lot 2871, Mukim Hulu Bernam. Antara kemudahan yang disediakan adalah kelas pembelajaran, bengkel kemahiran dan tempat penginapan asrama pelatih yang boleh menempatkan kapasiti 50 orang pelatih pada satu-satu masa.

    AKYBK dahulunya pernah menawarkan kursus-kursus kemahiran seperti Kursus D-060-2 Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (6 Bulan), dan Kursus IT-080-3 Penyelia Tadbir Sistem Maklumat (1 tahun). Kos pengajian pelajar pada ketika itu adalah secara pembiayaan sendiri atau ditaja melalui peruntukan Latihan Kemahiran Kerjaya Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Pusat Zakat Selangor, atau agensi lain yang berkenaan.

  • VISI

    Mendukung visi untuk mengangkat darjat insan ke martabat yang paling tinggi yang memuliakan ilmu, kemahiran, kerjasama dan intelektual.

  • MISI

    Berpegang kepada misi untuk mencorak, membina dan melahirkan insan yang berketerampilan dari segi fizikal intelektual dan spiritual.

  • MATLAMAT

    Melahirkan insan cemerlang dalam cabang kemahiran; yang mempunyai jati diri yang teguh serta bersifat holistik.

PENDAWAIAN FASA TUNGGAL DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN (PW2)

Tempoh kursus adalah 24 BULAN dengan pecahan seperti berikut;

  • Latihan di AKYBK (12 bulan)
  • Latihan industri (9 bulan)
  • Persediaan di AKYBK (3 bulan)

Syarat-Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ATAU tamat tingkatan 5.
  3. Tidak rabun warna dan tidak cacat pendengaran.

Penganugerahan Sijil

  • Perakuan Kekompetenan Pendawai Suruhanjaya Tenaga (ST).

Waktu Pembelajaran (Sepenuh Masa)

  • Isnin hingga Jumaat (9 pagi - 5 petang).
  • Sabtu minggu ke-2, 4, dan 5 (9 pagi - 1 petang).

Bahasa Pengantar

  • Bahasa Melayu.

Pilihan Pembiayaan

  • Sendiri, atau;
  • Tajaan (bagi yang layak) - Lembaga Zakat Selangor.

Lain-Lain Kemudahan

  • Penginapan disediakan

 

PUAN NORLEZA BINTI HAMBALI
Pengurus

merangkap Pengurus Jabatan Pendidikan, Yayasan Basmi Kemiskinan

 

PUAN NURFADILAH BINTI IBRAHIM
Ketua Bahagian Hal-Ehwal Latihan

ENCIK MUHAMMAD IZWAN BIN BASARUDIN
Pengajar Kompeten 1

PUAN NOR AZIEYANTI BINTI AZAHARI
Pengajar Kompeten 2

IMEJ DALAM PROSES

CIK ROHAIDA BINTI ISMAIL
Pengajar Kompeten 3

CIK RAUDAH BINTI ZAKARIA
Pentadbiran

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;