- Hit: 9
KELANA JAYA, 12 Jun 2026 - Telah berlangsung sesi Motivasi Neuro-Linguistic Programming (NLP) untuk Karyawan YBK bersama Encik Zulhairy Jalaluddin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK merangkap Jurulatih Bertauliah NLP. Sesi yang diadakan secara bulanan menampilkan topik "Komunikasi dan Rapport" untuk sesi bulan ini, yang telah dihadiri oleh seluruh karyawan Ibu Pejabat YBK.
Dalam sesi ini, Encik Zulhairy menegaskan bahawa rapport merupakan asas kepada komunikasi yang berkesan dan hubungan manusia yang berkualiti. Rapport tidak dibina melalui kepintaran semata-mata, tetapi melalui empati, kepercayaan, penghormatan, bahasa yang positif, kesediaan untuk menerima orang lain serta keikhlasan hati.
Beliau mengajak peserta untuk sentiasa mencari persamaan, meraikan pandangan orang lain, mengamalkan sikap saling menghargai dan memperkukuhkan kemahiran komunikasi agar dapat membina hubungan yang lebih harmoni dalam keluarga, organisasi dan masyarakat.
Rakaman penuh sesi boleh ditonton di saluran YouTube rasmi YBK.
Video Penuh (Full Video, in Malay): YouTube YBK
YBK STAFF NLP MOTIVATION SESSION – COMMUNICATION AND RAPPORT
KELANA JAYA, 12 June 2026 – A Neuro-Linguistic Programming (NLP) Motivation Session for YBK staff was held with Mr. Zulhairy Jalaluddin, a Member of the YBK Board of Trustees and a Certified NLP Trainer. The monthly session featured the topic “Communication and Rapport” and was attended by all staff members at the YBK Headquarters.
During the session, Mr. Zulhairy emphasized that rapport is the foundation of effective communication and meaningful human relationships. He explained that rapport is not built solely on intelligence, but rather through empathy, trust, respect, positive language, openness to accepting others, and sincerity.
He encouraged participants to continuously seek common ground, appreciate differing perspectives, practice mutual respect, and strengthen their communication skills in order to build more harmonious relationships within their families, organizations, and communities.
The full recording of the session is available on YBK’s official YouTube channel.
