SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 5 buah keluarga di lingkungan Cheras dan Seri Kembangan, dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama-sama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Turut bersama, Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia)

Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Jasrul Nazurin Jalani yang tinggal di Taman Cheras Jaya.

Encik Jasrul tidak mampu lagi bekerja atas faktor kesihatan dan mengalami kecederaan 'slip disk' yang membataskan kudraat beliau. Isteri beliau, Puan Hamisah merupakan suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM700 sebulan. Pasangan ini bergantung kepada bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor secara bulanan dan sewa rumah. Dikurniakan 5 orang anak, 2 orang masih bersekolah di peringkat menengah dan seorang di peringkat rendah. Salah seorang anak pasangan ini menghidap penyakit asma.

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

Turut hadir, Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK)


CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Nor Azizan Awang @ Yunis yang tinggal di Taman Impian Indah. Ketika YBK tiba, Encik Nor Azizan tiada di rumah kerana keluar bekerja dan kehadiran kami disambut oleh menantu beliau, Puan Nor Syahida yang tinggal di unit bersebelahan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Puan Nor Syahida, bapa mentuanya bekerja sendiri manakala ibu mentuanya berniaga makanan mee celup. Kediaman adalah disewa tetapi kadar sewaan bulanan tidak dimaklumkan. Empat orang daripada anak beliau masih belajar.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

Turut hadir, Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media & Perhubungan Awam YBK)


CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Mohd Akmal Abdul Aziz yang tinggal di Taman Impian Ehsan.

Encik Mohd Akmal melakukan pelbagai kerja (bekerja sendiri) untuk menyara keluarganya, dengan pendapatan bulanan sekitar RM 500. Ketika kami tiba di kediamannya, Encik Mohd Akmal baru keluar untuk mencari rezeki dan kami disambut oleh isteri beliau, Puan Jumainah Khaironi. Kami difahamkan ini adalah perkahwinan kedua untuk Puan Jumainah dan suami beliau sebelum ini meninggal dunia kerana sakit kanser.

Tinggal di kediaman yang diwarisi dari keluarga, pasangan ini menyara 6 orang anak di mana 2 belajar di sekolah menengah dan seorang di sekolah rendah. 2 orang lagi bekerja sambilan selepas tamat sekolah. Keluarga ini menerima bantuan dari Lembaga Zakat Selangor berjumlah RM 650 di samping pencen dari PERKESO berjumlah RM 710).

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh YABhg. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Pengasas YBK) telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).


CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Muhammad Rahimi Suarman yang tinggal di Bandar Tun Hussein Onn.

Encik Muhammad Rahimi Suarman menyara keluarga dengan bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan sekitar RM 1,400 sebulan. Isteri beliau, Puan Siti Norita Che Ismail adalah suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini dikurniakan 9 orang cahaya mata di mana 3 orang bersekolah menengah dan 2 orang di sekolah rendah. Turut tinggal bersama pasangan ini adalah ibu bapa mereka, menjadikan jumlah isi rumah seramai 13 orang.

Rumah yang didiami keluarga ini adalah disewa dengan kadar RM 1,000 sebulan, iaitu lebih 70% pendapatan ketua keluarga. Mujurlah keluarga ini turut menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 700 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 1,000 yang sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan keluarga ini.

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh syarikat Wana Enterprise telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).


CHERAS, 20 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadan kepada keluarga Encik Al Amin Abdul Kassim yang tinggal di Taman Bukit Segar.

Pekerjaan sebagai penghantar barang (rider) menjadi sumber pendapatan Encik Al Amin untuk menyara keluarganya. Isteri beliau, Puan Fatimah A Bakar adalah seorang suri rumah. Ketika kami tiba di rumah Encik Al Amin, dia telah keluar bekerja.

Pasangan ini bersama anak-anak tinggal di rumah yang disewa. Anak pasangan ini berjumlah 5 orang, di mana 2 orang telah menyambung pelajaran ke peringkat IPT, seorang di sekolah menengah, seorang di sekolah rendah, dan seorang menunggu tawaran menyambung pelajaran. Mereka adalah penerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 300 oleh syarikat Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), serta pek barangan daripada Syarikat Brahim’s, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto dan USIM.

Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Dr. Zatul Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia - USIM).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;