Kunjungan Hormat dan Lawatan - Yayasan Basmi Kemiskinan

  • Kunjungan Hormat Ke Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI)

    KUALA LUMPUR, 28 Januari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) yang terletak di Perumahan Awam Desa Rejang. Objektif kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan cadangan program penjanaan pendapatan dan latihan, khususnya dalam bidang jahitan dan bakeri kepada ahli-ahli PERJATI yang rata-ratanya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

    Hadir dalam kunjungan hormat ini adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), YBhg. Datuk Asfarena Samion Mon (pemilik AfSM Sewtech Academy merangkap Pengasas SECRETMODEST), dan Encik Rosali Mat Nasir (Pengerusi PERJATI). Turut bersama, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan ahli jawatankuasa PERJATI.

    Hasil daripada pertemuan ini, semua pihak bersetuju secara prinsipnya untuk menjalankan program dan latihan dalam bidang jahitan dan bakeri, di mana AfSM Sewtech Academy melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) akan membantu dari aspek latihan dan peralatan, dan YBK serta YBCare dalam aspek koordinasi. Memorandum Persefahaman (MoU) dan perincian kerjasama akan dilaksanakan dalam masa terdekat.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT TO PERSATUAN KEBAJIKAN INSAN ISTIMEWA JATI DIRI (PERJATI)

    KUALA LUMPUR, 28 January 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) paid a courtesy visit to Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI), located at Perumahan Awam Desa Rejang.

    The objective of the visit was to discuss proposed income-generation and training programmes, particularly in sewing and bakery, for PERJATI members, most of whom are persons with disabilities (PWDs).

    Present at the visit were YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Administrative Advisor of YBK and Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare); YBhg. Datuk Asfarena Samion Mon (Owner of AfSM Sewtech Academy and Founder of SECRETMODEST); and Mr. Rosali Mat Nasir (Chairman of PERJATI). Also present were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK) and members of the PERJATI committee.

    As a result of the meeting, all parties agreed in principle to implement training programmes in sewing and bakery. AfSM Sewtech Academy, through its Corporate Social Responsibility (CSR) initiative, will support the programme in terms of training and equipment, while YBK and YBCare will coordinate the overall implementation. A Memorandum of Understanding (MoU) and detailed collaboration framework are expected to be finalized in the near future.

    Read more
  • Pengerusi YBK Berkunjung Hormat Bertemu Yang Dipertua YADIM

    PUTRAJAYA, 22 Januari 2026 - YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Presiden Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM) telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), YBhg. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom di Ibu Pejabat YADIM.

    Turut bersama dalam kunjungan hormat ini daripada YBK adalah Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), serta barisan kepimpinan utama PBM.

    Antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat ini adalah ruang-ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama YADIM oleh PBM dan YBK. YADIM terbuka secara prinsip untuk mengadakan program secara bersama di samping menyediakan kepakaran seperti penceramah dan sukarelawan melalui platform Sukarelawan YADIM.

    Di kesempatan ini juga, YADIM mempelawa YBK dan PBM untuk bersama dalam perkumpulan NGO-NGO Islam 'Majlis Amal Islami Malaysia' (MAIM) supaya kerjasama strategik dapat diperkemas selain memanfaatkan kekuatan NGO-NGO dalam MAIM.


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    YBK CHAIRMAN PAYS COURTESY VISIT TO MEET THE PRESIDENT OF YADIM

    PUTRAJAYA, 22 January 2026 – YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and President of the Persatuan Bengkulu Malaysia (PBM), paid a courtesy visit to the President of Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), YBhg. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom, at YADIM Headquarters.

    Also present from YBK were Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK) and Mr. Audi Faliq Ibrahim (Media and Public Relations Manager of YBK), together with members of PBM’s main leadership team.

    Among the matters discussed during the visit were potential areas of collaboration that could be undertaken jointly by PBM and YBK with YADIM. In principle, YADIM expressed its openness to organizing joint programmes, as well as providing expertise such as speakers and volunteers through the YADIM Volunteer platform.

    On the same occasion, YADIM also invited YBK and PBM to participate in the Islamic NGO coalition Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), with the aim of strengthening strategic cooperation and leveraging the collective strengths of NGOs within MAIM.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu

    KELANA JAYA, 21 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). YPKT adalah sebuah agensi badan berkanun di bawah kerajaan negeri Terengganu.

    Delegasi YBKT yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain (Timbalan Pengarah, Pengurusan) telah disambut oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), yang turut menyampaikan salam daripada Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom.

    Taklimat berkenaan YBK telah disampaikan kepada delegasi YPKT diikuti dengan sesi perbincangan berkenaan ruang-ruang kerjasama dan pertukaran ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh kedua-dua organisasi. Beberapa potensi kerjasama telah dikenal pasti, antaranya berkenaan program motivasi NLP untuk keluarga, model 'Home Manager' bagi melahirkan peluang pekerjaan, dan pelbagai lagi yang akan diperhalusi di peringkat pengurusan.

    Turut hadir dalam sesi dari YBK adalah Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan merangkap Pengetua Asrama Kasih YBK), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Antara pengurusan kanan YPKT yang hadir adalah Tuan Haji Nazri Yusoff (Timbalan Pengarah, Program), Tuan Haji Abd Ghafar Mamat (Ketua Pen. Pengarah, Perancangan, Inovasi & Korporat), Tuan Haji Mohd Fauzy Abd Ghani (Ketua Pen. Pengarah, TASKA), dan Puan Siti Khatijah Sapei (Ketua Pen. Pengarah, Sosio Ekonomi).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT FROM YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA TERENGGANU

    KELANA JAYA, 21 November 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today received a courtesy visit from Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), a statutory body under the Terengganu state government.

    The YPKT delegation, led by Tuan Haji Mohd Ashri bin Mohd Zain (Deputy Director, Management), was welcomed by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), who also conveyed greetings on behalf of YBK Chairman, YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom.

    A briefing on YBK was presented to the YPKT delegation, followed by a discussion on potential areas of collaboration and knowledge exchange between the two organisations. Several possibilities were identified, including NLP motivation programs for families, the ‘Home Manager’ model for creating job opportunities, and several other initiatives to be refined at the management level.

    Also present from YBK were Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Administration and Human Resources Manager), Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi (Manager of Education, Human Capital & Research and Principal of Asrama Kasih YBK), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (Media and Public Relations Manager).

    Senior representatives from YPKT who attended included Tuan Haji Nazri Yusoff (Deputy Director, Programs), Tuan Haji Abd Ghafar Mamat (Chief Assistant Director, Planning, Innovation & Corporate), Tuan Haji Mohd Fauzy Abd Ghani (Chief Assistant Director, TASKA), and Puan Siti Khatijah Sapei (Chief Assistant Director, Socio-Economics).

    Read more
  • Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Dengan Coca-Cola Malaysia

    KELANA JAYA, 21 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Coca-Cola Malaysia yang diwakili oleh Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed, Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan.

    Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah memberikan aluan dan taklimat berkenaan YBK, dan diikuti dengan sesi perbincangan berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama. Beberapa cadangan program telah dikenal pasti untuk dilaksanakan dan perbincangan lanjutan akan diadakan.

    Turut hadir dalam sesi perbincangan ini adalah Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).


    Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


    COURTESY VISIT AND DISCUSSION WITH COCA-COLA MALAYSIA

    KELANA JAYA, 21 November 2025 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today received a courtesy visit from Coca-Cola Malaysia, represented by Mr. Wan Ahmad Syazwan Mohamed, Head of Public Affairs, Communications & Sustainability.

    YBK’s General Manager, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, welcomed the delegation and delivered a briefing on YBK, followed by a discussion on potential areas of collaboration. Several program proposals were identified for implementation, with further discussions to be held in due course.

    Also present in the meeting were Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration and Human Resources Manager) and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager).

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS)

    KLANG, 6 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.

    Delegasi YBK yang diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah disambut oleh Encik Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif TERAS) dan seterusnya diberikan taklimat berkenaan program latihan kemahiran yang diselia oleh TERAS dan juga perkhidmatan oleh TERAS.

    Difahamkan pihak TERAS menyediakan kursus jahitan pakaian dengan tenaga pengajar berpengalaman di samping fasiliti lengkap yang boleh dimanfaatkan. Juga, pihak TERAS sedia bekerjasama dalam program-program komuniti seperti 'Back To School' dan Jualan Rahmah MADANI bersama YBK, yang akan diperincikan di peringkat pengurusan.

    Turut memberikan taklimat adalah Puan Fasihah Mat Radzi (Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan TERAS), Puan Nor Liza Abdul Manan (Pemangku Pengurus, Sektor Perkhidmatan Jahitan). Hadir dari pihak YBK adalah Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Cik Nurshafiqah Sunazman (Pegawai Media YBK), dan Cik Nur Dianah Zakaria (Pegawai Pentadbiran YBK).

    Delegasi YBK turut dibawa melawat kemudahan bilik latihan, bengkel jahitan dengan contoh-contoh produk jahitan, dan gudang barangan makanan TERAS.

    Read more
  • Lawatan Ke Projek Akuaponik Kg. Mengabang Telong

    KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 - Lokasi terakhir lawatan delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) adalah ke Projek Akuaponik Kos Rendah Komuniti@UniMADANI seliaan UMT - Universiti Malaysia Terengganu yang terletak di Kampung Mengabang Telong.

    Dr. Norhidayah Abd Manan, pakar teknologi pertanian hijau UMT merangkap Ketua Projek telah memberikan taklimat latar belakang dan teknikal projek kepada YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan para hadirin.

    Keunikan projek akuaponik ini adalah air daripada ternakan ikan dialirkan kepada tanaman sebagai baja kerana air ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan tanaman sebagaimana kaedah pembajaan konvensional. Kolam ternakan dan tanaman ini terletak dalam ruang laman Masjid Kampung Mengabang Telong, dan diuruskan oleh komuniti setempat.

    Turut bersama adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Puan Nurhasmira Abu Hassan (Penolong Pendaftar - Bahagian Pemindahan Ilmu UMT), Puan Amyra Suryatie Kamaruzzan (Pegawai Sains Institut Akuakultur dan Perikanan Tropika UMT), serta wakil komuniti setempat.

    Read more
  • Lawatan Ke Projek Komuniti Tertumpu Kg Kubang Badak

    KUALA NERUS (TERENGGANU), 4 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan lawatan ke Projek Rintis Komuniti Tertumpu yang diselia oleh UMT - Universiti Malaysia Terengganu di Kampung Kubang Badak, Kuala Nerus.

    Aktiviti yang dijalankan di sini adalah akuakultur integrasi iaitu ternakan keli dalam sangkar kanvas yang dibangunkan oleh komuniti, dan juga tanaman timun 'baby' serta cendawan tiram.

    YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) yang mengetuai delegasi YBK tertarik dengan kaedah ternakan ikan keli menggunakan sangkar kanvas yang sangat praktikal dan menyatakan hasrat untuk YBK melaksanakannya. Profesor Madya Dr. Liew Hon Jung, pakar Fisiologi Perikanan UMT turut berada di lapangan memberikan penerangan.

    Turut bersama adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Puan Nurhasmira Abu Hassan (Penolong Pendaftar - Bahagian Pemindahan Ilmu UMT) serta wakil komuniti setempat.

     

    Read more
  • Lawatan Ke Projek Ternakan Kelulut Komuniti MADANI Kampung Menerong

    AJIL (TERENGGANU), 4 November 2025 - Delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dalam rangka lawatan kerja 2 hari di Terengganu telah berkunjung ke Kampung Menerong untuk melihat Projek Ternakan Kelulut Komuniti MADANI yang diusahakan di sana. Kampung Menerong merupakan Kampung Angkat Madani di bawah seliaan UMT - Universiti Malaysia Terengganu.

    Ketibaan delegasi YBK yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom selaku Pengerusi YBK telah disambut oleh Encik Muhammad Alwi To yang merupakan pengurus Galeri Kelulut Kampung Menerong. Beliau turut memberikan taklimat berkenaan latar belakang projek ternakan kelulut dan produk-produk hiliran yang dihasilkan. Demonstrasi penghasilan sabun daripada madu dan propolis kelulut juga turut diperlihatkan kepada hadirin, di samping lawatan ke galeri dan tapak ternakan kelulut. Pengerusi YBK turut mencuba sendiri madu kelulut yang diambil terus daripada sarang.

    Turut bersama dalam kunjungan ini adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Encik Ahmad Khairul Azman Mohd Razalli dan Encik Abdul Rahman Mohd Noor (rakan strategik YBK), Ts. Dr. Ezmahamrul Afreen Awalludin (Timbalan Pengarah - Pemindahan Ilmu Dan Masyarakat UMT), Puan Nurhasmira Abu Hassan (Penolong Pendaftar - Bahagian Pemindahan Ilmu UMT) dan pegawai dari Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat UMT.

    YBK akan memanfaatkan ilmu serta kerjasama strategik yang diperoleh daripada lawatan ini untuk membangunkan projek kelulut YBK dalam rangka mewujudkan 'agro-tourism' di outlet-outlet milik YBK.

    Read more
  • Kunjungan Hormat Ke Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri Dan Masyarakat UMT

    KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) UMT - Universiti Malaysia Terengganu bagi meneroka potensi kerjasama dalam program berimpak khususnya dalam bidang pertanian.

    YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK telah mengetuai delegasi YBK bersama-sama YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

    Turut bersama, rakan strategik YBK iaitu Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Encik Ahmad Khairul Azman Mohd Razalli, dan Encik Abdul Rahman Mohd Noor.

    Delegasi YBK telah mendengar taklimat berkenaan latar belakang UMT, dan projek-projek pemindahan ilmu yang sedang dijalankan oleh PPIJIM UMT bersama komuniti. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Dr. Ezmahamrul Afreen Awalludin (Timbalan Pengarah - Pemindahan Ilmu Dan Masyarakat) dan YBrs. Puan Nurhasmira Abu Hassan (Penolong Pendaftar - Bahagian Pemindahan Ilmu).

    Kemudian delegasi YBK telah dibawa ke beberapa tapak projek seperti ternakan madu kelulut, akuakultur ikan keli dan tanaman, dan sistem akuaponik yang dibangunkan oleh UMT.

    Kunjugan hormat ini merupakan salah satu pengisian Lawatan Kerja YBK ke Terengganu dengan objektif untuk memperkukuh ekosistem pembangunan komuniti berasaskan ilmu, kemahiran dan inovasi, khususnya dalam bidang agroteknologi.

    Read more
  • Melawat Projek Contoh Kelulut Kelolaan MARDI Kemaman

    KEMAMAN, 3 November 2025 - Lawatan Kerja YBK di Terengganu diteruskan dengan sesi melawat projek contoh madu kelulut di Stesen MARDI Kemaman. Objektif lawatan adalah untuk melihat dan mempelajari projek ternakan kelulut untuk penghasilan madu menggunakan 'sarang' dari bahan seramik.

    Delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom telah mendengar taklimat daripada Puan Siti Zaharah Hasan (Penolong Pegawai Penyelidik Kanan) dan dibawa melihat projek contoh madu kelulut. Delegasi turut dibawa melihat makmal memproses madu dan beberapa contoh produk yang boleh dimanfaatkan daripada kelulut.

    Turut bersama, Puan Noraini Ibrahim (Pengurus MARDI Kemaman), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), dan juga wakil rakan strategik YBK iaitu Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Encik Ahmad Khairul Azman Mohd Razalli, dan Encik Abdul Rahman Mohd Noor.

    Read more

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;