SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 11 buah keluarga di kawasan Ampang, dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama-sama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK). Turut bersama, Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan pimpinan-pimpinan tempatan.

Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Asrul Faisal Omar.

Encik Asrul menyara keluarganya dengan bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah agama berhampiran kediamannya. Pada hari biasa, beliau mampu memperoleh pendapatan sekitar RM1,000 sebulan tetapi sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak dapat bekerja kerana kantin sekolah ditutup. Isteri Encik Asrul, Puan Azlin Zakaria adalah suri rumah sepenuh masa. Prihatin dengan kekusutan suaminya untuk mencari pendapatan menyara keluarga, beliau membantu dengan mengambil tempahan untuk memasak makanan, walaupun tidak kerap, sedikit sebanyak meringankan kekusutan suaminya.

Pasangan ini dikurniakan 7 orang anak dan keluarga ini tinggal di rumah yang disewa dengan kadar RM 1,100 sebulan. Lembaga Zakat Selangor telah membantu keluarga ini dengan bantuan sewa bulanan dan bantuan untuk anak yang masih belajar. Apa yang merunsingkan fikiran pasangan ini adalah salah seorang anak mereka menunjukkan tanda-tanda sebagai autism dan berdepan isu dengan pihak sekolah.

Penyerahan sumbangan tunai sebanyak RM 600 oleh Puan Hajah Ramlah Yusoh telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor). Turut bersama, Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

YBK telah menawarkan peluang biasiswa Asrama Kasih YBK kepada keluarga ini, dan Puan Hazliyana akan membantu berkenaan anak yang disyaki autism untuk mendapatkan diagnosis dan isu yang dihadapi dengan pihak sekolah.

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Harmizi Rahim yang tinggal di Apartmen Pandan Utama.

Kami disambut oleh ibu kepada Encik Harmizi kerana dia keluarga bekerja. Sebaik melangkah ke dalam kediaman, kami terkejut kerana difahamkan bukan keluarga Encik Harmizi sahaja yang tinggal di situ, tetapi juga ibu dan adik-beradik beliau menjadikan jumlah ahli isi rumah sekitar 9 orang. Encik Harmizi bekerja sendiri (ambil upah dengan orang) dengan pendapatan yang tidak menentu - purata sekitar RM 400 sebulan. Dia adalah seorang OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mendapat bantuan OKU JKM, dan juga seorang bapa tunggal kerana isteri beliau telah meninggal dunia pada tahun 2021. Beliau hanya memiliki seorang anak lepasan sekolah.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK). Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor). Turut bersama, Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Muhammad Azrul Shabirin Mohd Musa yang tinggal di Flat Desa Lembah Permai.

Encik Muhammad Azrul bekerja di restoran McDonalds berhampiran kediaman dengan gaji purata RM 1,700 sebulan. Isteri beliau, Puan Rohaya bekerja sebagai jurujual bagi membantu suami menambah pendapatan. Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak. Difahamkan bantuan yang diterima oleh Encik Muhammad Azrul sekeluarga adalah daripada Lembaga Zakat Selangor yang menanggung kos sewa rumah, iaitu sebanyak RM 880 sebulan.

Penyerahan sumbangan tunai oleh PYBK Construction telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Puan Nur Asiah Azis yang tinggal di Flat Desa Lembah Permai.

Puan Nur Asiah adalah seorang ibu tunggal, dan perlu mencari rezeki untuk menanggung keluarganya. Untuk memperoleh pendapatan, Puan Nur Asiah mengambil inisiatif berniaga kuih-muih dan secara purata boleh memperoleh sekitar RM 700 sebulan, bergantung kepada permintaan. Berkenaan anak-anak, empat orang daripada enam anaknya masih lagi bersekolah. Beliau tinggal menyewa dengan kadar RM 700 yang ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dimaklumkan bahawa penama yang berdaftar dalam pangkalan data iaitu Encik Mohd Khairi Zulkifly telah meninggal dunia akibat dilanggar semasa dalam perjalanan pulang.

Kehadiran YBK disambut oleh Puan Kalsom iaitu balu arwah dan ibu mentuanya, Puan Norizan Hashim. Buat masa ini Puan Kalsom tidak bekerja dan bergantung kepada bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 800. Tiga daripada enam anaknya bersekolah di peringkat menengah. Puan Kalsom menanggung anak dan ibu mentua yang tinggal bersamanya.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohamad Rusly Mohamad Shaharuddin yang tinggal di Lembah Jaya Selatan.

Encik Mohamad Rusly bekerja di sebuah pusat mencuci kenderaan (car wash) dengan pendapatan kira-kira RM 1,800 sebulan. Isterinya, Puan Norahimah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan enam (6) orang anak. En. Rusly merupakan seorang yang berhati mulia kerana dia turut menjaga anak-anak saudaranya dari adiknya yang telah meninggal dunia. Ada adiknya merupakan OKU. Walaupun dirinya sendiri tidak begitu kuat kerana mengalami sakit jantung, En. Rusly tetap melaksanakan amanah menjaga keluarganya dan anak-anak saudaranya seperti anak sendiri.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Roshaizad Ahmad (Pengerusi JPKK Lembah Jaya Selatan) dan disaksikan oleh Encik Mohd Azlan Shah Ibrahim (Pengerusi JPKK Bukit Sungai Puteh), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Yusoff Yahaya, seorang OKU (Pekak).

Walaupun berstatus OKU, Encik Mohd Yusoff adalah seorang graduan yang telah menamatkan pengajian tinggi. Beliau mencari rezeki sebagai pemandu 'e-hailing' manakala isteri beliau, juga seorang OKU, bekerja sebagai tukang pembersihan (cleaner). Pasangan ini menerima bantuan OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat berjumlah RM 500. Pasangan ini dikurniakan 4 orang anak yang normal, dan anak-anak Encik Mohd Yusoff mampu berkomunikasi dengan bahasa isyarat dan telah membantu kami berkomunikasi dengannya. Ibu dan bapa Encik Mohd Yusoff tinggal bersamanya dan difahamkan bapanya juga merupakan seorang OKU.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah), Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat), dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Wan Syaifulazam Wan Yahya yang tinggal di Kampung Tasik Permai.

Encik Wan Syaifulazam menyara keluarganya dengan bekerja sendiri yakni melakukan pelbagai kerja. Isteri beliau, Puan Nuraisyah merupakan suri rumah. Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak dan ada yang masih bersekolah. Lembaga Zakat Selangor telah memberikan bantuan bulanan sebanyak RM 650. Kami difahamkan keluarga ini diuji dengan isu berkaitan tempat tinggal sekarang.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah) dan Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Nor Hazri Harun yang tinggal di Taman Sri Baru Tasik Tambahan.

Encik Hazri bekerja sebagai penyelenggara landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM), manakala isteri beliau, Puan Nuradiah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini tinggal bersama anak-anak di rumah mentua yang turut menetap sama.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah) dan Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Samshaini Samsudin yang tinggal di Taman Tasik Tambahan.

Encik Mohd Samshaini mencari rezeki untuk keluarganya dengan bekerja di syarikat katering secara sambilan kerana tidak dapat melakukan kerja-kerja berat akibat sakit ulser/buasir. Isterinya, Puan Yayah Nur Halimah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 4 orang anak di mana 2 orang di peringkat menengah, seorang di sekolah rendah, dan seorang lagi belum bersekolah. Keluarga ini menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 850.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Puan Hazliyana Bujang (guru SK Cheras Indah) dan Encik Muhd Faez Abdul Aziz (wakil Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).

AMPANG, 24 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Yunus Jamalludin yang tinggal di Taman Bukit Teratai.

Encik Mohd Yunus adalah seorang warga emas yang tidak lagi bekerja dan tinggal bersama isterinya. Untuk menampung perbelanjaan bulanan, Encik Mohd Yunus menggunakan sumber daripada 'Bantuan Warga Emas' Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 600 - sekadar cukup untuk keperluan asas. Kediaman yang diduduki adalah milik sendiri yang dibeli semasa masih bekerja.