ASRAMA KASIH YBK SERENDAH merupakan sebuah program pembiayaan pendidikan dan kehidupan yang menyediakan sokongan menyeluruh kepada pelajar miskin dan yatim dari seluruh Malaysia. Asrama ini juga berfungsi sebagai pusat jagaan berkediaman yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Terletak di Kg. Seri Serendah, Mukim Serendah, Hulu Selangor, Asrama Kasih YBK telah dibangunkan pada 22 Jun 1992 dan telah melalui proses pengubahsuaian pada tahun 2000. Objektif utama penubuhan asrama ini adalah untuk menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan sara hidup serta pembangunan sahsiah secara holistik kepada para pelajar. Asrama ini mempunyai seorang Pengetua, 4 orang coach (warden), seorang pentadbiran kewangan, seorang pembantu tadbir, seorang pemandu, seorang tukang masak dan 2 orang pembantu tukang masak.

Para pelajar bersekolah di SMK Serendah yang terletak kira-kira 1.2 kilometer dari asrama, bersamaan lebih kurang 14 minit berjalan kaki. Bagi memastikan kelancaran urusan persekolahan, pengangkutan pergi dan balik sekolah disediakan oleh pihak asrama menggunakan bas dan van. Kemudahan penginapan, makan dan minum disediakan secara percuma kepada semua pelajar, di samping pelaksanaan kelas tambahan dan bimbingan akademik secara berterusan. Asrama ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan prasarana seperti surau, perpustakaan, bilik komputer, bangunan asrama lelaki dan perempuan dua tingkat, dewan makan, dewan serbaguna, padang riadah, gelanggang sepak takraw serta gelanggang bola tampar. Asrama ini boleh menampung sehingga 200 orang pelajar dalam satu masa.

Dengan kemudahan dan persekitaran yang kondusif ini, YBK komited dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, berdisiplin tinggi serta memiliki jati diri dan sahsiah yang unggul. Pembentukan disiplin dan sahsiah diperkukuhkan melalui pelaksanaan modul “Al-Fateh” serta pelbagai program pembangunan kemahiran seperti kelas silat, keusahawanan dan aktiviti kokurikulum yang lain.

Sehingga kini, seramai 1,814 orang alumni telah dilahirkan sejak lepasan SPM pertama 1998 hingga 2025. Jumlah anggaran kos yang telah dibelanjakan bagi tempoh 1994 hingga 2025 adalah sebanyak RM21.1 juta.


Asrama Kasih YBK Serendah is an education and living support program that provides comprehensive assistance to underprivileged and orphaned students from across Malaysia. The hostel also operates as a residential care centre registered under the Department of Social Welfare (JKM).

Located in Kampung Seri Serendah, Mukim Serendah, Hulu Selangor, Asrama Kasih YBK was established on 22 June 1992 and underwent renovation in 2000. Its primary objective is to provide educational opportunities, living assistance, and holistic character development for its students. The hostel is managed by a Principal, supported by four coaches (wardens), a Finance and Administration Officer, an Administrative Assistant, a Driver, a Cook, and two Assistant Cooks.

Students attend SMK Serendah, located approximately 1.2 kilometres from the hostel, or about a 14-minute walk away. To ensure convenient and safe travel, the hostel provides daily transportation to and from school using buses and vans. All students receive free accommodation, meals, and beverages, in addition to continuous academic support through supplementary classes and tutoring. The hostel is equipped with a wide range of facilities, including a surau (prayer hall), library, computer room, two-storey boys' and girls' hostel buildings, dining hall, multi-purpose hall, recreational field, sepak takraw court, and volleyball court. The hostel has the capacity to accommodate up to 200 students at any one time.

With its comprehensive facilities and conducive learning environment, YBK remains committed to nurturing students who excel academically while demonstrating strong discipline, integrity, and exemplary character. Personal development and discipline are further strengthened through the Al-Fateh Module, as well as various skills development programs, including silat (Malay martial arts) classes, entrepreneurship training, and other co-curricular activities.

To date, 1,814 alumni have graduated from Asrama Kasih YBK, from its first SPM graduating class in 1998 through 2025. Between 1994 and 2025, YBK invested an estimated RM21.1 million in operating and developing the hostel, reflecting its long-term commitment to empowering disadvantaged youth through education.

OBJEKTIF
Memberikan pelajar terpilih biasiswa penuh melalui kemudahan sara-hidup, persekolahan serta sahsiah.

KUMPULAN SASAR
Pelajar yatim / piatu / miskin dengan minimum gred 2A dalam peperiksaan akhir tahun terkini.

KAPASITI MAKSIMUM ASRAMA
200 orang

PEMBIAYAAN MAKAN DAN MINUM
Bantuan Makanan Asrama (BMA) @ RM17 seorang sehari (sehingga 2022) *

BMA telah dihentikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula 1 Januari 2022 kepada semua asrama di bawah kerajaan negeri dan yayasan seluruh negara tanpa sebarang notis pemberitahuan atau surat rasmi tetapi telah diwartakan melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 3 Tahun 2021. YBK sedang terus berusaha melalui langkah-langkah strategik untuk mengembalikan semula BMA.

Pembiayaan makanan pelajar selepas 2022 sehingga kini ditanggung sepenuhnya oleh YBK, dan juga melalui sumbangan barangan daripada penaja dan para dermawan.

KOS SARA HIDUP PELAJAR
RM48,000 (untuk 5 tahun, nilai purata tidak mengambil kira inflasi)

KOS PEMBANGUNAN FIZIKAL
RM3,258,000 (Tanah: RM95,625)

KOS OPERASI (1994 - 2014)
RM12,401,355.61 (purata RM620 ribu setahun)

KAEDAH PEMILIHAN
Perakuan sekolah; senarai pendek; siasatan terus.

PENGETUA: Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi
• TIMBALAN PENGETUA: (kosong)
COACH 1: Encik Muhd Khuzaimie Mud Zamer
COACH 2: Puan Siti Rugayah Daud
COACH 3: Puan Nur Syakirah Sayuti
COACH 4: Encik Mohd Juhairi Kamarulzaman
• PEMBANTU AM 1: Puan Rosnah Karim
• PEMBANTU AM 2: Encik Muhammad Nurhazreeq Abdul Halim
• PEMANDU: Encik Amiruddin Ramli

Hanya data alumni (bekas pelajar) sahaja yang akan dipaparkan untuk rujukan awam. Data pelajar terkini boleh diperoleh dengan menghubungi Asrama Kasih YBK Serendah. Data penuh pelajar tidak akan diberikan kepada pihak ketiga melainkan atas tujuan undang-undang sahaja.

ALUMNI ASKA SERENDAH

Data adalah mengikut tahun kelahiran pelajar dan tahun menduduki peperiksaan SPM;

2007 (SPM 2024) • 2006 (SPM 2023) • 2005 (SPM 2022) • 2004 (SPM 2021) • 2003 (SPM 2020) • 2002 (SPM 2019) • 2001 (SPM 2018) • 1999 (SPM 2016) • 1998 (SPM 2015) • 1997 (SPM 2014) • 1996 (SPM 2013) • 1995 (SPM 2012) • 1994 (SPM 2011) • 1993 (SPM 2010) • 1992 (SPM 2009) • 1991 (SPM 2008) • 1990 (SPM 2007) • 1989 (SPM 2006) • 1988 (SPM 2005) • 1987 (SPM 2004) • 1986 (SPM 2003) • 1985 (SPM 2002) • 1984 (SPM 2001)

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;