SINAR KASIH RAMADHAN 2025 - Seramai 9 buah keluarga yang dicadangkan oleh Unit Kebajikan SK Cheras Indah yang terletak di mukim Ampang, Kuala Lumpur telah menerima sumbangan Sinar Kasih Ramadhan untuk tahun ini. Setiap keluarga terpilih telah menerima Kotak Makanan sumbangan Yayasan Food Bank Malaysia. Serahan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK kepada 9 ketua keluarga yang hadir, dan disaksikan oleh Puan Rafeah Alwi (Guru Besar) dan Guru-Guru Penolong Kanan dalam Majlis Iftar Jama'ie anjuran SK Cheras Indah pada 21 Mac 2025. Keluarga yang menerima adalah;

(Nota: Gambar dan penceritaan mungkin terdapat ralat susunan, dan akan diperbetulkan kemudian)

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Encik Anuar Ajid menyara isteri beliau, Puan Ellen Alih dan enam orang anak dengan hanya bergaji kira-kira RM1,500 sebulan. Dengan pendapatan sebegitu dan bilangan tanggungan yang besar, sudah pasti ia menjadi cabaran besar kepada beliau.

Tambahan pula, ada anak beliau yang merupakan anak istimewa (OKU) dengan masalah pembelajaran, namun telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diberikan bantuan dengan sewajarnya. Anak-anak beliau bersekolah di SMK Pandan Jaya dan SK Cheras Indah.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Encik Muhammad Fareis Zulkafli bekerja sebagai penghantar barangan dengan pendapatan sekitar RM 1,800 sebulan, manakala isteri beliau, Puan Siti Nur Atikah Jaafar difahamkan tidak bekerja.

Pasangan ini menanggung enam orang anak dan empat orang daripadanya bersekolah di SK Cheras Indah. Tiada bantuan daripada agensi lain yang diterima oleh keluarga ini.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Puan Suriati Ibrahim tidak bekerja tetapi perlu menanggung tiga orang anak beliau. Dua orang anak belajar di SMK Pandan Jaya, manakala yang bongsu belajar di SK Cheras Indah. Ada anak beliau yang merupakan anak istimewa (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Encik Ahmad Arumi Chandran Abdullah menyara keluarganya dengan bekerja sebagai buruh, dengan pendapatan purata sekitar RM 700 sebulan. Isteri beliau, Puan Nur Kartini Abdullah tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa.

Pasangan ini tinggal menyewa dan menanggung empat orang anak.Anak sulung beliau sedang menunggu panggilan masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menyambung pengajian, seorang di SMK Pandan Jaya, seorang di SK Cheras Indah dan seorang lagi terpaksa menangguh pengajian akibat kemalangan menimpa diri beliau.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Puan Mariani Idris difahamkan merupakan seorang ibu tunggal tidak bekerja, dan ini bermakna beliau tiada pendapatan tetap untuk menyara 5 orang anaknya yang masih belajar.

Seorang anak beliau merupakan anak istimewa (OKU) dan bersekolah di PPKI SK Cheras Indah, juga berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Encik Mohd Nur Rizal Yahya bekerja sendiri dengan pendapatan sekitar RM 2,500 sebulan untuk menyara isteri dan anak-anak beliau. Isteri beliau, Puan Izahairani Mohd Yusop difahamkan tidak bekerja.

Pasangan ini dikurniakan dengan lima orang anak, namun ada anak beliau yang diuji sebagai OKU pembelajaran dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dua orang anak belajar di SMK Pandan Jaya, manakala tiga orang lagi belajar di SK Cheras Indah.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Encik Mohamad Norman Kamal Muhamad bekerja di syarikat swasta dengan pendapatan sekitar RM 2,100 sebulan, manakala isteri beliau, Puan Siti Hawa Abdullah adalah seorang suri rumah. Keluarga ini dikurniakan empat orang anak di mana tiga orang daripadanya belajar di SK Cheras Indah.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Encik Abdilla Abu Bakar menyara keluarga dengan melakukan pelbagai kerja (bekerja sendiri) dengan pendapatan sekitar RM 1,800 sebulan. Isteri beliau, Puan Nor-Ainie Joty tidak bekerja dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini bersama tiga orang anak tinggal menyewa dengan kadar RM 850 sebulan.

Kesemua tiga orang anak pasangan ini masih belajar di mana dua daripadanya di SK Cheras Indah, manakala yang bongsu di tadika. Keluarga ini difahamkan tidak menerima apa-apa bantuan daripada agensi luar.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan berupa Kotak Rezeki adalah daripada Yayasan Food Bank Malaysia dan telah disampaikan oleh Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dalam Majlis Iftar Jama'ie SK Cheras Indah.

KUALA LUMPUR, 21 Mac 2025 - Encik Mohd Hafiz Shari adalah seorang pemandu lori dengan pendapatan purata sebanyak RM 2,200 sebulan. Isteri beliau, Puan Siti Norainni Sulaiman tidak berkerja. Pasangan ini dikurniakan dengan lima orang anak, namun ada anak yang diuji dengan kekurangan upaya (OKU) masalah pembelajaran, dan telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.