Program: Motivasi Semangat Mendaki - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Motivasi NLP Karyawan YBK Siri 3/2025

    KELANA JAYA, 19 September 2025 - Telah berlangsung siri ke-3 Motivasi NLP untuk karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Ibu Pejabat YBK.

    Kelas motivasi kali ini membawa warga YBK menyelami dunia Neuro Linguistic Programming (NLP), khususnya tentang state iaitu bagaimana sistem tapisan otak manusia berfungsi dengan cara yang berbeza. Melalui sesi ini, peserta turut didedahkan tentang penciptaan wayang minda dan repo yang baik, di samping memahami bahawa otak boleh diibaratkan sebagai sebuah perigi dan iceberg yang penuh dengan lapisan makna tersendiri.

    Selain itu, perbincangan mengenai submodality turut membuka ruang kefahaman baharu tentang sistem perincian representasi. Ia memberi panduan bagaimana seseorang boleh mengukuhkan kefahaman serta mentafsir semula pengalaman atau peristiwa yang dilalui dengan lebih positif.

    Kelas Motivasi Semangat Mendaki ini dikendalikan dengan penuh berkesan oleh En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Bertauliah NLP YBK) telah menerangkan tentang konsep Meta Model dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP), dan turut dihadiri oleh Pengurus Besar Muhammad Sherhan Nizam, Pengurus Jabatan serta seluruh karyawan Ibu Pejabat YBK, yang bersama-sama menghayati pengisian bermakna sepanjang sesi berlangsung.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    NLP MOTIVATION SESSION FOR YBK STAFF – SERIES 3/2025

    KELANA JAYA, 19 September 2025 – The third series of NLP Motivation Sessions for staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was successfully held at the YBK Headquarters.

    This motivational class invited YBK personnel to explore the world of Neuro-Linguistic Programming (NLP), with a focus on the concept of state—how the brain’s filtering system functions uniquely for each individual. Participants were also introduced to the creation of mental movies and effective rapport building (repo), while gaining insight into how the brain can be visualized as a well or an iceberg—filled with layered meanings and depth.

    Additionally, discussions on submodality opened up new understanding of the system of representational details. It offered guidance on how one can strengthen comprehension and reframe past experiences or events in a more positive and empowering way.

    The Semangat Mendaki Motivational Class was conducted effectively by Mr. Zulhairy Jalaluddin (YBK Trustee and Chief Certified NLP Trainer at YBK), who explained the Meta Model concept in NLP. The session was attended by General Manager Muhammad Sherhan Nizam, department managers, and all staff from the YBK Headquarters, who engaged fully in the meaningful session.

    Read more
  • Motivasi NLP Karyawan YBK Siri 2/2025

    KELANA JAYA, 1 Ogos 2025 - Telah berlangsung siri ke-2 Motivasi NLP untuk karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Ibu Pejabat YBK.

    Untuk siri ke-2 ini, Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Bertauliah NLP YBK) telah menerangkap tentang konsep Meta Model dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP), ciri-ciri, contoh dan kesannya dalam komunikasi dan interaksi.

    Meta Model ialah satu corak soalan yang digunakan untuk mengenal pasti dan memperbetul komunikasi yang kabur, terhad, atau diseleweng. Ia membantu menggali makna sebenar di sebalik kata-kata dengan menyoal andaian, penghapusan maklumat, dan penyimpangan bahasa. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman, kejelasan, dan ketepatan dalam komunikasi.

    Sesi selama 1 jam setengah ini telah disertai oleh karyawan Ibu Pejabat YBK iaitu Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar), Ketua-Ketua Jabatan dan para karyawan.

    Siri Motivasi NLP untuk karyawan YBK ini dilaksanakan pada minggu pertama setiap bulan, dan di setiap outlet YBK pada minggu-minggu yang lain. Buku 'Kecerdasan Emosi 2025 (Neuro-Linguistik)' menjadi rujukan utama di samping rujukan-rujukan lain yang berkaitan.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    NLP MOTIVATION FOR YBK STAFF SERIES 2/2025

    KELANA JAYA, 1 August 2025 – The second session of the NLP Motivation series for staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) was held at the YBK Headquarters.

    For this session, Mr. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK and Certified NLP Trainer for YBK) presented the concept of the Meta Model in Neuro-Linguistic Programming (NLP), including its characteristics, examples, and its impact on communication and interaction.

    The Meta Model is a pattern of questioning used to identify and correct vague, limited, or distorted communication. It helps uncover the true meaning behind words by challenging assumptions, information deletions, and language distortions. Its purpose is to enhance understanding, clarity, and accuracy in communication.

    This 1.5-hour session was attended by staff from YBK Headquarters, including Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager), department heads, and other staff members.

    The NLP Motivation Series for YBK staff is conducted in the first week of each month at the headquarters, and in other YBK outlets during the subsequent weeks. The book "Kecerdasan Emosi 2025 (Neuro-Linguistik)" serves as the primary reference, alongside other relevant materials.

    Read more
  • Pelatih Pusat Latihan YBK Didedahkan Kepada “Meta Model” Dalam NLP

    KUALA SELANGOR, 25 Julai 2025 – Pusat Latihan YBK Kuala Selangor terus komited memperkasakan pelatihnya bukan hanya dalam aspek teknikal, malah juga dari sudut pembangunan diri dan komunikasi berkesan. Dalam sesi Motivasi NLP terbaharu yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah NLP Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), En. Zulhairy Jalaluddin, para pelatih didedahkan kepada konsep “Meta Model” dalam Neuro-Linguistic Programming (NLP).

    Meta Model merupakan satu kerangka dalam NLP yang bertujuan membetulkan kefahaman dan memperjelas komunikasi yang sering kabur akibat tiga tabiat mental utama: memadam (delete), memesongkan (distort) dan mengumum-andai (generalise) maklumat dalam fikiran manusia.

    “Kita bercakap tetapi sering memadam, mengherot dan membuat andaian tanpa sedar. Akhirnya orang salah tafsir, dan komunikasi gagal,” tegas En. Zulhairy.

    Beliau turut menjelaskan bahawa sikap seseorang tidak statik dan sering berubah, dipengaruhi oleh corak pemikiran serta sistem tapisan minda yang terbentuk daripada pengalaman, kepercayaan dan emosi individu.

    Sesi yang berlangsung lebih satu setengah jam itu bukan sahaja memberikan kesedaran tentang pentingnya komunikasi tepat dan jelas, malah menekankan tanggungjawab setiap individu untuk bertanya apabila tidak faham, sebagai langkah membetulkan tafsiran dan mengelakkan salah faham.

    “Bila tidak bertanya, saya terpaksa anggap mereka faham... atau mereka juga telah ‘delete’, ‘distort’ dan ‘generalise’,” ujar beliau bersahaja.

    Program ini mencerminkan usaha berterusan YBK untuk membina generasi pelatih yang bukan hanya mahir dari segi teknikal, tetapi juga matang dari segi pemikiran, empati dan kemahiran komunikasi yang diperlukan dalam dunia pekerjaan sebenar.

    Read more
  • Perkongsian “Sunnah Alam” Cetus Kesedaran Emosi Pelajar AKYBK

    KG GESIR TENGAH, 11 Julai 2025 – Sesi Motivasi NLP yang berlangsung di Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) Gesir telah membuka minda para pelatih AKYBK daripada perkongsian oleh jurulatih bertauliah NLP merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), En. Zulhairy Jalaluddin.

    Dalam sesi tersebut, beliau berkongsi berkenaan konsep “Divine Oneness”, yang menggarap pemahaman bahawa setiap kejadian di alam semesta merupakan manifestasi kehendak dan perancangan Allah SWT. Semua ciptaan-Nya, termasuk manusia, haiwan, tumbuhan dan unsur semula jadi, saling berkait dan berinteraksi dalam satu sistem harmoni yang memberi kesan antara satu sama lain.

    “Saya tekankan bahawa tiada sesiapa atau apa pun yang wujud bersendirian di dunia ini. Kita semua adalah sebahagian daripada satu kesatuan. Jika kita menggembirakan orang lain, kita juga akan merasai kegembiraan itu. Begitulah hakikat kehidupan yang saling berkait,” jelas En. Zulhairy kepada para pelatih.

    Beliau turut mengaitkan pengalaman zaman remajanya dengan pelatih AKYBK, menyatakan bahawa dimensi emosi dan kesedaran hubungan sesama manusia sering diabaikan oleh remaja, sedangkan ia adalah asas penting dalam membina kemahiran insaniah dan semangat kerjasama dalam dunia pekerjaan dan kehidupan.

    Konsep ini, yang diperkenalkan melalui pendekatan NLP (Neuro-Linguistic Programming), turut membantu pelajar memahami bagaimana tindakan, emosi dan fikiran seseorang boleh mempengaruhi suasana sekeliling, sama ada dalam bentuk positif mahupun sebaliknya.

    Sesi Motivasi NLP ini bukan sahaja menyemai nilai empati dan kesedaran diri dalam kalangan pelatih, malah memperkukuh objektif AKYBK dalam membina generasi muda berkemahiran yang lengkap dari aspek teknikal dan sahsiah.

    Read more
  • Sesi Sulung Motivasi NLP Karyawan YBK Siri 1/2025

    KELANA JAYA, 4 Julai 2025 - Telah berlangsung siri pertama sesi Motivasi NLP untuk karyawan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Sesi diadakan di Ibu Pejabat YBK.

    Objektif siri Motivasi NLP ini adalah untuk meraikan perkongsian ilmu, menggalakkan interaksi dan pemahaman, khususnya berkenaan Kecerdasan Emosi (EQ) dan konsep NLP itu sendiri. Sesi dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Bertauliah NLP YBK.

    Sesi sulung yang dihadiri oleh Pengurus Besar, Ketua-Ketua Jabatan serta karyawan Ibu Pejabat YBK turut disertai oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Beliau memuji pelaksanaan siri Motivasi NLP yang dirancang, dan sangat berharap agar karyawan YBK di setiap peringkat mengikuti sesi yang dilaksanakan, seterusnya membudayakan ilmu yang dipelajari.

    Siri Motivasi NLP untuk karyawan YBK ini dilaksanakan pada minggu pertama setiap bulan, dan di setiap outlet YBK pada minggu-minggu yang lain. Buku 'Kecerdasan Emosi 2025 (Neuro-Linguistik)' menjadi rujukan utama di samping rujukan-rujukan lain yang berkaitan.


    FIRST SESSION OF NLP MOTIVATION FOR YBK STAFF SERIES 1/2025

    KELANA JAYA, 4 July 2025 – The first session of the NLP Motivation Series for the staff of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) has officially taken place. The session was held at YBK Headquarters.

    The objective of this NLP Motivation Series is to celebrate knowledge-sharing, encourage interaction and understanding—particularly in relation to Emotional Intelligence (EQ) and the concept of Neuro-Linguistic Programming (NLP) itself. The session was facilitated by Mr. Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK and Certified NLP Master Trainer for YBK.

    This inaugural session was attended by the General Manager, Heads of Departments, and staff from YBK Headquarters, and was also graced by YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK. He commended the implementation of this planned NLP Motivation Series and strongly hopes that YBK staff at all levels will participate in future sessions and integrate the knowledge learned into their work culture.

    The NLP Motivation Series for YBK staff is scheduled for the first week of every month at YBK Headquarters, followed by sessions at other YBK outlets in the subsequent weeks. The book “Emotional Intelligence 2025 (Neuro-Linguistic)” is used as the main reference, along with other relevant materials.

    Read more
  • Pelatih AKYBK Perkasa Minda Melalui NLP Siri 7/12

    KG GESIR TENGAH, 18 April 2025 – Para pelatih dan warga kerja Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) hari ini mengikuti sesi ke-7 Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK.

    Fokus sesi kali ini adalah mengenai SIKAP, dengan penekanan kepada bagaimana sikap positif berpunca daripada kecerdasan emosi (EQ). Lima aspek utama yang dibincangkan termasuk kawalan diri, kesedaran diri, keprihatinan, beralasan dengan motif yang jelas, serta kemahiran komunikasi.

    Program NLP ini merupakan sesi bersiri bulanan yang bertujuan memperkasa minda dan membina kecemerlangan diri dalam kalangan pelatih. Ia juga bakal diperluas ke outlet-outlet YBK lain sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan insan.

    Read more
  • Motivasi NLP AKYBK Gesir - "Rapport"

    KG GESIR TENGAH, 20 Februari 2025 - Telah berlangsung program Motivasi NLP bersama para pelatih Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) Gesir. Sesi disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi NLP YBK.

    Siri kali ini merupakan siri ke-6 dan memberi fokus kepada bagaimana untuk mencipta 'rapport' yang berkesan. Para pelatih didedahkan dengan 5 perkara untuk membina rapport iaitu komunikasi berkesan, sistem representasi, wayang minda, kepercayaan dan saling menghormati.

    Motivasi NLP bersama pelatih AKYBK ini akan dilaksanakan secara berkala bagi memantapkan lagi pemahaman dan keyakinan diri para pelatih. Program motivasi ini juga akan dilaksanakan di outlet-outlet YBK yang lain.

    Laporan disediakan oleh Unit Media Akademi Kemahiran YBK


    Gambar: Facebook Akademi Kemahiran YBK


     

    Read more
  • Motivasi NLP AKYBK Gesir - "Tonggak NLP"

    KG. GESIR TENGAH, 7 Februari 2025 - Hari ini telah berlangsung Motivasi NLP Siri 5: Tonggak NLP 2 yang disertai oleh para pelatih dan karyawan Akademi Kemahiran YBK (AKYBK) yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Ketua Jurulatih Motivasi YBK.

    Turut hadir dalam sesi ini adalah Puan Norleza Hambali (Pengurus Jabatan Pendidikan, Pembangunan Modal Insan & Penyelidikan merangkap Pengurus Pentadbiran YBK), dan saudari Shafiqah Sunazman daripada Jabatan Media & Perhubungan Awam YBK.

    Pengisian bertajuk 'Tonggak NLP 2' yang dipelajari hari ini berkaitan dengan "Wayang Minda". Wayang Minda adalah apa yang kita cipta, dan andaikan menentukan bagaimana cara kita berfikir. Setiap orang mempunyai wayang minda yang berbeza dan sentiasa berubah-berubah. Kita harus meraikan dan sentiasa hormati perbezaan masing-masing.

    Terima kasih Tuan Haji Zulhairy atas perkongsian dan ilmu yang disampaikan.

    Artikel disediakan oleh Unit Media AKYBK

    Read more
  • Sesi Motivasi NLP Bersama Pelatih Akademi Kemahiran YBK

    KG GESIR TENGAH, 3 Januari 2025 - Telah berlangsung pada sebelah pagi, sesi NLP bersama para pelatih Akademi Kemahiran Yayasan Basmi Kemiskinan (AKYBK).

    Sesi yang bermula pada jam 10 pagi selama 2 jam telah dikendalikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih merangkap ALPA YBK. Seluruh pelatih AKYBK seramai 7 orang telah mengikuti sesi ini.

    Para pelatih telah mempelajari dan mengenal ‘Sistem Representasi’ seseorang dan diri sendiri. Selain itu juga, En Zulhairy menyentuh berkenaan kepercayaan diri, wayang minda, sikap dalam bekerja dan bersama rakan-rakan, membina 'rapport' dan mengurus emosi diri.

    Sesi motivasi bersama pelatih AKYBK dirancang untuk dilaksanakan secara bulanan bagi membina semangat pelatih secara berterusan berdasarkan konsep Semangat Mendaki YBK. Sesi turut disertai oleh Pn. Norleza Hambali, Pengurus Pentadbiran dan Pendidikan, serta karyawan dari YBK Global Camp.

    Laporan disediakan oleh Nur Shafiqah Sunazman


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


     

    Read more
  • Motivasi YBK Bersama Pelajar SPM di Pendang, Kedah

    PENDANG, 20 Oktober 2024 - Kumpulan Motivasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah berkunjung ke daerah Pendang di negeri Kedah bagi menyampaikan perkongsian motivasi kepada pelajar SPM di dua buah sekolah iaitu SMK Sungai Tiang dan SMK Ayer Puteh Dalam.

    Kali ini sesi berjalan serentak bermula jam 8:30 pagi di mana Encik Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK merangkap Jurulatih Bertauliah NLP) telah mengendalikan sesi di SMK Sungai Tiang, manakala Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) telah mengendalikan sesi di SMK Ayer Puteh Dalam.

    Sesi selama 2 jam 30 minit telah disertai oleh 100 orang pelajar di SMK Sungai Tiang dan lebih 60 orang pelajar di SMK Ayer Puteh Dalam. Pelajar telah didedahkan dengan konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan aplikasinya dalam membentuk kecemerlangan diri.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK'S MOTIVATION TEAM WITH SPM STUDENTS IN PENDANG, KEDAH

    PENDANG, 20 October 2024 - The Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Motivation Team  visited the Pendang district in Kedah to deliver motivation sharing to SPM students in two schools, namely SMK Sungai Tiang and SMK Ayer Puteh Dalam.

    This time the session ran simultaneously starting at 8:30 am where Mr. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK cum NLP Certified Trainer) conducted the session at SMK Sungai Tiang, while Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager) conducted the session at SMK Ayer Puteh Dalam.

    The 2 hour and 30 minute session was attended by 100 students at SMK Sungai Tiang and more than 60 students at SMK Ayer Puteh Dalam. Students were exposed to the concept of Neuro-Linguistic Programming (NLP) and its application in shaping self-excellence.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;