SINAR KASIH RAMADHAN 2026 - Seramai 6 buah keluarga di kawasan pinggiran Hulu Langat, dalam daerah Hulu Langat, Selangor telah terpilih untuk menerima sumbangan SKR 2026 untuk tahun ini. Serahan telah dilaksanakan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) bersama-sama Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan Puan Norlida Abdul Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding)

Penerima menerima Kotak Rezeki sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor) bernilai RM150, dan barangan sumbangan daripada Dewina Food Industries Sdn. Bhd. (barangan jenama Brahim’s), Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd, Dutch Lady Malaysia, Ajinomoto Malaysia Berhad, Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Coca-Cola Malaysia.

Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;


HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Ahmad Hedayah Abdul Mutalib di Taman Sri Nanding.

Encik Ahmad Hedayah menyara keluarganya dengan bekerja sebagai penghantar dokumen (courier) dengan purata pendapatan RM 1,200 sebulan. Isterinya, Puan Noorziana Budin adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak - seorang di pusat pengajian tinggi, dua orang di sekolah menengah, dan seorang di sekolah rendah. Tinggal menyewa di Kampung Dusun Tua dengan kadar RM 400 sebulan (rumah di Taman Sri Nanding adalah rumah keluarga). Encik Ahmad Hedayah menerima bantuan bulanan Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 600.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), dan Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Azman Razalli di Madrasah Nurul Iman.

Encik Azman melakukan pelbagai pekerjaan (bekerja sendiri) bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga. Secara purata, dia mampu memperoleh sekitar RM 1,500, bergantung kepada kerja yang ada. Isteri beliau, Puan Siti Latifah adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 9 orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah. Bantuan yang diterima adalah daripada Lembaga Zakat Selangor. Kami difahamkan Encik Azman telah menjalani pembedahan usus yang sedikit sebanyak membataskan kudratnya.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Mohd Faizal Zulkifli yang tinggal di Taman Titiwangsa.

Sebagaimana yang diceritakan oleh anaknya kepada kami, Encik Mohd Faizal pernah menawarkan servis cetakan bahan-bahan pameran dan seumpamanya untuk menjana pendapatan, tetapi sekarang sudah berkurangan dan dia memilih untuk bekerja sendiri. Isteri beliau, Puan Hamzalina bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan sekitar RM 1,700. Tinggal di rumah sewa, pasangan ini dikurniakan 7 cahaya mata - yang masih bersekolah adalah seramai 3 orang. Keluarga Encik Mohd Faizal turut meneria bantuan persekolahan dan barang keperluan daripada Lembaga Zakat Selangor.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding) dan diterima oleh anak Encik Mohd Faizal selaku wakil - dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Encik Zainul Abhar Abdul Latiff di Taman Desa Sentosa.

Encik Zainul Abhar adalah seorang penghantar makanan (rider), dengan pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan bergantung kepada permintaan. Sewa kediaman keluarga ini dibayar oleh Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM 700 sebulan. Isterinya, Puan Murniaiza adalah suri rumah sepenuh masa. Pasangan ini dikurniakan 6 orang anak, 4 daripadanya bersekolah di SK Dusun Tua.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada Puan Jariah Hj Abd Isa di Sungai Lui.

Puan Jariah adalah seorang ibu tunggal warga emas yang tinggal berdua dengan anaknya. Kediamannya sekarang ini adalah disewa dari jiran kerana rumah asalnya (di sebelah rumah sekarang) tidak boleh didiami kerana rosak akibat kebakaran yang berlaku pada penghujung tahu 2025. Beliau tidak bekerja dan tiada punca pendapatan. Dahulunya Lembaga Zakat Selangor ada memberikan bantuan sewa rumah kepada pemilik rumah tetapi difahamkan telah dihentikan.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding) dan disaksikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) dan Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).


HULU LANGAT, 27 Februari 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) kepada keluarga Puan Juliana Mohamed Jamaludin yang tinggal di Batu 21 Kg Sungai Lui.

Puan Juliana dahulunya seorang ibu tunggal tetapi baru berkahwin semula dengan Encik Md Johari Jamal, yang bekerja sebagai pemandu lori barangan. Pendapatan suaminya adalah sekitar RM 1,700 sebulan. Rumah yang didiami merupakan rumah keluarga dan jumlah isi rumah adalah 9 orang. Jumlah anak (termasuk dengan perkahwinan sebelum ini) adalah 7 orang - 4 orang sedang belajar di sekolah menengah manakala 3 orang di sekolah rendah. Puan Juliana juga mempunyai seorang anak angkat yang dijaga sejak kecil dan kini berusia 7 tahun namun tidak bersekolah kerana kekangan dokumentasi.

Pengurus Besar YBK, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz menawarkan penempatan di Asrama Kasih YBK dan YBK juga bersedia untuk memudah cara urusan mendokumenkan anak angkat Puan Juliana.

Penyerahan sumbangan tunai oleh Coca-Cola Malaysia telah disempurnakan dengan akad oleh Pengurus Besar YBK dan disaksikan oleh Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK) dan Puan Norlida Abd Rahman (Pengerusi IKES Taman Sri Nanding).

Keluarga ini juga menerima sumbangan Kotak Rezeki bernilai RM 150 daripada Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor).