KELANA JAYA, 19 September 2025 - Telah berlangsung siri ke-3 Motivasi NLP untuk karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Ibu Pejabat YBK.
Kelas motivasi kali ini membawa warga YBK menyelami dunia Neuro Linguistic Programming (NLP), khususnya tentang state iaitu bagaimana sistem tapisan otak manusia berfungsi dengan cara yang berbeza. Melalui sesi ini, peserta turut didedahkan tentang penciptaan wayang minda dan repo yang baik, di samping memahami bahawa otak boleh diibaratkan sebagai sebuah perigi dan iceberg yang penuh dengan lapisan makna tersendiri.
Selain itu, perbincangan mengenai submodality turut membuka ruang kefahaman baharu tentang sistem perincian representasi. Ia memberi panduan bagaimana seseorang boleh mengukuhkan kefahaman serta mentafsir semula pengalaman atau peristiwa yang dilalui dengan lebih positif.
Kelas Motivasi Semangat Mendaki ini dikendalikan dengan penuh berkesan oleh En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Bertauliah NLP YBK) telah menerangkan tentang konsep Meta Model dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP), dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Muhammad Sherhan Nizam, Pengurus Jabatan serta seluruh karyawan Ibu Pejabat YBK, yang bersama-sama menghayati pengisian bermakna sepanjang sesi berlangsung.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
NLP MOTIVATION SESSION FOR YBK STAFF – SERIES 3/2025
KELANA JAYA, 19 September 2025 – The third series of NLP Motivation Sessions for staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was successfully held at the YBK Headquarters.
This motivational class invited YBK personnel to explore the world of Neuro-Linguistic Programming (NLP), with a focus on the concept of state—how the brain’s filtering system functions uniquely for each individual. Participants were also introduced to the creation of mental movies and effective rapport building (repo), while gaining insight into how the brain can be visualized as a well or an iceberg—filled with layered meanings and depth.
Additionally, discussions on submodality opened up new understanding of the system of representational details. It offered guidance on how one can strengthen comprehension and reframe past experiences or events in a more positive and empowering way.
The Semangat Mendaki Motivational Class was conducted effectively by Mr. Zulhairy Jalaluddin (YBK Trustee and Chief Certified NLP Trainer at YBK), who explained the Meta Model concept in NLP. The session was attended by General Manager Muhammad Sherhan Nizam, department managers, and all staff from the YBK Headquarters, who engaged fully in the meaningful session.