- Hit: 9
KELANA JAYA, 25 Mei 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kunjungan pegawai daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu Encik Md Yazit bin Hashim (Ketua Cawangan Strategi) dan Puan Mastura binti Rambli (Ketua Unit Kumpulan Fokus dan Pembangunan Usahawan).
Kunjungan ini adalah untuk berbincang dan bertukar pandangan berkenaan kerjasama yang boleh dilaksanakan serta dirancang antara YBK dan PERKESO melalui program-program oleh kedua-dua pihak, khususnya kepada komuniti yang terkesan. Pertemuan ini adalah susulan daripada perbincangan awal oleh Pengurus Besar, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Encik Md Yazit dalam satu program di Putrajaya.
Sesi perbincangan ini telah disertai oleh Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), serta pegawai daripada Jabatan Pentadbiran dan Jabatan Media.
Beberapa dapatan dan perancangan program telah diperoleh dalam perbincangan ini dan akan diperhalusi dalam perbincangan lanjutan yang akan datang.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
DISCUSSION SESSION WITH PERKESO STRATEGY BRANCH
KELANA JAYA, 25 May 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today received a visit from officers of the Social Security Organisation (PERKESO), namely Encik Md Yazit bin Hashim (Head of Strategy Branch) and Puan Mastura binti Rambli (Head of Focus Group and Entrepreneur Development Unit).
The purpose of the visit was to discuss and exchange ideas on potential collaborations and programmes that could be jointly planned and implemented by YBK and PERKESO, particularly for communities affected by various socio-economic challenges. This meeting followed an earlier discussion between Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, and Mr. Md Yazit during a programme held in Putrajaya.
The discussion session was also attended by Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration and Human Resources Manager), Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media and Public Relations Manager), as well as officers from the Administration and Media Departments.
Several findings and programme proposals emerged from the discussion and will be further refined through subsequent follow-up discussions.
