PUTRAJAYA, 13 Oktober 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat bertemu YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - JAKIM di pejabat beliau.

Hadir di pihak YBK adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK merangkap Pengerusi Yayasan Bina Kesejahteraan), YBrs. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib (ALPA YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK).

Turut hadir bersama YBK adalah Her Excellency Sittie Aisha Baicon Cayongcat - Nuska, Pesuruhjaya untuk Suruhanjaya Kebangsaan bagi Orang Islam Filipina (NCMF), dan juga wakil daripada Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.

Objektif pertemuan adalah untuk mengenal pasti ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan khususnya dalam bidang latihan, perkongsian kepakaran serta tatacara pensijilan halal untuk produk dan perkhidmatan di luar negara, rentetan daripada inisiatif 'Universal Halal Hub' dan Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangan oleh YBK bersama NCMF pada bulan Jun bagi meneroka pasaran produk dan perkhidmatan halal di negara Filipina.

Ketua Pengarah JAKIM dalam respon beliau menyatakan JAKIM bersedia membantu dan mencadangkan koordinasi dan gerak kerja dilakukan di peringkat kedutaan Malaysia di Filipina.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


COURTESY VISIT TO THE DIRECTOR GENERAL OF THE DEPARTMENT OF ISLAMIC DEVELOPMENT MALAYSIA (JAKIM)

PUTRAJAYA, 13 October 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) paid a courtesy visit to YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Director General of the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM), at his office.

Representing YBK were YBhg. Datin Dr (h.c) Hartini Osman, Administrative Advisor to YBK and Chairperson of Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare); YBrs. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib, a member of YBK’s Board of Trustees; Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK; and Ustaz Syaiful Akmal Addanan, Administration and Human Resources Manager of YBK.

Also accompanying the YBK delegation was Her Excellency Sittie Aisha Baicon Cayongcat-Nuska, Commissioner of the National Commission on Muslim Filipinos (NCMF).

The meeting aimed to identify potential areas of collaboration, particularly in training, expertise sharing, and halal certification procedures for products and services in international markets. This initiative follows the Universal Halal Hub initiative and the Memorandum of Understanding signed between YBK and NCMF in June, which aims to explore market opportunities for halal products and services in the Philippines.

In response, the Director General of JAKIM expressed the department’s readiness to provide assistance and recommended that coordination and follow-up activities be undertaken through the Malaysian Embassy in the Philippines.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial rasmi ;