- Hit: 13
KUALA LUMPUR, 28 Julai 2026 - Penasihat Pentadbiran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman bersama delegasi hari ini telah mengadakan kunjungan hormat bertemu Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), YBhg. Dato' Abu Bakar Yusof.
Pertemuan yang diadakan di Pejabat KPE MATRADE turut dihadiri oleh YBhg. Datin Norli @ Norlaili Haji Alias (Presiden Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia - WAWASANITA), YBrs. Dr. Shikha Kedia Bharadwaj (Ketua Pegawai Eksekutif BitQuest Sdn Bhd) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), bersama-sama pegawai kanan dari MATRADE.
Objektif pertemuan adalah untuk meneroka potensi kerjasama selaku rakan strategik antara MATRADE, YBCare dan organisasi-organisasi berkaitan, khususnya dalam aspek pembangunan usahawan wanita tempatan ke peringkat antarabangsa melalui perkongsian kepakaran dan jaringan MATRADE dalam industri perdagangan global.
YBhg. Datin Hartini yang juga merupakan Presiden G100 Global Club turut mempelawa YBhg. Dato' Abu Bakar dan MATRADE untuk bersama dalam program Annual WEF 2026 yang akan berlangsung pada bulan Oktober nanti.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
COURTESY VISIT TO THE CHIEF EXECUTIVE OFFICER OF MATRADE
KUALA LUMPUR, 28 July 2026 – The Administrative Advisor of Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) and Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, together with her delegation, paid a courtesy visit today to YBhg. Dato' Abu Bakar Yusof, Chief Executive Officer of the Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).
The meeting, held at the CEO's office at MATRADE, was also attended by YBhg. Datin Norli @ Norlaili Haji Alias, President of the Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia (WAWASANITA); Dr. Shikha Kedia Bharadwaj, Chief Executive Officer of BitQuest Sdn. Bhd.; and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, together with senior officials from MATRADE.
The primary objective of the meeting was to explore opportunities for strategic collaboration between MATRADE, YBCare, and related organizations, particularly in advancing Malaysian women entrepreneurs onto the international stage by leveraging MATRADE's expertise and extensive global trade network.
During the meeting, Datin Dr. Hartini, who also serves as President of the G100 Global Club, extended an invitation to Dato' Abu Bakar and MATRADE to participate in the Annual WEF 2026, which is scheduled to take place this October.
