SINAR KASIH RAMADHAN 2025 - Seramai 16 buah keluarga di dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2025 untuk tahun ini. Penerima turut mendapat Kotak Makanan sumbangan Yayasan Food Bank Malaysia, dan barangan sumbangan Dutch Lady dan Mamee Double-Decker. Serahan telah dilakukan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK yang turut disertai oleh Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Cikgu Zulinda Haron (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, SK Dusun Tua), Cikgu Jamaludin Othman (Guru Besar SK Kuala Pomson) dan guru-guru pengiring dari SK Dusun Tua dan SK Kuala Pomson. Keluarga yang menerima adalah;


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Encik Aidi Adnan menyara 6 orang anak dan isteri beliau dengan pekerjaan sebagai pemandu teksi. Pekerjaan beliau tidak menjamin pendapatan yang tetap, tambahan pula isteri beliau, Puan Fauziah Jamaluddin tidak bekerja dan difahamkan diuji dengan sakit asma dan paru-paru yang membengkak.

Keluarga ini tinggal menyewa di Batu 15 3/4 Dusun Tua dengan menyewa sebuah rumah kampung. Tiada bantuan yang diterima melainkan daripada Lembaga Zakat. Mujur keprihatinan pendidik di SK Dusun Tua di bawah kepimpinan Cikgu Mohammed Ridhwan Ibrahim selaku Guru Besar dan Cikgu Zulinda Haron telah menitipkan kesulitan keluarga ini kepada YBK.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK kepada Puan Fauziah.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Cikgu Zulinda Haron (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, SK Dusun Tua) dan guru SK Dusun Tua bersama semasa serahan.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Encik Muhammad Hafiz Samsi Anuar tinggal di rumah pusaka bersama ibunya, dan beliau menyara keluarga dengan bekerja sebagai penghantar makanan (rider). Pendapatan yang diterima tidak menentu, bergantung kepada permintaan. Jika ada 'job', maka itulah pendapatan yang diterima beliau - purata sekitar RM 1,000 sebulan.

Tiga daripada 4 orang anak beliau bersekolah dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana berdaftar sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Keluarga ini juga menerima bantuan daripada Lembaga Zakat.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Cikgu Zulinda Haron (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, SK Dusun Tua) dan guru SK Dusun Tua yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Encik Zainul Abhar adalah seorang penghantar makanan (rider), dengan pendapatan sekitar RM 1,700 sebulan bergantung kepada permintaan.

Dengan nilai pendapatan itu, sebahagian besar digunakan untuk membayar sewa kediaman sebanyak RM 700 sebulan, dan tiada jaminan kadar ini akan kekal di masa akan datang. Lebihan yang ada digunakan untuk menyara isteri, Puan Murniaiza dan 6 orang anak mereka, 4 daripadanya bersekolah di SK Dusun Tua. Difahamkan pasangan ini menanti kelahiran anak ke-7 mereka.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Cikgu Zulinda Haron (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, SK Dusun Tua) dan guru SK Dusun Tua yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Ketika kami sampai ke kediaman keluarga ini, kelihatan di ruang tamu rumah, tersusun balang-balang kuih raya di atas meja. Inilah punca pendapatan keluarga ini yang diusahakan oleh si isteri, Puan Anisah Awang. Di bulan Ramadan, beliau menerima tempahan membuat kuih, dan di hari-hari biasa, beliau menjalankan perniagaan kecilan di atas talian.

Suami beliau, Encik Sakri Husin tidak lagi mampu mencari pendapatan kerana sakit kronik, dan tanggungjawab itu terpaksa dilaksanakan oleh Puan Anisah dengan pendapatan purata RM 400 sebulan. Keluarga ini juga memiliki anak istimewa, iaitu anak yang menghidap 'cerebral palsy' - walaupun begitu, sangat bersemangat untuk belajar dan kelihatan sangat teruja apabila cikgu datang ke rumah. Tinggal menyewa dengan kos sewa ditanggung oleh Lembaga Zakat.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Cikgu Zulinda Haron (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, SK Dusun Tua) dan guru SK Dusun Tua yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Encik Abdul Malek diuji dengan isterinya, Puan Noraida Ya'acob ditimpa kemalangan sehingga mendapat kecederaan patah kaki serta tangan, dan terlantar di rumah.

Beliau melakukan pelbagai tugasan, antaranya menjadi anggota RELA, untuk menyara keluarga dengan pendapatan purata sekitar RM350 sebulan. Pendapatan kecil inilah beliau gunakan untuk menanggung keluarga, dan dengan keadaan isteri yang sakit, sudah pasti menguji kesabaran beliau mengurus perbelanjaan keluarga.

Mujur beban kewangan beliau diringankan melalui bantuan daripada Lembaga Zakat. Menyewa kediaman dan 3 orang anak beliau masih belajar.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Cikgu Zulinda Haron (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, SK Dusun Tua) dan guru SK Dusun Tua yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Puan Adriani kini merupakan ibu tunggal selepas kematian suami beliau, Almarhum Encik Mohd Nazri. Dahulu suami beliau yang mencari rezeki menyara keluarga, kini Puan Adriani perlu berikhtiar untuk menyara keluarga.

Beliau tidak bekerja buat masa ini dan bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat. Mujurlah tempat tinggal beliau dan anak-anak merupakan kediaman sendiri, dan anak-anak memahami kesedihan ibu mereka. Keluarga ini dikurniakan 7 orang anak.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Norazizi Rashid & Associates dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Jamaludin Othman (Guru Besar SK Kuala Pomson) dan guru SK Kuala Pomson yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Rumah Encik Abdul Halim agak 'ceruk' dan mencabar laluannya, dan apabila kami tiba, keadaan sekitar rumahnya sangat cantik, bersih dan menenangkan. Terdapat anak sungai yang jernih dan menggamit kami yang kepanasan.

Encik Abdul Halim menjalan kerja-kerja perkebunan dan membantu menguruskan kebun pemilik tanah keluarga beliau diami di Kg Kuala Pangsoon, dengan pendapatan sekitar RM 900 sebulan. Dengan pendapatan ini di samping bantuan daripada Lembaga Zakat, beliau menyara isteri, Puan Leli Diana yang tidak bekerja dan juga 5 orang anak.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Jamaludin Othman (Guru Besar SK Kuala Pomson) dan guru SK Kuala Pomson yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Encik Muhammad Amirul menyara keluarganya dengan bekerja sebagai penjaga mesin di kuari berhampiran. Dengan pendapatan sekitar RM 1,800 sebulan, beban kewangan keluarga ini diringankan sedikit melalui bantuan daripada Lembaga Zakat.

Isteri beliau, Puan Nur Shanti Achah adalah suri rumah sepenuh masa. Keluarga ini mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah rendah. Kediaman mereka hanya 'biasa-biasa' sahaja.
Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Jamaludin Othman (Guru Besar SK Kuala Pomson) dan guru SK Kuala Pomson yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Puan Bijeh adalah seorang ibu tunggal. Suami beliau meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja semasa sedang membaiki mesin di kuari Sungai Long.

Beliau bergantung harap kepada bantuan bulanan dan kediaman daripada Zakat. Mempunyai 4 orang anak di mana anak ke-2 dan ke-3 adalah OKU dan mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Beliau tidak bekerja kerana perlu menjaga anak bongsunya.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Jamaludin Othman (Guru Besar SK Kuala Pomson) dan guru SK Kuala Pomson yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Dengan melakukan kerja-kerja kampung, Encik Rapizal menanggung keluarganya dengan pendapatan sekitar RM 700 sebulan - satu jumlah yang kecil untuk menyuap 6 orang ahli keluarga yang ditanggung.

Isteri beliau, Puan Nurathirah Ibrahim pula mengalami ketidakupayaan fizikal dan disabitkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anak-anak beliau seramai 5 orang, dan 4 daripadanya masih belajar.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 daripada Prihatin Ehsan Holdings Sdn. Bhd. dan Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia), Cikgu Jamaludin Othman (Guru Besar SK Kuala Pomson) dan guru SK Kuala Pomson yang bersama.


HULU LANGAT, 7 Mac 2025 - Menjadi ibu tunggal dalam usia yang muda, itulah yang kini dihadapi oleh Puan Siti Nur Aishah selepas kematian suami. Beliau perlu tabah untuk meneruskan kehidupan yang masih lagi panjang.

Puan Siti Nur Aishah kini sedang mencari pekerjaan untuk memastikan anak-anaknya seramai 4 orang tidak kelaparan. Pengurus Besar YBK yang turun menyampaikan sumbangan menawarkan kepada beliau untuk menempatkan anak-anak di Asrama Kasih YBK agar ringan sedikit beban, dan beliau akan mempertimbangkan tawaran berkenaan.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2025 berupa Kotak Rezeki sumbangan Yayasan Food Bank dan barangan Dutch Lady serta Mamee telah diserahkan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Turut bersama, Puan Dr. Zatul-'Iffah Abu Hasan (Timbalan Pengarah Libatsama Masyarakat, Universiti Sains Islam Malaysia).