- Hit: 76
KAJANG, 13 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan strategik antara Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj.
Sesi ini diadakan susulan jemputan rasmi MPKj bagi membincangkan potensi kerjasama program antara kedua-dua pihak. Perbincangan telah dipengerusikan oleh Puan Hezreen Mazura Jamel, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj.
Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membentangkan latar belakang, peranan serta inisiatif utama YBK kepada para hadirin. Beliau turut menyatakan kesediaan YBK untuk bekerjasama dengan MPKj dan Ahli Majlis dalam melaksanakan program-program yang bersesuaian demi manfaat masyarakat setempat.
Ahli-ahli Majlis yang hadir menunjukkan minat yang tinggi terhadap konsep Jelajah Sejuta Harapan YBK yang menghimpunkan agensi dan komuniti dalam satu platform bersepadu. Pendekatan ini dilihat praktikal kerana memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat, membuat pendaftaran serta terus berhubung dengan agensi berkaitan tanpa perlu melalui proses yang rumit.
Hasil perbincangan tersebut, YBK dan MPKj telah bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan program Jelajah Sejuta Harapan di zon-zon Ahli Majlis terpilih. Inisiatif ini dijangka menjadi langkah proaktif dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
MPKJ & YBK DISCUSS STRATEGIC COLLABORATION TO EMPOWER THE LOCAL COMMUNITY
KAJANG, 13 February 2026 – A strategic discussion session between Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and the Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) was held at the Meeting Room of the Corporate and Community Development Department, MPKj.
The session was convened following an official invitation from MPKj to explore potential programme collaborations between the two parties. The discussion was chaired by Ms. Hezreen Mazura Jamel, Senior Assistant Director of the Corporate and Community Development Department, MPKj.
The General Manager of YBK, Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, presented YBK’s background, roles, and key initiatives to the attendees. He also expressed YBK’s readiness to collaborate with MPKj and Council Members in implementing suitable programmes for the benefit of the local community.
Council Members present showed strong interest in YBK’s Jelajah Sejuta Harapan concept, which brings together agencies and communities on an integrated platform. This approach was viewed as practical, as it enables the public to obtain information, register, and connect directly with relevant agencies without having to go through complicated procedures.
As a result of the discussion, YBK and MPKj agreed in principle to implement the Jelajah Sejuta Harapan programme in selected Council Member zones. This initiative is expected to serve as a proactive step in strengthening collaboration between the local authority and the local community.
