KUALA NERUS (TERENGGANU), 4 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan lawatan ke Projek Rintis Komuniti Tertumpu yang diselia oleh UMT - Universiti Malaysia Terengganu di Kampung Kubang Badak, Kuala Nerus.
Aktiviti yang dijalankan di sini adalah akuakultur integrasi iaitu ternakan keli dalam sangkar kanvas yang dibangunkan oleh komuniti, dan juga tanaman timun 'baby' serta cendawan tiram.
YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) yang mengetuai delegasi YBK tertarik dengan kaedah ternakan ikan keli menggunakan sangkar kanvas yang sangat praktikal dan menyatakan hasrat untuk YBK melaksanakannya. Profesor Madya Dr. Liew Hon Jung, pakar Fisiologi Perikanan UMT turut berada di lapangan memberikan penerangan.
Turut bersama adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Puan Nurhasmira Abu Hassan (Penolong Pendaftar - Bahagian Pemindahan Ilmu UMT) serta wakil komuniti setempat.