SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 4 buah keluarga di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini bersama pihak Coca-Cola Malaysia. Serahan telah dilaksanakan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Sinar Kasih Ramadhan), dan Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia). Turut bersama, Encik Ibraheem Zulkiflee (Penolong Kanan HEM SK Sungai Serai), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), Encik Mohd Safwan Shari (JPKK Batu 14), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan wang tunai sumbangan Coca-Cola Malaysia. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Mansor Jaafar yang tinggal di Sungai Long.

Encik Mansor Jaafar bekerja sebagai buruh am dengan pendapatan yang tidak tetap. Secara purata beliau memperoleh sekitar RM600 sebulan. Isteri beliau, Puan Umi Salamah Abdul Rahman tidak bekerja. Kami difahamkan Encik Mansor menghidap penyakit 'glaucoma' yang menjejaskan daya penglihatannya dan perlu bergantung kepada ubat. Keluarga ini tinggal di sebuah rumah sumbangan NGO dengan tanggungan 9 orang (isteri dan anak-anak). Salah seorang anaknya telah pun berkahwin. Keluarga ini juga menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Encik Ibraheem Zulkiflee (Penolong Kanan HEM SK Sungai Serai).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Mohd Amil Ramli yang tinggal di Jalan Felcra Semungkis Batu 14.

Ketika kami sampai di kediaman, isteri Encik Mohd Amil, Puan Huda menceritakan bahawa suami beliau telah diuji dengan sakit strok sehingga lumpuh penuh dan terlantar di atas katil, tidak mampu mengurus diri sendiri. Encik Mohd Amil telah terlantar sejak 5 tahun lepas. Tabah dengan ujian yang menimpa, tugas mencari sesuap nasi untuk keluarga digalas oleh Puan Huda dengan melakukan pelbagai pekerjaan seperti mengambil tempahan membuat makanan, melakukan perkhidmatan penghantaran (runner), dalam masa yang sama melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri mengurus suami yang terlantar.

Pasangan ini dikurniakan 5 orang anak - 2 orang di sekolah menengah dan 3 orang di sekolah rendah. Kos sewa rumah telah ditanggung oleh Lembaga Zakat Selangor di samping bantuan kewangan.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), Encik Mohd Safwan Shari (JPKK Batu 14), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Muhammad Hafiz Samsi Anuar yang tinggal di kawasan Dusun Tua.

En. Muhammad Hafiz adalah seorang bapa tunggal. Empat anak beliau bersekolah di SK Dusun Tua. Bekerja sebagai penghantar makanan, keluarga ini menerima bantuan sara hidup RM 500 daripada Lembaga Zakat Selangor.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan, Coca-Cola Malaysia) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 25 Februari 2026 - Destinasi terakhir Program Ziarah Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2026 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Daerah Hulu Langat hari ini telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan SKR kepada keluarga Encik Kamel bin Kamal yang tinggal di kawasan Kampung Jawa, Hulu Langat.

En. Kamel menetap bersama isteri dan empat orang anak. En. Kamel tidak bekerja manakala isterinya, Pn. Rabiatul Adawiyah Ali adalah suri rumah. Keluarga ini menerima bantuan sara hidup RM500 sebulan daripada Lembaga Zakat Selangor. Keadaan rumah keluarga ini agak daif dan kelihatan tidak terurus.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia sebanyak RM 600 telah disempurnakan dengan akad oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Program SKR) dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK), Encik Wan Ahmad Syazwan Mohamed (Ketua Hal Ehwal Awam, Komunikasi & Kemampanan Coca-Cola Malaysia), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Mohammed Ridhwan Ibrahim (Guru Besar SK Dusun Tua), Puan Zulinda Haron (Penolong Kanan HEM SK Dusun Tua), dan guru pengiring dari SK Dusun Tua.

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).